MCY MOSTI 2020

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) SUMMIT 2020 secara maya pada 17-18 Disember 2020. Inisiatif yang telah dimulakan dalam tahun 2016 ini bertujuan membantu melonjakkan pengkomersialan produk/perkhidmatan/teknologi hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibiayai Kerajaan. Di samping itu, ia juga meraikan dan mengiktiraf komuniti penyelidik dan usahawan teknopreneur dari Kementerian-Kementerian, agensi-agensi penyelidikan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta sektor swasta dalam pelbagai bidang yang disenaraikan di dalam KPI Khas MCY. Tahun 2020 ini juga merupakan tahun akhir pelaporan sasaran pengkomersialan R&D yang dibiayai Kerajaan di bawah KPI Khas MCY 2016 – 2020 yang telah ditetapkan di dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2016 dengan pencapaiannya akan diumumkan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.