PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR KE KULIAH BERASASKAN WEB (MODUL PENGURUSAN MAKLUMAT)

Anwaruddin Bin Mohd Kasim  (2012)

Sistem pangkalan data pengurusan kehadiran pelajar ke kuliah (eKantoi) dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah platform di mana platform tersebut boleh dijadikan sebagai alternatif baru kepada para pensyarah dalam proses pengurusan dan menyimpan data kehadiran pelajar ke kuliah. Sistem ini merupakan sebuah sistem yang berasaskan lama web dan ianya dilengkapi dengan aplikasi atas talian (online) melalui capaian Internet di mana ianya membolehkan segala urusan merekodkan dan menyimpan data dilakukan dengan lebih mudah. Kategori pengguna utama yang akan menggunakan sistem ini adalah golongan pensyarah di mana mereka akan merekodkan segala maklumat kehadiran pelajar mereka secara atas talian. Objektif utama pembangunan sistem eKantoi ini adalah untuk menyediakan sebuah sistem maklumat kehadiran yang mempunyai paparan yang membolehkan para pensyarah mengemas kini, melihat dan memasukkan status kehadiran pelajar ke kuliah. Selain itu, sistem ini juga membolehkan para pensyarah untuk memantau maklumat kehadiran pelajar ke kuliah Dalam proses pembinaan sistem ini, terdapat beberapa elemen penting yang digunakan seperti bahasa pengaturcaraan Activer Server Page (ASP) di mana dijadikan sebagai bahasa pengaturcaraan utama dalam sistem ini. Selain itu terdapat juga elemen lain seperti Cascading Style Sheets (CSS), Hypertext Markup Language (HTML) dan Structured Query Language (SQL). Kesimpulannya, sistem ini boleh dijadikan sebagai satu pembaharuan dalam proses pengursan dan penyimpanan data kehadiran pelajar ke kuliah kerana ianya merupakan sebuah sistem yang lebih efektif dan sistematik dan mudah untuk diuruskan.