ANDAI AJAL DALAM TIDUR…

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar “
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah…

Jgn jemu saling mengingatkan

UJIAN KIFARAH DOSA ?

Asalamualaikum, selamat pagi semua.          
                                                 
Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..

“Allah uji sebab nak hapus dosa”

Ya betul…. tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa…
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku….. ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dah janji,

INNA MA’AL USRI YUSRO..
INNA MA’AL U’SRI YUSRO
INNA MA’AL U’SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a’la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!

Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu’.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya….
“Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku..”

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..
Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah… ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri…
Aamiinnnn.

KムTム S YムI TムN ….

***********
..①
Orαng Islαm yαng mєndєngαr..  αzαn, tєtαpi tidαk sєgєrα mєnunαikαn sσlαt αdαlαh ‘Bลρลku’… Kєcuαli ωαnitα .
Kata syaitan lg. . . .         
..②
Wαnitα yαng mαrαh² ..kєtikα αdα tєtαmu di rumαh nyα..αdαlαh ‘Ibuku’ .
Kata syaitan lagi. . . .
..③
Orαng yαng rukuk & sujud mєndαhului imαm αdαlαh ‘Anลkku’ .
Kata syaitan seterusnya . . .
..④
Orαng Islαm yαng mαkαn tαnρα mєmbαcα bismillαh tєrlєbih dαhulu αdαlαh ‘Anลkku’ .
Kata syaitan lagi . . . . . .
..⑤
Wαnitα Islαm yg tidαk mєmαkαi tudung αdαlαh ‘Istєriku’ .. .
Kata syaitan lagi . . . . .
..⑥
Orαng Islαm yαng sukα mєmbαzir ραdα ρєrkαrα yαng tidαk bєrfαєdαh αdαlah ‘Sลudลrลku’ .
Kata syaitan lagi . . . . . .
..⑦
Orαng yαng tidαk sukα bєrkσngsi msg ini dєngαn sαudαrα Islαm yαng lαin αdαlαh ‘Sลhลbลtku’ .
Kata syaitan lagi dan lagi . . .
..⑧
Orαng Islαm yαng sukα bєrkσngsi msg ini dєngαn sαudαrα Islαm yαng lαin αdαlαh ‘MUSUHKU’ ..
 
» Mαkα mαrilαh kitα jαdi ‘MUSUH’ syαitαn .. dєngαn bєrkongsi msg ini dєngαn sαudαrα Islαm yαng lαin . Sєmogα kitα sєntiαsα dαlαm lindungαn ALLAH juα … Aaminn….
Baca slow slow okay,  

HASBI RABBI JALALLAH, MAAFI QALBI GHAIRULLAH, NUR MUHAMMAD SALALLAH, LAILAHAILLALLAH”
COPY PASTE BAGI SEMUA
ORANG ZIKIR ^_^ ♡. ::

   اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد.

7 WANITA BERTANYA, SEORANG LELAKI MENJAWAB

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak.”

..Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu brtanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.”

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ay
ah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”

Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “Masya’Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

———————————–

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

RAHSIA AL-FATIHAH

 

1. Al fatihah – Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah – Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan ‘patah riuk’ jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Kongsilah dengan rakan group yg lain…mudah-mudahan  penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.

Tinggalkan perbalahan..

Daripada Abu Umamah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….

Oleh: Abu Anas Mohamad Lutfi

Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….

Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.

Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.

Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.

Malanglah ia

Dari Abi Hurairah ra. menceritakan bahwa Rasulullah saw bersabda,”Malanglah ia, malanglah ia, malanglah ia. Seorang yang hidup cukup lama menyaksikan hari tua ibu-bapaknya, tetapi gagal memperoleh surga (dengan jalan mengkhidmati mereka).”
(Muslim)

Perginya seorang ulama’

image

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

 

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Dari Ali ia berkata; “Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri.” HR Muslim No : 2320 (Status : Hadis Sahih)

Pengajaran:

1.  Daging serta apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin.

2.  Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

3.  Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  “Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  Hadis – bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban – boleh upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban – kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

Oleh itu marilah kita bersikap RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.