image

https://people.utm.my/megataman/1239-2/

MUTIARA KALAM…

“Burung-burung keluar pagi balik petang mencari rezeki”
* Tawakal mereka kepada Allah begitu tinggi.
* Tiada pernah kedengaran burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan
Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap hari.
# Kenapa kita tidak setawakkal itu?

Tazkirah Pagi
“Mahkota utk org beriman ada tujuh”:

1. Mahkota Dzikir:
Lailaha illallah wahdahu la syarikalahu lahul mulku wallahul hamdu wahua ‘ala kulli syai’in qodir.

2. Mahkota Tasbih:
Subhanallah wabihamdihi ‘adada khalqihi waridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi.

3. Mahkota Doa:
Rabbana atina fiddunya hasanah wafil ‘akhirati hasanatau waqina ‘adzabannaar.

4. Mahkota Istighfar:
Allahumma Anta rabbi Lailahailla anta, kholaktani wa ana abdika wa ana ala ‘ahdika wawa’dika mas tato’tu, ‘audhubika min syarri mashona’tu, wa abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzambi faghfirli fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa anta.
                                  
5. Mahkota Perlindungan:
Bismillahil ladzi layadhurru ma’asmihi syaiun fil Ardhi wala fissamaa’i wahuas samii’ul ‘aliim.

6. Mahkota Pelepas Bencana:
Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzdhalimin.

7. Mahkota Penenang Hati:
Lahaula wala quwwata illah bilahil ‘aliyyil ‘adhim.

Jadikanlah Mahkota² ini menghiasi kepala kita dan membasahi lisan kita.

Kongsi n bagikan Doa² ini dgn niat baik, mudah²an Allah mengangkat segala Cobaan dan Musibah kita di dunia dan di akhirat.
In shaa ALLAH

Jgn meremehkan amal sekecil apa pun krn kita tidak tahu pahala mana yg akan memasukkan kita ke dlm syurga

TEST ALBUM

TEMAN SEJATI

Bismillah

Sahabat-sahabat ku……
Kamu tidak harus mempunyai teman yang banyak untuk menjadi orang yang berpengaruh.
Perhatikanlah, ia singa berjalan sendirian, sedang kambing berjalan bersama-sama dengan kumpulannya.

Temanmu juga tidak seharusnya sentiasa berdekatan dengan mu. Dan berjauhan itu tidak semestinya ia tidak diperlukan.

Perhatikan juga, jari kelingking, jari manis, jari tengah, dan jari telunjuk kita berada berdekatan… Kecuali Ibu jari, dia jauh dari yang lainnya.

Anehnya, jari-jari yang lain tidak akan mampu melakukan apa-apa dengan berkesan dan kekuatan kecuali dengan bantuan ibu jari yang letaknya jauh dari jari yang lain.
✍ Kita buktikan dengan menulis atau menutup dan membuka kancing butang bajumu.

Yakinlah, bahwa yang penting bukanlah banyaknya teman d sekelilingmu… tetapi  yang penting adalah yang paling banyak cinta dan manfaatnya kerana Allah, walaupun ia berada jauh dari mu. ✅
Sikapilah hidup ini dengan bijak dan cerdas, kerana hidup ini akan terus berjalan, baik kamu tersenyum atau kamu menangis…
…….
Disebutkan dalam sebuah hadits, seorang perempuan masuk syurga kerana memberi minum anjing, sehingga anjing itu diberi kehidupan oleh Allah dengan lantaran air tersebut.

‼ Maka bagaimana keadaan orang yang memberi minum manusia dengan tauhid, dengan memberikan peringatan dan nasihat serta mengajarkan mereka tauhid, sehingga hati mereka yang mati kerana kesyirikan, kemaksiatan, kebid’ahan  menjadi hidup kembali, dan itu juga tujuan utama diciptakannya manusia; iaitu menyembah hanya kepada-Nya.

☝Semoga Allah menjadikan kita semua penyeru kepada TAUHID pada teman yang lain dan membuat kita meninggalkan kesyirikan dan kemaksiatan dalam hidup.

☝Ya Allah …. bimbinglah kami untuk berada terus diatas jalan-Mu. Jangan Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan pertunjuk-Mu. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantu kami dari kesesatan kecuali Engkau. Aamiin.

KITA BUKA JE AIB SAUDARA KITA

ScreenHunter_01 Sep. 05 16.33

Allah akan buka aib kita satu persatu
Sekiranya kita berusaha tutup aib saudara kita, Allah akan tutup aib kita dunia dan Akhirat

SEMUA KITA ADA MELAKUKAN KESALAHAN
tapi biasanya kita lupa dan bila ada orang lain membuat kesalahan, cepat cepat kita nak semua orang tahu

1 jari kita tunjuk orang itu salah itu salah ini
4 jari sebenarnya ada salah kita tapi kita sedaya upaya nak tutup

Jangan fikir kita je nampak kesalahan orang,
Ramai orang nampak kesalahan kita

Jangan fikir kita je ada perasaan, Ramai orang ada perasaan

Jangan fikir betul kita je, Ramai orang pun ada pandangan yang betul

Kita kena sedar, kita tidak sempurna
Kita saling perlu memerlukan
Jgn sesekali sombong hidup ini,
Allah tak suka, manusia pun tak suka

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Berkemampuan

 

عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

“Dari Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun” HR Ibnu Majah No 3112 (Status hadis: albani – hasan)

Pengajaran:

1.  Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.

2.  Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

3.  Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

4.  Jika kita mampu membayar bil handset RM 40 – 50 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60 bulanan, membeli surat khabar dan majalah tidak kurang RM 50 sebulan – sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 50 – 60 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada Hari Raya Korban ini.

ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 

Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari’ (3x)

Bicara hati:
Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.

Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.

YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.

Ya Allah,Ya Baari’ yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.

Witir, Korban dan Duha

 

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَائِضُ وَهُنَّ لَكُمْ تَطَوُّعٌ الْوَتْرُ وَالنَّحْرُ وَصَلَاةُ الضُّحَى

“Daripada Ibn Abbas, Ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat bagi kamu : sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang duha” HR Ahmad No 1946

Pengajaran:

1.  Ada antara ibadat yang wajib dilaksanakan oleh Rasulullah namun bagi kita sebagai umatnya hanya disunatkan.

2.  Solat sunat witir dan solat sunat duha jika tak sempat kita buat hari ini.. esok atau lusa masih sempat…ibadat korban..jika kita terlepas tahun ini..setahun lagi kena tunggu.. bimbang tak sempat. untuk kita laksanakan

3.  Ibadat korban pada hari raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik amat digalakkan untuk mereka yang berkemampuan.

4.  Orang yang melaksanakan ibadat korban adalah tanda orang bertakwa. Firman Allah:

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati” (Al-Hajj : 32)

5.  Ayuh sahabat, sempena kedatangan Eidul Adha ini, kita dapat mengerjakan ibadah korban. Moga ia menjadi bukti ketakwaan kita.

Doa Memohon Cinta Allah SWT

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ya Allah,aku bermohon kepada-Mu segala kebaikan,akhlak yang terpuji, menjauhi segala kemungkaran, mengasihi golongan yang miskin. Aku mohon cinta-Mu, menyintai mereka yang mencinta.-Mu, berilah taubat, ampunan dan rahmat-Mu dan jika Engkau berkehendak menguji suatu kaum, matikanlah aku tanpa diuji.

(Hadith Riwayat al-Tirmizi no3233)

Bila kita tua…

 

Bila kita tua, isikan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

Bila kita tua, akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, ziarahi seberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, lebih-lebih lagi tentang kematian.

Bila kita tua, jangan susahkan  diri memikirkn anak2 secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda selesai sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

Bila kita tua, berilah peluang untuk bersama rakan2 lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurangan dari masa ke semasa.

Bila kita tua, terimalah penyakit dengan optimis kerana sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yang sama, iaitu lahir bayi, knk2, dewasa, tua, sakit & mati.

@ kata2 nasihat :
“Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain.”

senyum itu satu sedekah.