PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

 

Bersedekah Semampu Mungkin

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Dari Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ‘ Baginda bersabda: ‘Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Baginda bersabda: ‘Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ‘ Baginda bersabda: ‘Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf’. Mereka berkata; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Baginda bersabda: ‘Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.’ (HR Bukhari No: 5563)

Pengajaran:

1. Setiap Muslim sewajarnya mampu bersedekah hasil daripada harta, ilmu, tenaga, kepakaran yang dimiliki.

2. Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan bersedekah untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

3. Sedekah menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

4. Jika ia tidak mampu mendapatkan harta untuk bersedekah, ia boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan..antaranya melalui aktiviti I-Bantu, khidmat masyarakat dan lain-lain. Itu juga adalah sedekah.

5. Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain, menjadi sedekah juga baginya apabila ia menyuruh kepada kebaikan. Berdakwah melalui pelbagai relong – berceramah, edar pamplet, forward 1 hari 1 hadis. Ini juga sedekah!

6. Menahan diri dari perbuatan mungkar – menegur, menasihat, menghalang, menjauhi mungkar – juga menjadi pahala sedekah.

JOM bersifat RAHMAH dengan berusaha semampu mungkin untuk melakukan amal kebaikan. Moga ia menjadi  sedekah pahala buat kita.

 

26hb Ogos  2016
23 Zulkaedah 1437H

6 Petanda Bermula 100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut

⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam

100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan. 3 Hari Sebelum Hari Kematian Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita? Wallahu a’lam orang yang menyebarkan ini Insya Allah diberi ganjaran pahala bagi setiap orang yang membacanya, In Shaa Allah…ْ ﺁﻣﻴﻦ َ ﻱ َ ﺭ َﺑ ْﻌ َ َ ﻤ ِ ﻴ ّ ﻦ . .

⁠⁠⁠

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram

Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa,s Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

Ramadhan akan datang lagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW…
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH …Sobahul Khayr buat calon bidadari penghuni Syurga NYA -:)

@SUBUH : 5:46am
@SYURUK : 7:02am
@02 Rejab  1437h

Hadith:-
عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ‏

Abu Bakrah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Zaman telah beredar sebagaimana keadaannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Setahun itu ialah dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram: Tiga yang berturut-turut iaitu: Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Al-Muharram, dan bulan Rejab (yang berada antara Jamadil AKhir dan Sya’ban)

[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Khalq, hadis no: 3197]
55hari lagi Ramadhan

Rahmatilah kami semua Ya Allah..

Ya Tuhan kami mudahkanlah kami untuk menjalani hidup ini yg penuh dgn jebakan,, dan jauhkanlah dari azab NERAKA amin

Kata mudir..

Mudir pondok kata,

1. Sebelum melakukan amal istigfarlah.

2. Selepas melakukan amal istigfarlah.

Mudir saya pernah cerita,

Ada satu syeikh ni.
Berjalan menuju ke masjid,
Ada orang menegur selipar syeikh sungguh cantik!

Syeikh buka selipar.
Dan berkaki ayam jalan menuju ke masjid.

Sampai sahaja di masjid mudir nampak syeikh ni membasuh-basuh kakinya di air paip sambil istigfar dengan sungguh-sungguh. Bayangkan, air mata syeikh itu menitis kerana jiwanya ‘hayati’ lafaz
Astagfirulahal’azim.. Syeikh lafaz dan ‘rasa’ Rabb di segenap jiwanya. Syeikh semat dan letakkan dalam hati sehingga setiap denyut jantung dan nafinya hanya ‘Allah’.
Sebab itulah air mata lelakinya tewas. Hanya kerana Allah.

Nanti kalau dah ‘semat’ Allah dalam jiwa, hatta istigfar pun kau bisa menangis sendiri. Kerana apa?

Allah!

Nanti dalam zikir pun hatimu rasa ‘sesuatu’ Kerana apa?

Allah!

Nanti fikiranmu pun hanya ada Allah. Tindakanmu pun kerana Allah. Sebab itu kita kena ‘semat’ Allah dekat seluruh jiwa raga kita. Jangan biar sesiapa menguasai qalbi kita melainkan diisi dengan cinta Allah semata-mata dan paling teratas.

Mudir tanya syeikh kenapa ?
Syeikh jawab,

” Ada orang puji seliparnya dan di hatinya terus timbul rasa riak.”

Ketika itu saya baru sedar,
Kenapa kebanyakan murabbi di pondok sebelum talaqqi kitab mereka akan beristigfar dan selepas habis talaqqi mereka turut beristigfar.

Jika para alim ulamak pun selalu amalkan istigfar memohon pengampunan bagaimana dengan kita, orang awam dan hanya biasa-biasa ?

Sukarnya mencapai satu titik

K E I K H L A S A A N

Hadith hari ini

Solat Rasulullah SAW

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ تَطَوُّعِهِ فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَيُصَلِّي بِالنَّاسِ الْعِشَاءَ وَيَدْخُلُ بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ فِيهِنَّ الْوِتْرُ وَكَانَ يُصَلِّي لَيْلًا طَوِيلًا قَائِمًا وَلَيْلًا طَوِيلًا قَاعِدًا وَكَانَ إِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَائِمٌ وَإِذَا قَرَأَ قَاعِدًا رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَاعِدٌ وَكَانَ إِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Dari Abdullah bin Syaqiq katanya; aku bertanya kepada Aisyah tentang solat Rasulullah SAW, maksudnya solat sunatnya, maka dia menjawab; “baginda solat di rumahku empat rakaat sebelum zohor, kemudian keluar dan solat mengimami manusia, selesai solat, baginda melaksanakan dua rakaat sunat, dan setelah mengimami solat maghrib, baginda masuk dan solat dua rakaat, kemudian mengimami sahabat untuk solat isyak, dan masuk rumahku untuk mengerjakan solat dua rakaat, dan baginda solat malam sebanyak sembilan rakaat termasuk witirnya, baginda  mendirikan solat malam sekian lama sambil berdiri, dan juga solat malam sekian lama sambil duduk, jika baginda membaca dengan berdiri, baginda rukuk dan sujud dengan berdiri, jika baginda membaca sambil duduk, maka baginda rukuk dan sujud dengan duduk, jika fajar telah terbit, maka beliau solat (sunat) dua rakaat.” (HR Muslim No: 1201)

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh untuk diikuti antaranya melaksanakan solat fardhunya  secara berjamaah di Masjid.

2.  Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat nawafil (mengiringi waktu) sebanyak 12 rakaat dan dilaksanakan di rumah.

3.  Rasulullah juga solat malam (tahajud) 9 rakaat termasuk witir.

4.  Rasulullah SAW solat malam (tahajud) dalam keadaan berdiri dan ada kalanya dalam keadaan duduk.

5.  Jika masuk waktu subuh, Rasulullah akan melaksanakan solat sunat sebelum subuh.

Ayuh kita mencontohi amalan Rasulullah  dalam ibadat solat. Sentiasa solat fardhu berjemaah, melaksanakan solat sunat mengiringi waktu (nawafil) sebanyak 12 rakaat dan solat sunat malam 9 rakaat termasuk witir.

Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria

 

Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria — Demo

Alhamdulillah

SC_06 10-Mar-16 19.46

Kreatif dan inovatif..!!

image