عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَائِضُ وَهُنَّ لَكُمْ تَطَوُّعٌ الْوَتْرُ وَالنَّحْرُ وَصَلَاةُ الضُّحَى
“Daripada Ibn Abbas, Ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat bagi kamu : sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang duha” HR Ahmad No 1946
Pengajaran:
1. Ada antara ibadat yang wajib dilaksanakan oleh Rasulullah namun bagi kita sebagai umatnya hanya disunatkan.
2. Solat sunat witir dan solat sunat duha jika tak sempat kita buat hari ini.. esok atau lusa masih sempat…ibadat korban..jika kita terlepas tahun ini..setahun lagi kena tunggu.. bimbang tak sempat. untuk kita laksanakan
3. Ibadat korban pada hari raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik amat digalakkan untuk mereka yang berkemampuan.
4. Orang yang melaksanakan ibadat korban adalah tanda orang bertakwa. Firman Allah:
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati” (Al-Hajj : 32)
5. Ayuh sahabat, sempena kedatangan Eidul Adha ini, kita dapat mengerjakan ibadah korban. Moga ia menjadi bukti ketakwaan kita.