07 55310319 mfuad@utm.my
Pameran 360 Virtual Tour

Pameran 360 Virtual Tour

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Balai Seni Visual, Akademi Arham, Persatuan Seni Khat Johor, Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu sedang menganjurkan Pameran Seni Khat dan Jawi 2022 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru dari 1 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022.

Seni khat ialah seni tulisan Arab (termasuk Jawi) yang cantik. Seni ini merupakan suatu ilmu dan kemahiran dalam membentuk huruf-huruf Arab dalam posisi tunggal, bersambung ataupun dalam bentuk penghasilan karya mengikut kaedah-kaedah tertentu sehingga seni ini Berjaya ditampilkan dalam bentuk yang indah. Seni ini terus berkembang dengan masuknya pelbagai gaya, nilai dan pengaruh setempat, namun perkara ini tidak menjejaskan kaedah asas yang telah ditetapkan oleh Islam.

Selain dari pameran, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti ‘Forum Bicara Seni’, ‘Bengkel Seni Khat dan Iluminasi’, ‘Pertandingan Seni Khat dan Jawi’, ‘Demonstrasi Penyalinan Al-Quran’ serta ‘Seminar Seni Khat dan Jawi’.

Menyedari pameran yang diadakan ini mungkin akan menghadapi cabaran kekurangan pengunjung fizikal, pihak Perpustakaan UTM dibawah Seksyen Galeri & Seksyen Multimedia telah mengambil inisiatif membangunkan platform lawatan secara Maya yang dikenali sebagai ” 360 virtual tour” di virtualgallery.utm.my.

URL https://virtualgallery.utm.my/pameran-maya-seni-khat-jawi/

Pameran maya ini bakal memberi peluang kepada pencinta khat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke pameran fizikal untuk turut menikmati pameran walaupun hanya didalam talian.

Melalui pameran maya ini, pengguna bebas untuk menelusuri keseluruhan pameran secara digital dan merasa pengalaman melihat karya seolah-olah dialam nyata dengan secara dekat (zoom) dengan meng klik icon kamera di setiap bahan pameran.

Semoga suntikan teknologi virtual ini dapat memberi aspirasi dan mengubat rindu semua pencinta Khat di seluruh dunia.

Handphone vs COVID 19

Handphone vs COVID 19

Musim-musim PKP ni ada ramai orang cuba buat video dan sharing apa yang mereka buat di rumah… Jadi sebagai melengkapkan aktiviti sharing ni dikongsikan sikit tips bagaimana nak hasilkan video yang paling baik dengan hanya gunakan kamera handphone Terima kasih pada En Wan Jamal Mohd Ariff… Jurufoto Perpustakaan UTM yang sudi berkongsi tips ini…. Video yang beliau hasilkan memang cun…. bersahaja…. jelas… mudah… mmg terbaik….


LensaDNAUTM2020

LensaDNAUTM2020

Mengganjurkan sesuatu event perlu perancangan, idea, bajet, pelaksanaan, team yg mantap, plan B. plan C, plan D dan macam -macam lagi. Terima kasih tak terhingga kepada Datuk Supandi, Atan aka Skodeng, PM Munim yang memulakan sesi mesyuarat pertama kita di PRZS hinggalah projek ini berjaya dilaksanakan….  tak lupa juga kepada penyertaan karya rakan2 KFS … Redwan… Halid… Faiz… dan yang lain2…. terima kasih semua…

Sedikit gambar kenangan belakang tabir….