HUKUM PENDERMAAN BUAH PINGGANG

Resolusi No. 123: Hukum Menderma Buah Pinggang

Tarikh: 29 Zulkaedah 1429H bersamaan 27 November 2008M

 

Pihak Majlis telah bersidang dalam pertemuan ke-7 pada tarikh 29 Zulkaedah 1429H bersamaan 27 November 2008M bagi menjawab soalan berikut:

Saya mengharapkan jawapan. Saya adalah seorang pemuda berumur 37 tahun. Saya menghidapi penyakit kencing manis sejak berumur 24 tahun. Saya juga menghadapi kerosakan buah pinggang dan lebih menyedihkan saya tidak boleh menerima buah pinggang daripada adik-beradik dan ahli keluarga kerana darah mereka tidak sesuai dengan darah saya.

Saya juga telah pergi ke Malaysia, Mesir dan Syria, malah saya telah beberapa kali menghubungi Arab Saudi, Pakistan dan India tetapi masih belum mampu melakukan pembedahan di semua negara ini kerana undang-undang mereka yang tidak membenarkan pendermaan organ kepada bukan warganegara mereka.

Untuk makluman, keadaan kesihatan saya juga sangat susah dan saya mempunyai pengesahan kesihatan daripada doktor mengenai semua perkara yang telah saya sebutkan. Tetapi saya mempunyai sahabat yang bersedia menderma buah pinggangnya kepada saya kerana Allah SWT.

Persoalannya, adakah saya dibenarkan menerima buah pinggang tersebut daripada penderma yang bukan ahli keluarga jika semua ahli keluarga saya tidak mempunyai darah yang sesuai dengan saya?

Jawapan:

Selepas sesi perbincangan, kajian dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *