HUKUM MENGIKAT TIUB FALLOPIO (BILATERAL TUBAL LIGATION) DAN MENGGUGURKAN SEBAHAGIAN JANIN UNTUK MENJAGA JANIN LAIN

Resolusi No. 152: Hukum Mengikat Tiub Fallopio dan Menggugurkan Sebahagian Janin untuk Menjaga Janin Lain

Tarikh: 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-9 pada hari Khamis, bertarikh 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M bagi membincangkan soalan berikut:

Pertama:

Pesakit berumur 32 tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Beliau telah menjalani proses endometrial resection28 disebabkan pendarahan yang teruk. Proses ini biasanya menyebabkan kemandulan namun masih terdapat kemungkinan sisa endometrial tidak habis dibuang. Jika penempelan ovum berlaku di kawasan ini, ia akan menyebabkan placenta accreta.29 Adakah pesakit ini dibenarkan menjalani proses mengikat tiub fallopio bagi menghalang kehamilan supaya tidak timbul masalah seperti yang telah disebutkan?

Proses membuang garisan endometrial (salah satu dari lapisan rahim) di uterus bagi wanita yang mengalami pendarahan yang teruk ketika haid. Situasi penempelan plasenta pada dinding uterus bahagian dalam.

Jawapan: Hukum asal seperti dalam al-Qur’an dan juga hadis Nabi SAW melarang . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *