Archives for January 2020

Teknik Mengacarakan Majlis

Panduan Menjadi Emcee

Panduan Doa Rasmi

Laporan Kewangan & Resit Perbelanjaan Program

Laporan dan Analisa Kewangan

Penyelarasan kewangan program hendaklah dibuat sejurus sahaja program selesai dilaksanakan. Ini bagi memastikan dana pendahuluan yang dipohon sebelum program berlangsung, dapat dibelanjakan dengan berhemah mengikut perancangan belanjawan yang telah disediakan. Laporan kewangan perlulah mengikut prosedur seperti berikut:

  • Tempoh untuk menghantar laporan kewangan dan penyelarasan pendahuluan hendaklah tidak lebih dari empat belas (14) hari dari tarikh perlaksanaan program.
  • Semua resit perbelanjaan hendaklah ditampal di atas kertas bersaiz A4
  • Baki perbelanjaan program hendaklah lampirkan bersama penyata kewangan yang disediakan.

Resit Perbelanjaan Program

Resit-resit perbelanjaan yang dikemukakan bagi tujuan tuntutan pembayaran balik, mestilah mempunyai maklumat berikut:

  • nama syarikat pembekal
  • no pendaftaran syarikat pembekal
  • alamat syarikat pembekal
  • no. telefon syarikat pembekal
  • no. resit
  • tarikh resit
  • nama barang yang dibeli
  • bilangan barang yang dibeli
  • harga barang yang dibeli
  • tanda tangan atau cop syarikat

Selain daripada itu, kriteria resit juga hendaklah:

  • Resit hendaklah yang asal dan telah dibuat pembayaran.
  • Tidak boleh dipinda atau ditokok tambah.
  • Hanya mengandungi barang yang berkaitan dengan aktiviti (bukan barang persendirian).

Contoh-contoh resit yang DITERIMA untuk proses tuntutan / penyelarasan.

Contoh-contoh resit yang TIDAK DITERIMA untuk proses tuntutan / penyelarasan.

Teknik Penyediaan Sijil Program

PENYEDIAAN SIJIL PROGRAM

Terdapat 2 jenis sijil yang perlu disediakan untuk program-program yang berkonsepkan khidmat masyarakat ini, iaitu:

  1. sijil penyertaan
  2. sijil penghargaan

Disebabkan terlalu ramai pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah program khidmat masyarakat ini, maka kepada siapa sijil-sijil ini hendak diberikan??

Sijil Penyertaan diberikan kepada:

  1. peserta program

Manakala Sijil Penghargaan pula diberikan kepada:

  1. jawatankuasa program – terdiri dari mahasiswa UTM
  2. penganjur bersama / stakeholder
  3. perasmi program – VIP yang dijemput utk merasmikan program
  4. penasihat program – terdiri dari pensyarah & pen pensyarah kursus
  5. sukarelawan – terdiri dari staf UTM yang hadir membantu menjayakan program

Bagaimana dengan rekaan sijil? Apakah tips atau teknik asas bagi menghasilkan sijil yang baik?

Terdapat banyak kertas sijil bersaiz A4 yang dijual dipasaran. Pelajar boleh saja menggunakan format kertas sijil yang berada di pasaran tersebut.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya pelajar merekabentuk sijil mengikut kreativiti dan kesesuaian program yang telah mereka laksanakan.

Sijil yang baik haruslah mengandungi maklumat-maklumat seperti yang berikut:

  • logo penganjur utama
  • logo-logo penganjur bersama/shareholder
  • nama / jenis sijil
  • nama penerima
  • no kad pengenalan penerima
  • peranan / sumbangan / sebab menerima sijil
  • nama program
  • tarikh program
  • lokasi program
  • tanda tangan pengesah sijil

Contoh sijil bagi program-program terdahulu.

Petua Semaian Biji Benih Durian

SEMAIAN BIJI BENIH DURIAN

Teknik semaian biji benih durian ini boleh juga diguna pakai untuk biji benih pokok buah yang hampir sama saiznya. Cara-caranya adalah:

  1. isi tanah hitam dalam pasu
  2. benam biji benih 1 inci dalam tanah
  3. kambus guna tanah hitam. siram air memadai sehingga biji benih basah
  4. tutup pasu dengan plastik hitam
  5. alas papan atas pasu untuk mengekalkan kelembapan tanah
  6. tidak perlu siram sehingga 4-5 hari
  7. selepas 4-5 hari, biji benih pasti bercambah
  8. pindahkn biji semai ke dalam polibeg / tanah
  9. tq! ??

Selamat Mencuba!

Majlis Jasamu Dikenang BAKEP TNCPI

Sekitar program Majlis Jasamu Dikenang anjuran BAKEP TNCPI. Majlis diadakan pada Isnin, 13 Januari 2020, jam 12.00 tengahari dan bertempat di Bilik Ilmuan 3, Menara Razak. 5 orang staf yang dirai adalah seperti berikut;

1. EN. KAMARUDDIN BIN MANSORUDIN

Tarikh bersara wajib adalah pada 8 MEI 2020 setelah berkhidmat selama 36 tahun.

2. EN. HUSSAIN BIN SERMAN

Tarikh bersara pilihan adalah pada 2 JAN 2020 setelah berkhidmat selama 37 tahun.

3. EN. SHAHROM BIN AHMAD NASIR

Tarikh bersara pilihan adalah pada 2 APRIL 2020.

4. TUAN HAJI AHMAD MOKHTAR B. HJ. ABD KADIR

Tarikh bersara pilihan adalah pada 15 FEB 2020.

5. PUAN MIMIT SURIYARTI BINTI BUYUNG PUTIH

Tarikh melepaskan jawatan adalah pada 1 OKT 2019 setelah berkhidmat selama 10 tahun. Beliau menyambung perkidmatan melalui skim perkhidmatan baru di RTM.

13 Petua Sihat Dari Pakar Kesihatan

13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN ?

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.

Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.

Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement – pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama “si mata lalat” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.

#PetuaDanKesihatan

sumber : Group whatsapp

Lawatan Kerja Ke MARDI

Tarikh : Khamis, 9 Jan 20
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tghari
Lokasi : Horticulture Research Centre, MARDI Headquarters, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

Panduan Merekabentuk Kain Rentang Program

TEKNIK MEREKABENTUK BANNER PROGRAM YANG SESUAI

  • Sama seperti proses merekabentuk poster, maka terdapat 2 bahagian utama yang perlu diberi fokus, iaitu:
    • Content – Isi / butiran / kandungan poster
    • Design – Rekabentuk / susunan / saiz yang sesuai
    • Lebar banner yang sesuai adalah sekurang-kurangnya separuh dari saiz panjang banner (cthnya, 10ft x 5ft, atau 9ft x 5ft)
  • Content
    • Nyatakan butiran program dengan jelas. Maklumat seperti tajuk program, tarikh, masa, lokasi program, penganjur, rakan kerjasama, dll perlu dinyatakan dengan jelas.
    • Tajuk Program perlu di highligt kan dengan jelas kerana tajuk ini adalah keyword utama dalam menggambarkan keseluruhan banner. Gunakan saiz yang sesuai.
    • Nyatakan contact detail yang sesuai untuk dihubungi oleh peserta yang berminat.
  • Design
    • Gunakan gambar yang asli. Elakan dari menggunakan gambar internet.
    • Gunakan logo-logo yang sesuai dan perlu ada. Antaranya adalah logo UTM, logo rakan kerjasama, logo penaja, dll.
    • Pilih gambar / logo yang jelas, terang dan mempunyai resolusi yang tinggi.
    • Gunakan hanya gambar yang berkaitan dengan program, dan juga gambar-gambar yang mempunyai nilai dan impak yang baik untuk peserta program.
    • Sebaiknya, gunakan hanya gambar landskap sahaja bagi memudahkan susunan dan menjamin keseragaman.
    • Susun gambar mengikut saiz yang sesuai dengan saiz tulisan.
    • Pastikan wujud aspek keseragaman bagi keseluruhan banner.
    • Pastikan tiada ruang-ruang kosong dalam banner.
    • Gunakan sedikit imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan banner yang baik.

Contoh banner dan saiz banner.

Senarai Semak Program (Programme Checklist)

Apa Itu Senarai Semak?

Senarai semak adalah satu alat pentaksiran atau alat bantu kerja yang dibangunkan dalam bentuk dokumentasi, mengandungi maklumat tepat serta senarai item yang diperlukan semasa program, bertujuan bagi memudah dan melancarkan tugasan kerja, serta mengurangkan kegagalan.

Senarai semak yang baik dan lengkap dapat memastikan konsistensi kelancaran dan kesempurnaan program.

Senarai semak yang baik juga mampu dijadikan rujukan serta panduan dalam menjalankan kerja, pada waktu sebelum dan semasa program dijalankan.

Senarai semak adalah bersifat subjektif dan ianya dibangunkan serta dibuat berdasarkan program tertentu dan keperluan semasa.

Fungsi Senarai Semak

  1. membantu pengguna menjalankan projek / kerja dengan lebih sistematik dan lancar
  2. sebagai rujukan dan garis panduan dalam menjalankan projek / kerja
  3. bagi mengurangkan kegagalan dan keciciran dalam projek / kerja

Bila Senarai Semak Ini Perlu Dibuat?

Senarai semak ini perlu dibuat SEBELUM sesuatu projek / aktiviti / kerja itu dilaksanakan. Ini bermaksud, senarai semak ini sebaiknya dibangun serta dibuat dengan menggunakan kepakaran lebih daripada seorang individu. Ini disebabkan kerana pembangunan senarai semak ini memerlukan buah fikiran ramai. Aktiviti brainstorming diperlukan bagi menghasilkan senarai semak yang baik.

Kelebihan Penggunaan Senarai Semak

  1. mudah dan praktikal
  2. menjimatkan masa dan tenaga
  3. dapat digunakan / membantu mereka yang tidak mahir
  4. kerja menjadi lebih fokus dan mudah
  5. membangunkan budaya membuat perancangan awal

Kelemahan Penggunaan Senarai Semak

  1. memerlukan masa yang lama bagi menghasilkan senarai semak yang baik dan lengkap
  2. kadangkala terlepas beberapa perkara penting disebabkan item tersebut tiada dalam senarai semak
  3. kurang keupayaan berfikir disebabkan hanya bergantung kepada senarai semak

Contoh Format Senarai Semak

Kepentingan Lawatan Awal Ke Tapak Program

Apa tujuan lawatan tapak program dibuat? Apa yg kita tgk/ambil peduli sewaktu lawatan tapak?

Antara lain tujuan lawatan tapak program dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menilai :
1. keberkesanan kawasan @ komuniti program
2. kawasan kerja / projek yg hendak dijalankan
3. sumber bekalan air, elektrik,
4. ruang makan, ruang briefing teori
5. ruang bancuh simen, ruang simpan barang
6. majlis pembuka, penutup
7. kawasan teduh
8. dll yg difikirkan perlu

Kenapa??

Perkara² ini perlu dikenalpasti bagi menjamin kelancaran program yang akan dijalankan. Tentatif dan perancangan asal program masih boleh dipinda berdasarkan hasil dari lawatan tapak ini.

Apa persediaan yg perlu dibuat sebelum lawatan tapak?

1. surat permohonan lawatan tapak kpd wakil komuniti
2. tempahan kenderaan pelajar
3. pastikan nama program dan tentatif program telah ada utk di brief kan kpd wakil komuniti (sama spt kertas kerja)
5. anggaran produk dan bilangan simenfero yg ingin dibangunkan semasa program sebenar
6. anggaran peserta yg diperlukan
7. persediaan team multimedia spt kamera, video, dll
8. dll yg difikirkan perlu