Laporan Kewangan & Resit Perbelanjaan Program

Laporan dan Analisa Kewangan

Penyelarasan kewangan program hendaklah dibuat sejurus sahaja program selesai dilaksanakan. Ini bagi memastikan dana pendahuluan yang dipohon sebelum program berlangsung, dapat dibelanjakan dengan berhemah mengikut perancangan belanjawan yang telah disediakan. Laporan kewangan perlulah mengikut prosedur seperti berikut:

  • Tempoh untuk menghantar laporan kewangan dan penyelarasan pendahuluan hendaklah tidak lebih dari empat belas (14) hari dari tarikh perlaksanaan program.
  • Semua resit perbelanjaan hendaklah ditampal di atas kertas bersaiz A4
  • Baki perbelanjaan program hendaklah lampirkan bersama penyata kewangan yang disediakan.

Resit Perbelanjaan Program

Resit-resit perbelanjaan yang dikemukakan bagi tujuan tuntutan pembayaran balik, mestilah mempunyai maklumat berikut:

  • nama syarikat pembekal
  • no pendaftaran syarikat pembekal
  • alamat syarikat pembekal
  • no. telefon syarikat pembekal
  • no. resit
  • tarikh resit
  • nama barang yang dibeli
  • bilangan barang yang dibeli
  • harga barang yang dibeli
  • tanda tangan atau cop syarikat

Selain daripada itu, kriteria resit juga hendaklah:

  • Resit hendaklah yang asal dan telah dibuat pembayaran.
  • Tidak boleh dipinda atau ditokok tambah.
  • Hanya mengandungi barang yang berkaitan dengan aktiviti (bukan barang persendirian).

Contoh-contoh resit yang DITERIMA untuk proses tuntutan / penyelarasan.

Contoh-contoh resit yang TIDAK DITERIMA untuk proses tuntutan / penyelarasan.