Archives for January 2021

Cabaran Kebun Komuniti Sg. Bunus Di Musim Pandemik

27 Jan 2021, Ts Mohd Hazri bin Ishak, Centre For Community & Industry Network (CCIN), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia

SG. BUNUS – Umumnya masih ramai masyarakat sekitar Kuala Lumpur yang masih belum mengetahui tentang kewujudan sebuah projek pertanian kebun komuniti yang bertempat di Hilir Sg. Bunus, Kuala Lumpur. Namun bagi warga Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan komuniti sekitarnya, ianya bukanlah suatu perkara baru buat mereka. Kebun komuniti yang telah beroperasi hampir lima tahun ini telah berjaya mendatangkan begitu banyak menfaat kepada pengusaha kebun, juga tidak ketinggalan terhadap komuniti sekitar. Menfaat yang dimaksudkan bukan hanya dari segi hasil tuaian serta produk tani sahaja, namun kebun ini juga telah banyak menyumbang kepada aktiviti kelestarian ilmu dan perpindahan teknologi kepada komuniti tersasar, melalui program-program berkala yang telah dilaksanakan setiap bulan.

Namun pada sekitar Disember 2019, kita telah dikejutkan dengan serangan wabak Pandemik Covid-19, yang tidak semena-mena telah menyerang masyarakat dunia. Seluruh dunia menerima kesannya. Tidak terkecuali juga dengan kita di Malaysia. Virus yang masih belum dapat ditentang secara saintifik ini diberi nama Coronavirus, dan ianya dikatakan berasal dari Wuhan, China.

Maka yang demikian, bermula 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini. Semua aktiviti dan operasi harian dihentikan serta merta, dan rakyat diperintahkan agar duduk di rumah. Hasilnya, ekonomi Malaysia merundum teruk dan banyak pelabur serta sektor perniagaan yang terpaksa gulung tikar.

Namun demikian, wabak Covid-19 ini berjaya diperlahankan sebarannya, sehinggakan rekod jangkitan terendah dalam sehari pernah mencapai angka 0. Lantaran itu, aktiviti yang melibatkan ekonomi dibuka semula operasinya secara berfasa.

Panas yang disangkakan sehingga ke petang, rupa-rupanya mendung dan sedikit hujan di tengahari. Ini berikutan statistik penularan wabak Covid-19 di Malaysia tiba-tiba meningkat semula, sehingga pernah menjangkau angka melebihi 4000 kes sehari. Oleh yang demikian, kerajaan terpaksa mengumumkan sekali lagi PKP versi 2.0 bermula Rabu, 13 Januari 2021.

Covid-19 berjaya merubah norma harian rakyat dunia. Aktiviti serta rutin harian rakyat Malaysia tidak lagi seagresif dahulu. Tiada lagi aktiviti keramaian, percutian keluarga, malah bersantai di kedai kopi pon telah menjadi satu kekangan dan kesalahan buat masa kini.

Begitu juga halnya dengan aktiviti pertanian dan operasi kebun komuniti di Sg. Bunus. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, operasi dan aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg Bunus masih lagi ditangguhkan. Kebun komuniti ini juga kurang terjaga dan masih belum lagi dibuka kepada komuniti sekitar.

Situasi ini mengundang kepada persekitaran kebun yang semakin tidak terurus dan mengundang bahaya. Persoalannya, apakah masih releven aktiviti berkebun pada musim pandemik ini? Bagaimanakah pendekatan yang paling sesuai dan selamat untuk mempertahan serta menjamin kelangsungan aktiviti di kebun komuniti tersebut, pada musim Covid-19 sedang bermaharajalela ini?

Inilah dia cabaran alaf baru yang perlu ditangani oleh masyarakat moden sekarang. Dengan berbekalkan teknologi serba canggih, disusuli pula dengan bantuan informasi dihujung jari, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk meneruskan hidup dan rutin harian dengan norma baharu, supaya ianya masih setanding dengan zaman sebelum pandemik melanda.

Pokok terung organik yang hidup subur di Kebun Bandar Sg. Bunus

Ada banyak faktor yang menjadi sebab, mengapa aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus wajar diteruskan. Salah satunya adalah disebabkan faktor jana semula ekonomi. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk. Ramai rakyat yang telah terjejas sumber pendapatan dan peluang pekerjaan juga semakin berkurang. Pada masa ini, hasil tani dari di Kebun Bandar Sg Bunus sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan ekonomi keluarga komuniti yang terjejas. Bahan asas makanan harian seperti cili, ulam-ulaman, buah, juga sayuran kontan dapat dituai dengan percuma. Juga terdapat ratusan ikan tilapia yang menghuni dasar Kolam Tebatan Banjir Sg. Bunus, dan sedia untuk dipancing bagi dijadikan santapan harian. Mungkin jumlahnya tidak banyak, namun ianya memadai bagi menampung keperluan pengusaha kebun dan masyarakat sekitar yang memerlukan. Oleh yang demikian, masyarakat dapat berjimat dalam perbelanjaan harian. Sayur yang ditanam sendiri juga mempunyai kualiti yang jauh lebih baik dan meyakinkan berbanding sayuran yang dibeli di pasar. Aktiviti pertanian juga sememangya telah terbukti mampu membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.

Antara faktor lain yang menyokong agar aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus ini diteruskan adalah kerana aktiviti pertanian ini dilihat mampu dijadikan sebagai praktis serta alternatif kepada aktiviti senaman dan gaya hidup sihat. Masyarakat sewajarnya mengambil peluang dalam mendalami ilmu dan teknik berkebun sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan Kebun Bandar Sg. Bunus menyediakan platfom ini. Selain daripada memulakan hobi baru, aktiviti berkebun di kebun komuniti ini juga mampu mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Namun larangan terhadap aktiviti mass gathering hendaklah sentiasa dipatuhi dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, tahap kesedaran masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam mengekang wabak Covid-19 ini haruslah sentiasa ditingkatkan. Bilangan ahli yang terlibat dalam suatu aktiviti, pada satu-satu masa hendaklah dihadkan mengikut saranan pihak Majlis Keselamatan Negara. Sebaiknya, perbanyakan notis mahupun kain rentang berkaitan keperluan menjaga Standard Operating Prosedure (SOP) di sekitar Kebun Bandar Sg. Bunus, agar pengusaha kebun sentiasa berwaspada terhadap jangkitan wabak ini.

Antara lain, kaedah penggiliran terhadap sembilan pemegang taruh yang bertanggungjawab terhadap operasi pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus ini juga wajar dilaksanakan bagi menjamin kelestarian aktiviti pertanian ini. Ini bertujuan bagi mengelakan keadaan sesak dan situasi yang terlalu ramai di kebun komuniti tersebut. Ahli kebun juga dinasihatkan supaya dapat memastikan dirinya berada dalam keadaan benar-benar sihat, bebas dari sebarang simptom yang meragukan, sebelum hadir berkebun.

Antara tanaman lain yang ada di Kebun Bandar Sg. Bunus

Perjuangan dalam menentang penularan wabak Covid-19 ini adalah peranan semua orang. Oleh yang demikian, dalam keghairahan melaksana aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus, SOP asas yang diperintahkan MKN hendaklah sentiasa dipatuhi. Sentiasa memakai penutup hidung dengan sempurna. Praktis ini telah terbukti berkesan dalam menghalang virus dari berpindah kepada orang lain. Selain itu, ahli kebun disarankan agar kerap mencuci tangan samada dengan sabun, mahupun pembasmi kuman (hand sanitiser) bagi tujuan membunuh kuman, sekiranya ada.

Peserta kebun juga disarankan agar sentiasa menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, sewaktu aktiviti berkebun dijalankan. Sebaiknya juga pastikan agar tiada berlaku sentuhan antara sesama peserta kebun. Elakan juga bersalaman dan berkongsi bekas minuman antara satu sama lain. Peraturan norma baharu ini hendaklah sentiasa dipatuhi dan dijadikan sebagai rutin dan amalan wajib bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini, dan dalam masa yang sama, aktiviti pertanian kebun komuniti di Kebun Bandar Sg. Bunus ini dapat dilaksanakan seperti biasa.

Norma baharu bagi aktiviti berkebun ini dijangkakan bakal berterusan buat masa yang panjang, berikutan masih belum ada vaksin yang benar-benar berkesan telah tercipta. Tahun 2020 dan 2021 dijangka menjadi tahun yang amat mencabar buat dunia dan masyarakat Malaysia khususnya kerana ujian serta dugaan Pandemik Covid-19 yang melanda. Diharapkan agar wabak ini akan segera berakhir bagi menjamin aktiviti pertanian dan projek Kebun Bandar Sg. Bunus dapat dilaksanakan semula seperti biasa.

Diharap agar masyarakat sentiasa mengamalkan konsep 3P dalam aktiviti harian, iaitu Pakai Pelitup Muka, Pencucian Tangan dan Penjarakan Sosial. Elakkan juga 3S iaitu Tempat Sesak, Tempat Sempit dan Sembang secara Dekat. Semoga Malaysia kembali pulih dan rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. #KitaJagaKita

Contoh Aliran Perjalanan Sebuah Webinar / Forum

Pengenalan
MC membuka kata denga mengalu-alukan penyertaan panel dan penonton
Bacaan Doa
Ucapan Pengarah Program / VVIP / Perasmi forum (Sekiranya ada)
Taklimat ringkas pengenalan kepada topik dan objektif forum
Menerangkan outcome daripada forum yang diadakan
Menerangkan konsep dan perjalanan forum kepada penonton
Sedikit sesi pengenalan latar belakang panel, oleh moderator
Mengingatkan penonton supaya mendaftar borang kehadiran
Tayangan montaj pengenalan

Sesi Webinar Bermula
Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan pertama kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 1
Tayangan montaj 1 (Sekiranya ada)

Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan kedua kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 2
Tayangan montaj 2 (Sekiranya ada)


Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan ketiga kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 3
Tayangan montaj 3 (Sekiranya ada)

Sesi Q&A
Mulakan sesi ini dengan soalan-soalan yang mudah

Kesimpulan dan penutup oleh moderator
Sedikit ulasan, kesimpulan, harapan terhadap program yang telah berlangsung
Mengingatkan penonton supaya mendaftar borang kehadiran
Tayangan montaj penutup

Tamat

The Power of Sharing (Part I)

Assalamualaikum smua.. apa khabar semua.. harap2 baik jek la ya.. disamping keluarga tercinta.. so hari ni, sy nak menulis sikit tentang satu topik ni la.. tajuknya, The Power of Sharing.. sharing ya? sharing apa? haha.. mesti ada yg tertanya-tanya.. yela.. sharing ni ada byk jenis dan keadaan.. sharing baik ada, sharing tak baik pon ada.. tapi, untuk sembang kali ini, kita bercakap pasal sharing yang baik2 jek la ya..

Orait… ada banyak jenis dan kategori sharing ni sbnrnya.. Bahasa Melayu nya, kita istilahkan sebagai berkongsi.. tapi kongsi apa? kongsi rezeki?, harta?, ilmu?, pengalaman?, yg ni biasa kita dengar lah kan… kemudian, berkongsi perasaan?, kebahagiaan?, haa.. bila bab kongsi kebahagiaan ni, org pompuan klu dengar ni, mesti sensitif sikit.. kan? haha.. xp, kita dengar dulu.. lain2 kongsi, kongsi hutang?, tanggungjawab?, kuasa?, kerja?, senyuman?, doa?, pahala?, dosa? dan banyak lagi la jenis sharing ni.. tapi biasanya, bila ditnya kat public, mesti ramai yg jawab, sharing tentang kongsi rezki jek kan? yela… orang Malaysia ni mmg budayanya bersedekah… sangat murah hati.. Alhamdulillah..

Baik.. back to the topic.. apa yg power nya bila kita berkongsi ni? sharing ni, perasan x kita, bahawa bila kita berkongsi ni, outcome dia mesti yg baik2 jek.. yg positif2 jek.. betul tak? kecuali kita berkongsi benda yg tak baik la.. sbb bila kita kongsi benda yang xbaik, outcome dia pon jadi x baik la.. tapi kadang2, kongsi benda xbaik pon jad baik jgak.. haha.. ajaibkan? nnt sy share satu persatu.. huhu.. tapi, bab kongsi benda xbaik tu, sy xnak ulas la.. sbb arini kita nk cerita yg baik2 jek ya.. oke, jom sy ulas satu2, berdasarkan pemahaman, pengalaman saya..

Pertama sekali.. bab berkongsi rezeki dan harta.. bila kita berkongsi rezeki dan harta, apa yg kita dapat? apa yang power nay? Sebenarnya, bila kita berkongsi rezeki dan harta, kita dapat barokah.. keberkatan.. kerana apa? kerana setiap yang ada pada kita tu, sebenarnya ada juga milik orang lain.. Allah tumpangkan kat kita, sementara.. ujian juga buat kita sebenarnya.. Allah nak tgk mcm mana kita belanjakan rezki kita.. dan bila kita percaya dan yakin dengan rezki ni adalah milik Allah, seterusnya kita gunakan ke jalan Allah, maka inshaAllah rezki kita akan bertambah berkat.. sy juga percaya, harta dan rezki yang kita kongsikan kpd org lain juga sbnrnya adalah sebagai “zakat” dan “kos” yang perlu kita belanjakan, dalam mendapat keberkatan, terhadap rezki kita yang lain2nya.. kemudian kita dapat kebahagiaan dan kepuasan.. apa tu kebahagiaan dan kepuasan? kebahagiaan dan kepuasan ini adalah satu perasaan seronok yang sukar untuk diukur.. ianya terbit dari hati.. walaubagaimanapun, rezki dan harta yang dikongsi dengan tidak ikhlas, maka sukar la kita nk mencapai kepuasan dan kebahagiaan itu.. sbnrnya ini lah yang kita cari dalam hidup.. biarlah kita tak banyak harta, tapi hati kita sentiasa bahagia dan puas dengan nikmat Allah.. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri bahawa nikmat Allah itu ada, dan sentiasa ada. Selain drpda itu, offcourse la kita dapat pahala.. kan? haha..

Kedua pula.. bab berkongsi ilmu dan pengalaman.. bila kita berkongsi ilmu dan pengalaman, apa yg kita dapat? pertamanya, secara otomatik, dengan berkongsi ilmu dan pengalaman ini, kita dapat mengasah ilmu dan bakat kita.. menafaat ini dapat terus direct kepada diri kita.. on the spot.. ilmu dan pengalaman ni, klau kita x gunakan, dan kita x kembangkan, dan kita biarkan shj dalam diri kita, tanpa dipraktikan, maka ianya lama2 pasti akan pudar.. silap2, nnt ianya hilang begitu sahaja.. jadi, adalah baik kalau ilmu dan pengalaman yang kita ada, kita sampaikan kepada orang lain.. guna platform dan cara yang sesuai la.. sebab x smua orng mmpunyai minat yg sama, terhadap apa yang kita ada.. haha.. Kadang2 kita x perasan, bahawa ilmu dan pengalaman kita ni, sangat berguna buat orang lain.. yela, ada yang kita x guna pon ilmu kita dalam kehidupan seharian.. namun hakikatnya, ada orang lain yang sangat2 memerlukan ilmu dan pengalaman kita tu.. dengan itu, secara tak langsung, kita dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.. bukan setakat bantu org lain shj, tapi kadang2 ianya dapat membantu masyarakat dalam kelompok yang lebih besar.. Subhanallah.. besarkan Power of Sharing” ni..? so, lain2 lagi, kalau kita kongsi ilmu dan pengalaman ni, kita juga mampu untuk memberi panduan dan galakan kpd orang lain dalam mmperbaiki hidup mereka. Sebab kadang2, mereka2 yang sedang berada dalam ujian Allah ni, mata mereka tertutup.. mereka x nampak apa yang ada di hadapan mereka.. banyak peluang dan ruang yang terbentang dihadapan mereka, yang boleh mereka gunakan untuk mereka menyelesaikan masalah hidup mereka.. yela, bila hati kita beradada dalam kegusaran, kekecewaan, kesusahan, maka kita sukar melihat jalan penyelesaian yang ada.. Disini lah peranan serta keperluannya majlis2 ilmu dan aktiviti perkongsian ilmu dilaksanakan..

Ketiga pula, bab berkongsi perasaan dan kebahagiaan.. haa.. yang ni mungkin akan mengundang perasaan sensitif sikit la di kalangan para isteri.. yela.. bab berkongsi kebahagiaan kan? mana x sensitifnya.. haha.. sabar ya.. jangan risau.. disini saya TIDAK membincangkan tentang berkongsi kebahagiaan rumah tangga, tapi lebih kepada aspek berkongsi keseronokan, kebahagiaan, cerita2 harian, perasaan, dan lain2 yang sama waktu dengannya.. perkongsian ini adalah antara rakan, masyarakat, pekerjaan dan sosial, dalam meningkatkan motivasi, positive energy dan aura baik dalam perjalanan kehidupan seharian.. So, bila kita selalu berkongsi cerita2 seronok, perasaan2 happy, moment2 enjoy keluarga, kita berkongsi pulak denga rakan2 baik kita, rakan2 sekerja, mengikut adab dan batas2nya yang tertentu, maka apa yang kita dapat? bab perasaan pula, kadang kala bila kita dilanda ujian, dilanda musibah, kekecewaan, masalah, then apa kita nak buat? samada kongsi dgn kwn, atau simpan dan hadam utk diri sendiri? adakah kita biarkan “luka” tu pulih sendiri? fuhhh.. susah jgak nk tulis ni.. hehe.. pertamanya, bila kita slalu berkongsi cerita, kita mampu untuk meningkat serta merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Berkongsi perasaan dan cerita bukan bermaksud bermegah2 dan meninggi diri, tapi lebih kepada merapatkat ukhuwah dan semangat sillaturrahim antara sesama kita. Dalam masa yang sama juga, secara otomatik akan wujud satu naluri kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Perasaan dan ikatan “bonding” ini la yang sukar diterjemahkan diatas kertas. Namun percaya la, ianya membawa 1001 menafaat kepada kita dalam kehidupan bermasyarakat. Bila kita susah nanti, pasti ada yang tolong.. hehe.. Perasaan2 negatif seperti kecewa, resah, dan lain2 perasaan juga wajar dikongsi bersama kenalan yang dipercayai. Selepas berkongsi, pastinya kita berasa sangat lega dan bebas dari segala serabut yang bermain dalam kepala. Cuba bayangkan sekiranya masalah atau perasaan negatif itu tidak diluahkan? maka kehidupan seharian kita pasti huru hara.. semuanya serba tak kena.. kerja pon tak menjadi.. jadi, disini lah perlunya kita berkongsi dan meluah perasaan kepada kenalan yang dipercayai.. sebab bila ada sesuatu yg terbuku dihati kita, kalau kita xluahkan, maka selagi itu lah perasaan kita jadi tidak tenteram.. tapi selepas diluah, maka perasaan lega pun muncul.. dan hilang resah dijiwa..

Fuhhh… panjang da sy tulis ni.. actually ada empat bab lagi yang sy nak kongsikan disini.. bab tanggungjawab dan kerja, bab kuasa, bab senyuman, dan bab doa dan pahala.. namun coretan kali ni macam da terlalu panjang.. tangan pon da penat.. nanti sy sambung lagi la Part II ya.. terima kasih sbb sudi membaca.. Jumpa lagi nantii.. Bai.. Assalamualaikum..

Peranan Seorang Pengacara Majlis

Pengacara Majlis, atau pun dalam Bahasa Inggeris nya dipanggil sebagai Master of Ceremony (MC) adalah orang yang paling berkuasa dalam sebuah majlis, bermula dari majlis itu dibuka, dan berakhir sehingga majlis itu ditamatkan. Oleh yang demikin, Pengacara Majlis adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal serta memimpin perjalanan sesebuah majlis itu. MC juga yang akan memulakan majlis, malah MC juga yang akan menamatkan majlis, samada mengikut perancangan program yang telah diranncang, mahupun tidak.

Pengacara Majlis juga berperanan dalam membuat pengumuman kepada tetamu yang ada dalam majlis tersebut. Pengumuman dibuat bertujuan memberitahu peserta yang hadir dalam majlis tersebut tentang sesuatu perkara. Kadangkala, pengumuman yang dibuat akan bersifat luar jangka dimana Pengacara Majlis terpaksa membuat pengumuman terhadap perkara-perkara yang tidak dirancang dan tidak berada dalam tentatif program. Contohnya seperti pengumuman meminta peserta program mengalih kenderaan, pengumuman kehilangan barang, dan sebagainya.

Pengacara Majlis juga berperanan dalam memanggil serta mempersilakan mereka yang mengambil bahagian dalam aturcara majlis supaya meneruskan majlis. Menjadi peranan Pengacara Majlis juga dalam memastikan mereka berada dalam keadaan ersedia dan tidak terkejut sekiranya nama mereka dipanggil. Dalam situasi tertentu, Pengacara Majlis perlu memberi panduan dan “que” kepada mereka yang terlibat. Contohnya seperti, bila hendak mula berucap dan sebagainya.

Ciri-Ciri Seorang Pengacara Majlis Yang Baik

  1. Mempunyai suara yang baik dan sedap didengar.
  2. Berani bercakap dan berhadapan dengan tetamu dan penonton.
  3. Mempunyai ilmu, pintar dan peka terhadap isu-isu semasa.
  4. Percakapan dan sebutannya yang jelas, nyata, terang, dan lancar.
  5. Bercakap dengan kelajuan yang sederhana dan tidak pelat.
  6. Bijak menyesuaikan intonasi suara dengan kategori majlis.
  7. Berkeyakinan tinggi dan tidak gugup.
  8. Tidak mudah panik sekiranya berhadapan dengan situasi luar jangka.
  9. Bijak menggunakan budi bicara dalam membuat keputusan spontan.
  10. Sabar dan tidak bengis.
  11. Berpengetahuan asas dalam bidang istiadat dan protokol.
  12. Kreatif dan bijak menyusun ayat.
  13. Selalu berlatih dan selalu dalam keadaan bersiap sedia.
  14. Sentiasa menepati masa.