Pengacara Majlis, atau pun dalam Bahasa Inggeris nya dipanggil sebagai Master of Ceremony (MC) adalah orang yang paling berkuasa dalam sebuah majlis, bermula dari majlis itu dibuka, dan berakhir sehingga majlis itu ditamatkan. Oleh yang demikin, Pengacara Majlis adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal serta memimpin perjalanan sesebuah majlis itu. MC juga yang akan memulakan majlis, malah MC juga yang akan menamatkan majlis, samada mengikut perancangan program yang telah diranncang, mahupun tidak.
Pengacara Majlis juga berperanan dalam membuat pengumuman kepada tetamu yang ada dalam majlis tersebut. Pengumuman dibuat bertujuan memberitahu peserta yang hadir dalam majlis tersebut tentang sesuatu perkara. Kadangkala, pengumuman yang dibuat akan bersifat luar jangka dimana Pengacara Majlis terpaksa membuat pengumuman terhadap perkara-perkara yang tidak dirancang dan tidak berada dalam tentatif program. Contohnya seperti pengumuman meminta peserta program mengalih kenderaan, pengumuman kehilangan barang, dan sebagainya.
Pengacara Majlis juga berperanan dalam memanggil serta mempersilakan mereka yang mengambil bahagian dalam aturcara majlis supaya meneruskan majlis. Menjadi peranan Pengacara Majlis juga dalam memastikan mereka berada dalam keadaan ersedia dan tidak terkejut sekiranya nama mereka dipanggil. Dalam situasi tertentu, Pengacara Majlis perlu memberi panduan dan “que” kepada mereka yang terlibat. Contohnya seperti, bila hendak mula berucap dan sebagainya.