Teknik Penapis di Gmail

Assalamualaikum.. hari ini merupakan hari yg ketiga belas kerajaan kita kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.. dan sehingga hari ini juga, telah ada dua tempat di Malaysia ini yg telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Ini disebabkan kerana peningkatan indeks Patient Under Investigation (PUI) yg tinggi di kawasan tersebut.

So, bagi yang masih tercari² task yg sesuai untuk Work From Home ini, sy nk cadangkn satu task ini.. aktiviti menyusun atur inbox folder dalam emel kita.. tujuannya supaya kita tidak lagi serabut dengan emel² yg banyak dalam inbox kita.. ni sy share langkah² nya ya.. ada dalam dwi bahasa.. hehe..

Bagaimanakah saya dapat membuat e-mel ke folder tertentu di Gmail?

Untuk menyediakan penapis, ikuti langkah berikut:

  1. Dari ikon di sebelah kanan atas, klik Tetapan.
  2. Pilih Penapis.
  3. Pilih Buat penapis baru (di bahagian bawah).
  4. Dalam ruang “untuk”, masukkan alamat Gmail dengan tempoh.
  5. Pilih “buat penapis dengan carian ini.”
  6. Jika anda mahu mesej masuk untuk alamat itu pergi terus ke dalam folder yang ditetapkan, pilih pilihan “Guna label” dan “Langkau Peti Masuk.” Anda mesti memohon kedua-dua penapis, atau mel akan pergi ke folder baru dan peti masuk biasa anda.
  7. Tekan “Buat penapis” untuk menyimpan perubahan anda.

***********************************************************

How do I make emails go to a specific folder in Gmail?

To set up the filter, follow these steps:

  1. From the cog icon in the upper right, go to Settings.
  2. Select Filters.
  3. Select Create a new filter (it’s at the bottom).
  4. In the “to” field, enter the Gmail address with the periods.
  5. Select “create filter with this search.”
  6. If you want incoming messages for that address to go directly into a designated folder, select the options “Apply the label” and “Skip the Inbox.” You must apply both filters, or else the mail will go to the new folder and your regular inbox.
  7. Hit “Create filter” to save your changes.

Syukur Dengan Apa Yang Kita Ada..

Pernah dengar x tentang 3 perkara yg susah utk kita nikmati sekaligus.. DUIT, MASA, & TENAGA..

  • waktu muda, kita ada byk masa dan tenaga, tapi xd DUIT..
  • kemudian, bila da senang sikit, kita ada DUIT, masih pnya TENAGA.. namun kekurangan MASA pulak..
  • selepas pencen, DUIT dan MASA kita banyak.. namun TENAGA dah xde plak.. huhu

Maka, perbanyakkan lah bersyukur dengan apa yg ada.. kurangkan sifat tamak dalam diri.. inshaAllah, smua kelengkapan kita telah dicukupkan olehNya.

Sekarang, Allah dah tunjukan kepada kita semua dlm analogi yg paling singkat..

  • harga minyak murah, tapi kita xboleh nak isi/guna..
  • cuti rehat 14 hari, tapi kita xbole nak kemana²..
  • ada kerja tetap, tapi xbole nk g kerja..
  • ada surau/masjid, tapi xbole nk berjamaah..
  • saudara mara ramai, tapi xboleh nak ziarah..

Pada yang masih lalai dan terleka, marilah kita sama² insaf.. perbanyakan mensyukuri nikmat² Allah.. dan kurangkan merungut dgn kekurangan yang kita rasakan. Allah takkan menguji hamba²Nya diluar kemampuan hambaNya itu sndiri.

Smoga dugaan COVID19 ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua.

#syukur #insaf #covid19 #dugaan #malaysiaku

Seminar Pemasaran Digital 4.0 Usahawan Pemasar Agromakanan

Acapella Hotel Shah Alam, 1 Februari 20 – Menghadiri seminar pemasaran digital 4.0 anjuran FAMA, fokus kepada pemasaran produk agromakanan.

Apa itu “Digital 4.0”?
Sedikit perkongsian berkenaan Evolusi Digital 1.0 hingga 4.0

1.0 – Kelahiran dunia Web tetapi berbentuk “read only” disamping pengenalan trknologi asas e-commrce

2.0 – Pengenalan dunia media sosial : FACEBOOK, TWITTER & INSTAGRAM

3.0 – Integrasi dunia E-COMMERCE & MEDIA SOSIAL disamping penekanan kepada khidmat teknologi yang mampu menganalisa data dengan lebih mendalam dan perlhidmatan yanag lebih “custom”

4.0 – Penekanan kepada teknologi yang lebih “MOBILE” seiring dengan kehendak pengguna masakini.Pengenalan teknologi AI, AR dan VR diperluaskan.

Jadi, dimanakah kita? tepuk dada, tanya selera.. ??

Petua Semaian Biji Benih Durian

SEMAIAN BIJI BENIH DURIAN

Teknik semaian biji benih durian ini boleh juga diguna pakai untuk biji benih pokok buah yang hampir sama saiznya. Cara-caranya adalah:

  1. isi tanah hitam dalam pasu
  2. benam biji benih 1 inci dalam tanah
  3. kambus guna tanah hitam. siram air memadai sehingga biji benih basah
  4. tutup pasu dengan plastik hitam
  5. alas papan atas pasu untuk mengekalkan kelembapan tanah
  6. tidak perlu siram sehingga 4-5 hari
  7. selepas 4-5 hari, biji benih pasti bercambah
  8. pindahkn biji semai ke dalam polibeg / tanah
  9. tq! ??

Selamat Mencuba!

13 Petua Sihat Dari Pakar Kesihatan

13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN ?

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.

Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.

Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement – pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama “si mata lalat” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.

#PetuaDanKesihatan

sumber : Group whatsapp

Lawatan Kerja Ke MARDI

Tarikh : Khamis, 9 Jan 20
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tghari
Lokasi : Horticulture Research Centre, MARDI Headquarters, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

Kursus Upskilling Pelaburan & Pemasaran Tanaman Cili

KURSUS UPSKILLING PELABURAN & PEMASARAN TANAMAN CILI telah berlangsung hari ini dgn kehadiran hampir 400 org peserta.

Cili antara tanaman komersial yg sgt berpotensi bg pasaran dalam negara kerana ianya sangat sinonim dgn citarasa negara kita yg gemarkan rasa pedas dlm hidangan.

Pengeluaran Cili negara sgt kurang berbanding permintaan dan ini meletakkan nilai harga Cili di pasaran sgt tinggi.

sumber : FB Pendidikan Pemasaran FAMA

Hari ini berkesempatan join kursus FAMA di Bangi. Jenis Cili yang di highlight kan adalah jenis Skata 461. Teknik penanaman cili diajar dari A hingga Z. Antara modulnya adalah sepeti teknik semaian, teknik setup pengaliran, pembajaan, racun serangga, proses tuaian, dll.

Teknik Semaian Cili Skata 461

FASA 1

  1. Dapatkan anak benih import dari FAMA atau Peladang. Harganya sekitar RM70 satu peket.
  2. Dapatkan peralatan semaian iaitu tray semaian 2 unit, plastik silvershine, media semaian (tanah holland), tray air baja, plastik alas air baja, baja AB
  3. Penuhkan tray semaian dgn tanah holland. Tanpa perlu padatkan tanah.
  4. Letak 2 biji anak benih utk setiap ruang / compartment di tray. Tekan anak benih menggunakan jari sehingga kedalaman 1/4 dari ruas jari.
  5. Tutup dan timbus bekas tekanan jari tadi menggunakan tanah holland
  6. Siram air kpd tanaman secara perlahan sehingga anak benih basah. Boleh diperiķsa menggunakan lidi.
  7. Telangkupkan tray lain ke atas tray yang sudah siap diisi dengan tanah dan anak benih tadi.
  8. Tutup kedua² tray tadi menggunakan plastik silvershine dan letakan di tempat yg bebas dengan serangga.
  9. Tunggu sehingga 4 hari, maka anak benih akan bercambah.

FASA 2

  1. Selepas 4 hari, buka plastik silvershine dan tray penutup tadi. Pastikan anak benih sudah bercambah.
  2. Siapkan tray air baja dengan mengalaskan plastik hitam ke atas tray air baja.
  3. Tuangkan campuran air baja AB ke atas plastik dalam tray air baja tadi. Air baja akan bertakung.
  4. Kadar kepekatan air baja pada peringkat ini adalah pada bacaan 2.0 EC
  5. Letakan tray semaian yg berisi anak pokok berusia 4 hari tadi kedalam tray air baja.
  6. Fasa ke2 ini akan berlangsung selama 5 hari.

FASA 3

  1. Selepas 5 hari, anak pokok akan semakin membesar.
  2. Ketika ini, kepekatan air baja hendaklah diubah kepada bacaan 2.5 EC.
  3. Fasa ini akan berlangsung selama 10 hari

FASA 4

  1. Selepas 10 hari, kadar kepekatan air baja sekali lagi ditingkatkan kepada kadar 3.0 EC.
  2. Fasa ini berlangsung selama 10 hari
  3. Selepas ini, anak pokok bersedia untuk dipindahkan ke tapak kebun.

Book Review : Misteri Ilmu Falak

Program Book Review @ UTMKL (Siri 43/2019)
19 Disember 2019 (Khamis) 8.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Menara Razak, UTMKL

Penyampai : Ts. Mohd Hazri Bin Ishak
Tajuk Buku : Misteri Ilmu Falak
Penulis buku : A. Faiz Salbini
Rumusan :

Buku ini menceritakan tentang ilmu astronomi iaitu kaitan antara objek-objek di angkasa terhadap kehidupan di muka bumi iaitu manusia.

?Antara bab yang diterangkan :

1.Ilmu Falak dan kesannya tentang menentukan arah dan lokasi. Cara untuk menentukan arah kiblat mengikut matahari turut diajar didalam buku ini.
2.Aplikasi ilmu falak untuk menentukan tarikh takwim
3.Bagaimana ilmu falak digunakan untuk menentukan masa.

?Antara 2 syarat sah anak bulan ialah :

1.Anak bulan perlu berada 3 degree dari matahari
2.Anak bulan perlu berumur 8 jam. (Ianya dikira dari keadaan yang tiada langsung anak bulan.)

*kredit photo : Hairi Aziz dan Muhammad Faiz Bin Mahmood

*sumber : FB UTM Library Kuala Lumpur

Lawatan Tapak Ke Bukit Melati

Perlawanan Ke-2 Sukan Ukhuwah BAKEP – Badminton