Tadarus Ramadhan UPMU

Prog ni sbnarnya adalah Tadarus Al-Quran peringkat UTM.. anjuran Masjid UTM KL.. tapi telah diturunkan operasinya mengikut PTJ.. maka Bakep pon ambil inisiatif utk jalankan prog ini diperingkat TNCPI..

Penglibatan xberapa ramai.. mungkin sbb rmai yg nk join majlis penutup masa kat Masjid nanti.. xpe la.. kita jalan jek terus prog ni walau berapa org yg ada sekalipun..

Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar.. sbg menghargai staf yg terlibat, maka pihak Masjid pon memberi saguhati kpd staf yg terlibat.. hehehe..

CWC Experiment Taking It’s Place!

Basicly, project ni sbnrnya da lama.. konsep, idea, aku yg developt.. cumanya aku tumpangkn project ni kat candidate PhD utk study die.. yela.. dia ada bajet, geran, dll yg diperlukan utk buat research.. aku cuma ada skill+idea jek.. so ,kitorg collaborate la.. dan jadikan projek ni sbg perundingan utk aku dan UTM..

Experiment arini disertai beberapa staf UTM lain.. aku yg ajak diorg.. yela, nk kongsi ilmu dan kepakaran yg diorg ada utk jayakan projek ni.. owner projek seronok sgt sbb semua method yg dia buat, dapt resulr spt yg dijangka.. walaupun tanpa simulation CFD..

projek ni masih bole dikembangkan dgn luas… sbb byk lagi experiment lain yg bole dibuat gunakan disini.. xp la.. pelan2 kayuh..

Interview Kerjaya Di UTM KL

Lebih 10 tahun aku kat UTM ni.. tapi ini baru kali ke2 aku dipanggil utk interview.. kesian kan aku? huhu.. xtahu kat mana silapnya.. tapi yg aku sgt pasti, PTJ aku sndiri xpernah mohon waran utk jawatan aku ni.. maka aku menumpang la waran2 dari PTJ lain.. huhu..

ramai calon yg hadir.. apa pon, aku cuma bole berharap jek la.. yela, sbb aku tahu yg jawatan kosong tu bukan utk PTJ aku.. so arini dtg just utk cari pengalaman, dan jual diri.. huhu..

btw, wish me luck!

Serah Cendawan Simenfero

Projek cendawan simenfero ni adalah rentetan dari prog khidmat masyarakat yg aku buat kat Sekolah Kebangsaan Sentul aritu.. cikgu2 kat situ berkenana plak dgn hasil simenfero studen aku.. pastu dia pon order la cendawan simenfero utk mencantikan kaw sekolah diorg..

kitorg pon pakat2 la amek job ni, jadikan sbg projek perundingan.. sbhgian hasil keuntungan dibayar kpd staf, sbhgian lagi msuk tabung UTM.. so, dua2 pihak dapat menfaat.. ramai jugak yg tlg bantu utk buat cendawan ni.. lebih dari 10 org.. hehe..

harap warga SK Sentul dapat la terima hasil kerja tangan yg xseberapa ni.. hehe.. nak buat masuk pertandingan kebun Bandar katanya.. yela.. moga dipermudah peroleh kemenangan..

Sambutan Hari Sedunia KKP Di Tempat Kerja 2018

Tema tahun ni adalah Generasi Selamat & Sihat.. aku join prog ni sbb nk dapat sijil la kan.. hehe.. prog berlangsung di Niosh Bangi.. dirasmikan oleh pengerusi Nioh sndiri, Tan Sri Datuk Lee Lam Thye..

Participant terdiri dari byk sektor.. ada swasta, ada kerajaan, ada juga yg kerja sndiri.. lebih kurang 100 org lebih jugak la yg datang.. dan semuanya ada osh background..

Program Seminar E-Usahawan

Hari ni join seminar E-Usahawan.. anjuran CCIN UTM KL.. prog ni bagus la untuk bakal2 usahawan yg nk mulakan perniagaan.. byk marketing strategy yg diorg dedahkan kat sini.. aku just folo jek apa yg diorg ajarkan.. twitter, igg, whatsapp dan fb rupanya platform yg sgt efisyen utk marketkan product atau service kita..

Kenanga Green Eco Garden

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama–sama  7 pemegang taruh telah bersetuju untuk menyertaipertandingan dalam Program Kebun Kejiranan LA21KL 2018-2020. Pertandingan bagi tahun 2018 akan bermula pada Januari 2018 sehingga November 2018. Salah satu Kriteria Permakahan Pertandingan Kebun Kejiranan Bandar 2018 adalah dengan mengadakan aktiviti ditapak kebun bandar pada setiap bulan sepanjang tahun 2018.