Category Archives: Disaster / Bencana

Dalam 1 perlumbaan kereta, Ayrton Senna telah terlanggar penghadang konkrit, dia mendakwa tembok tersebut telah berubah dari kedudukan asal. Ini menghairankan jurutera dan semua orang yang mendengar, tetapi bila disiasat, rupa-rupanya tembok tersebut telah terkeluar 4mm dari kedudukan asal kerana perlanggaran oleh kenderaan lain sebelum ini. Ketika mengambil selekoh pada kelajuan 100 – 130km sejam dia masih boleh mengesan perbezaan 4mm tersebut.

Dia pernah memberhentikan keretanya ketika dalam perlumbaan saringan bagi menyelamatkan Erik Comas, pemandu yang kemalangan. Ketika dia melalui laluan itu, dia menyedari Erik Comas tidak sedarkan diri, manakala kaki Eric Comas sedang menekan Paddle minyak yang mungkin boleh menyebabkan letupan

Dia meninggal pada 1994, apabila kereta F1 yang dipandunya melanggar tembok konkrit, mengakibatkan dia koma sebelum dilaporkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Dikatakan helikopter yang mendarat di litar, bersebelahan kereta Ayrton Senna yang hancur, terdapat kesan darah yang menitis dari helikopter ketika terbang membawa beliau ke hospital

Dia memandu pada kelajuan 300km sejam, kemudian cuba memperlahankan kenderaan tetapi akhirnya melanggar tembok pada kelajuan kira-kira 200km sejam

Teori kemalangan ialah kerosakkan kereta F1 beliau :-
1. Dia pernah mengadu jarak stereng dengan badan agak jauh, dan untuk memanjangkan stereng column, penyambungan yang dibuat, tetapi tidak kukuh menyebabkan stereng column patah ketika dia mengambil selekoh. Dia memandu Honda Malboro sebelum ini menang tempat pertama, kedua dan ketiga, kemudian beralih kepada Rothman dengan Enjin BMW yang beberapa kali rosak ketika perlumbaan. Ini banyak merugikan pungutan mata beliau sehingga dia pernah mengadu kenderaannya tidak berpotensi membantu dia untuk menang.

2. Kerosakan suspension kerana terlanggar serbihan kereta lain yang rosak ketika di awal perlumbaan

Dia menyelamatkan ramai pemandu lain, kerana selepas kematiannya :-
1. selekoh yang memakan nyawa beliau telah diubah suai agar lebih selamat
2. Helmet dan visor yang lebih teguh dan kalis api kerana Ayrton Senna terbunuh disebabkan batang besi pemegang tayar terpelanting hingga merosakkan helmet, kepala lalu mencederakan otaknya.
3. Struktur titanium telah dibina dibahagian atas kepala pemandu yang sebelum ini terbuka dan terdedah tanpa pelindung
4. Struktur penyokong kepala dan tulang leher
5. Papan dibawah lantai kenderaan
6. Pemegang tayar yang lebih kuat dan stabil

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

2 bulan terkandas di padang salji, pesawat Uruguay 571 terhempas, untuk hidup dalam kesejukan & terpaksa makan mayat orang yang meninggal, 16 orang selamat. Boleh lihat movie ‘Society Of Snow’

2 orang (Nando Parrado & Roberto Canessa) berjaya sampai ke satu perkampungan di Chili untuk mendapatkan bantuan selepas menempuh perjalanan 61km, selama 10 hari, termasuk terpaksa mendaki puncak gunung setinggi 4,650m (lebih tinggi dari Gunung Kinabalu 4,095m) bayangkan tanpa sebarang peralatan mendaki.

Terkandas 13 Oktober – 23 23 Disember 1972

Pencarian gagal kerana kawasan terlalu luas

16 orang selamat dari 45 penumpang

Source :
La sociedad de la nieve

Selepas 7 bulan perang Hamas-Israel, Pegawai PBB melaporkan kemusahan Gaza memerlukan 14 tahun untuk membersihkan 37 juta tan serpihan runtuhan bangunan jika 100 lori digunakan sehari. 70 Ribu bangunan musnah, 290 ribu rosak termasuk sekolah hospital, Gereja, Masjid dan tempat bersejarah. Rm188 billion kos baik pulih diperlukan (7 Okt 2023 – 3 Mei 2024)

After 7 months of the Hamas-Israeli war, UN officials reported that the Gaza conflict would take 14 years to clear 37 million tons of building debris if 100 trucks were used a day. 70 thousand buildings were destroyed, 290 thousand were damaged including schools, hospitals, churches, mosques and historical places. Rm188 billion in repair costs are required (7 Ocktober 2023 – 3 May 2024)

2011, Bencana nuklear Fukushima, lebih 500 warga emas Jepun termasuk wanita, berumur lebih 60 tahun menjadi sukarelawan, membantu membersihkan kesan radioaktif. Kata mereka “Generasi kami yang membina loji ini, kami harus bertanggungjawab agar generasi akan datang selamat”. Warga emas bekorban untuk generasi muda.

During the 2011 Fukushima nuclear disaster, over 500 Japanese seniors, all of them over age of 60, come to help clean up the radioactive zone.

They are all retirees, and they have all volunteered for a single, dangerous mission: to replace younger workers at the badly damaged Fukushima nuclear plant.

The Skilled Veterans Corps for Fukushima consists of more than 500 seniors who have signed up for a job that has been called courageous — and suicidal.

Kazuko Sasaki, a 72-year-old grandmother, is one of those ready to serve.
“My generation built these nuclear plants. So we have to take responsibility for them. We can’t dump this on the next generation,” she says.

Gempa bumi dasar laut bermagnitud 9.0 serta tsunami yang menyusulinya membawa kemusnahan besar sehingga 16,000 orang terbunuh dan ramai yang dilaporkan hilang.

Badai tsunami dahsyat itu yang mencapai ketinggian 15.5 meter menyebabkan kemusnahan besar pada Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi 4,700MW yang terletak di pantai wilayah Fukushima dan menyebabkan sisa radioaktif merebak ke persekitaran.

Hari ini tempat yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami hampir pulih sepenuhnya. Sehinggakan kawasan yang terjejas kerana kesan radioaktif, di luar lingkungan 12 kilometer (km) dari reaktor Fukushima, kehidupan beransur pulih.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/03/122268/pilu-masih-terasa
Read more :
https://www.npr.org/2011/09/12/140402430/japanese-seniors-send-us-to-damaged-nuclear-plant

Pendinding Malapetaka / Kemalangan (dengan izin Allah)

PENDINDING MALAPETAKA / KEMALANGAN (DENGAN IZIN ALLAH)

Terbitan Asal di Facebook March 28, 2016 at 9:55 AM

DENGAN IZIN ALLAH

Amalan pagi & petang terutama ketika sedang memandu atau di mana-mana sahaja

Niat “Sahaja aku baca kerana Allah” :-

1. Istiqfar (x3)

============================================================

2. Taa’wuz (x3)

A’uzubillah himinas syaiton…..

Dari Anaz r.a Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud :-

“Sesiapa membaca doa ini pasti dilindungi daripada syaitan hingga ke petang”

================================================================

3. Selawat

Allah hummassol lie a’la Say yidina Muhammad (x3 atau x7)

==================================================================

4. Al-Fatihah (x2)

==================================================================

5. Ayat Kursi (Min x1, sebaik-baiknya x3 )

.
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ
ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ
ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, 
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan
(sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. 
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) 
di sisiNya melainkan dengan izinNya. 
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada
di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun
dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki 
(memberitahu kepadanya). 
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit 
dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga 
serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat 
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

 

==================================================================

6. Surah Al-Mu’min ayat 1-3 (Min x1, Sebaik-baiknya x 3)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud:-
"Sesiapa membaca 'Haa Mim (Surah Al-Mu'min ayat 1-3)'
dan ayat Kursi pada pagi pasti ia akan terpelihara hingga ke petang
dan siapa membaca petang pasti akan terpelihara hingga ke pagi"

(Riwayat Al-Tirmizi, Al-Darimi, Ibnu Al-Sunni & Al-Mirwazi)

================================================================

7. Bismillah hillazi la yadhurru ma'asmih,
syai un fil ard, wala fissama,
wahuwas samie eul a'zim (x3)

==================================================================

8. A’uzubikalima til lah hi tamma ti min syarrima qolaq (x3)

==================================================================

==================================================================

9. Bismillah hi tawakal tu a’lallah (x3)

==================================================================

10. HasbunAllah hu waniqmal wakil (x3)

=================================================================

11. Doa ketika memulakan perjalanan

Dengan nama Allah,
aku bertawakal kepada Allah.
Ya Allah!
aku mohon berlindung denganmu dari kesesatan atau disesatkan orang,
dari tergelincir atau digelincirkan orang,
dari menganiaya atau dianiaya orang,
dari kebodohan diriku atau dibodohi oleh orang lain


================================================================

12. Ayat Bismillah

 

================================================================

13. Doa naik kenderaan

================================================================

 

14. Bersedekah wang walau sedikit

Niat :

Segala bacaan dan sedekah pahalanya sampaikan hadiah kepada Baginda Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda Rasulullah, orang-orang soleh, Ibu Bapa, Keluarga, saudara-saudara kita dan sekalian orang mukmin

Mohon doa supaya Allah melindungi kita dan keluarga dan selamatkan perjalanan kita dan malapetaka, bahaya dan bencana.

Sebaik-baiknya jangan tinggal solat fardhu.  Orang yang taat perintah Allah lebih mudah dikabulkan permintaannya.

NOTA

Jika dalam perjalanan tersebut, terdiri daripada 3 orang contohnya, memadai setiap orang membaca 1 kali, kerana jumlah keseluruhan akan mencapai 3 kali

Sources :

(Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna, Al-Mathurat)

[Pengarang, judul, (Terbitan, Ed._, tahun) muka surat – hingga]

 

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.