Category Archives: Religion / Agama

ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan. Kisah 2, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Pada zaman mudanya, Shaykh Shukri al-Luhafi rahimahullah pernah mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung di pinggiran Damsyik. Kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang dekat, melainkan satu sumber air yang sangat jauh, dan perjalanan pulang darinya amat mencabar kerana jalan yang curam dan berbukit.

Seorang pemungut air di kawasan itu pula adalah seorang lelaki yang kurang upaya dan tidak sihat tubuh badannya. Namun dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut kerana tiada sesiapa yang mampu menanggungnya atau menjaganya.

Apabila Shaykh Shukri melihat keadaan lelaki itu, beliau tidak berpaling. Setiap pagi, beliau bangun awal, memikul sendiri air melalui jalan yang curam dan berbukit, lalu menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Beliau tidak mengambil sebarang upah, bahkan membiarkan lelaki itu mengambil sepenuhnya hasil keuntungan daripada pekerjaan tersebut.

Beliau melakukan perkara itu setiap hari selama bertahun-tahun, sehingga lelaki itu akhirnya meninggal dunia. Inilah akhlak para ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan.


Diterjemahkan dari tulisan asal dalam bahasa Inggeris

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Yang menjadikan beliau “besar” bukan sekadar ilmu, tapi akhlak:

  • Sangat tawaduk (rendah diri)
  • Walaupun ulama besar, beliau:
    • Hidang air kepada orang dalam majlis
    • Susun kasut di masjid
    • Kutip lebihan makanan di pasar

Ilmunya tinggi, tapi:

  • pakaian sederhana
  • hidup zuhud
  • tidak mencari nama

Bukan semua ulama besar itu terkenal.
Ada yang Allah “sembunyikan”, tapi tinggi di sisi-Nya.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Manuskrip Voynich, buku 234 muka surat dari kulit lembu yang tidak ada seorang pun tahu apakah isi notanya kerana dia ditulis dalam kod bahasa yang tidak boleh difahami atau diterjemahkan. Ramai pengkaji termasuk dikalangan Profesor sejak tahun 1400 hingga hari ni menghabiskan bertahun-tahun masa mereka untuk mencari jawapan termasuk menggunakan komputer moden, apakah teori-teori yang berjaya dihasilkan 

Pelbagai kesimpulan dihasilkan oleh para pengkaji antaranya :-

  • Menurut Wilfrid Voynich yang memperolehi buku ini, katanya kod rahsia dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) . Roger Bacon menulis tentang ilmu kimia dalam bentuk kod rahsia kerana pada zaman itu gereja sangat menentang ilmu selain ilmu agama sahaja yang dibenarkan dan akan diambil tindakan oleh para paderi
  • Ilmu sihir yang perlu dirahsiakan, maka ditulis dalam bentuk kod
  • Dihasilkan dalam bahasa asing oleh makhluk angkasa 
  • Ditulis dalam bahasa Glossolalia lingua ignota iaitu bahasa yang tidak dikenali
  • Ditulis oleh Leonardo Da Vinci kerana berdasarkan ujian karbon ke atas kertas dan dakwat sebenarnya umur sekitar kurun ke 15 (tahun 1400) selari zaman Leonardo da Vinci mengenai ilmu tertentu

  • Ditulis oleh Wilfrid Voynich sendiri untuk dijual dalam harga tinggi, kerana :-

  1. Wilfred Voynich mendakwa buku tersebut umur pada kurun ke 13 (tahun 1200) iaitu kod ilmu yang sangat penting dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) tetapi sebenarnya ujian karbon pada kertas dan dakwat mendapati ia berumur pada kurun ke 15 (1400), 140 tahun selepas kematian Roger Bacon
  2. Dia mendakwa memperolehi dari istana, tetapi dakwaan itu berubah-ubah dan bertukar-tukar istana

Sekarang disimpan di Yale Universiti

Dikatakan pernah dibeli oleh Maharaja Rudolf dengan nilai 600 keping siling emas (hanya dakwaan Wilfrid Voynich)

Pernah dikaji oleh :-
Greg Kondrak, Universiti Alberta (2016),
Pengkaji tamadun Arab, Prof Dr Rainer Hainig (2017).


Source : History Channel

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Akad lafaz jual beli dalam pendapat iman shafie adalah wajib. Kita lihat macam simply, tapi kuasa akad, membolehkan seorang wanita ajnabi yang asalnya haram dilihat, menjadi halal untuk di setubuhi, disebabkan akad. Kita menggunakan pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah untuk pembelian on-line di mana tawaran dibuat oleh penjual, klik penerimaan dikira sebagai akad oleh pembeli 

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Tokong Cina ada yang berkopiah bersongkok atau bertengkolok serta keris

Mereka adalah dewa melayu dipuja semasa tiba di Tanah Melayu untuk meminta keselamatan dan kesejahteraan, mereka dikalangan dewa raja, ahli silat, guru-guru agama atau orang Islam yang alim yang dimuliakan masyarakat,

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Tragedi Apa Yang Telah Menjadikan Santa Hanya 2 Warna, Merah Dan Putih

Santa asalnya tidak berwarna Merah Putih

Menurut National Geographic :

Coke Cola cuba menguasai suasana krismas dengan meletakkan warna tema syarikat minuman mereka in the 1930s

Fakta ini benar tapi bukan yang terawal

Juga bukan Kartunis Thomas Nast pada 1870

Seorang Penulis lain sebelum itu, 
pertama kali menggambarkan Santa dengan warna Merah Putih, 
apabila karyanya tersebar ke seluruh Amerika,
disitulah bermulanya Santa dikenali dengan warna Merah Putih

Penulis itu ialah Prof Clement Clarke Moore pada 1823 yang menulis poem "A Visit From St Nicholas" kemudian lebih dikenali sebagai "Twas The Night Before Christmas"

Sources:

National Geographic, 
The Guardian & BBC News