Category Archives: Figure / Tokoh

Dalam 1 perlumbaan kereta, Ayrton Senna telah terlanggar penghadang konkrit, dia mendakwa tembok tersebut telah berubah dari kedudukan asal. Ini menghairankan jurutera dan semua orang yang mendengar, tetapi bila disiasat, rupa-rupanya tembok tersebut telah terkeluar 4mm dari kedudukan asal kerana perlanggaran oleh kenderaan lain sebelum ini. Ketika mengambil selekoh pada kelajuan 100 – 130km sejam dia masih boleh mengesan perbezaan 4mm tersebut.

Dia pernah memberhentikan keretanya ketika dalam perlumbaan saringan bagi menyelamatkan Erik Comas, pemandu yang kemalangan. Ketika dia melalui laluan itu, dia menyedari Erik Comas tidak sedarkan diri, manakala kaki Eric Comas sedang menekan Paddle minyak yang mungkin boleh menyebabkan letupan

Dia meninggal pada 1994, apabila kereta F1 yang dipandunya melanggar tembok konkrit, mengakibatkan dia koma sebelum dilaporkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Dikatakan helikopter yang mendarat di litar, bersebelahan kereta Ayrton Senna yang hancur, terdapat kesan darah yang menitis dari helikopter ketika terbang membawa beliau ke hospital

Dia memandu pada kelajuan 300km sejam, kemudian cuba memperlahankan kenderaan tetapi akhirnya melanggar tembok pada kelajuan kira-kira 200km sejam

Teori kemalangan ialah kerosakkan kereta F1 beliau :-
1. Dia pernah mengadu jarak stereng dengan badan agak jauh, dan untuk memanjangkan stereng column, penyambungan yang dibuat, tetapi tidak kukuh menyebabkan stereng column patah ketika dia mengambil selekoh. Dia memandu Honda Malboro sebelum ini menang tempat pertama, kedua dan ketiga, kemudian beralih kepada Rothman dengan Enjin BMW yang beberapa kali rosak ketika perlumbaan. Ini banyak merugikan pungutan mata beliau sehingga dia pernah mengadu kenderaannya tidak berpotensi membantu dia untuk menang.

2. Kerosakan suspension kerana terlanggar serbihan kereta lain yang rosak ketika di awal perlumbaan

Dia menyelamatkan ramai pemandu lain, kerana selepas kematiannya :-
1. selekoh yang memakan nyawa beliau telah diubah suai agar lebih selamat
2. Helmet dan visor yang lebih teguh dan kalis api kerana Ayrton Senna terbunuh disebabkan batang besi pemegang tayar terpelanting hingga merosakkan helmet, kepala lalu mencederakan otaknya.
3. Struktur titanium telah dibina dibahagian atas kepala pemandu yang sebelum ini terbuka dan terdedah tanpa pelindung
4. Struktur penyokong kepala dan tulang leher
5. Papan dibawah lantai kenderaan
6. Pemegang tayar yang lebih kuat dan stabil

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan. Kisah 2, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Pada zaman mudanya, Shaykh Shukri al-Luhafi rahimahullah pernah mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung di pinggiran Damsyik. Kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang dekat, melainkan satu sumber air yang sangat jauh, dan perjalanan pulang darinya amat mencabar kerana jalan yang curam dan berbukit.

Seorang pemungut air di kawasan itu pula adalah seorang lelaki yang kurang upaya dan tidak sihat tubuh badannya. Namun dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut kerana tiada sesiapa yang mampu menanggungnya atau menjaganya.

Apabila Shaykh Shukri melihat keadaan lelaki itu, beliau tidak berpaling. Setiap pagi, beliau bangun awal, memikul sendiri air melalui jalan yang curam dan berbukit, lalu menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Beliau tidak mengambil sebarang upah, bahkan membiarkan lelaki itu mengambil sepenuhnya hasil keuntungan daripada pekerjaan tersebut.

Beliau melakukan perkara itu setiap hari selama bertahun-tahun, sehingga lelaki itu akhirnya meninggal dunia. Inilah akhlak para ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan.


Diterjemahkan dari tulisan asal dalam bahasa Inggeris

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Yang menjadikan beliau “besar” bukan sekadar ilmu, tapi akhlak:

  • Sangat tawaduk (rendah diri)
  • Walaupun ulama besar, beliau:
    • Hidang air kepada orang dalam majlis
    • Susun kasut di masjid
    • Kutip lebihan makanan di pasar

Ilmunya tinggi, tapi:

  • pakaian sederhana
  • hidup zuhud
  • tidak mencari nama

Bukan semua ulama besar itu terkenal.
Ada yang Allah “sembunyikan”, tapi tinggi di sisi-Nya.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Selamat Hari Pekerja, Kisah Mubarak ini mungkin sesuai

Al-Mubarak (tabi’in) bekerja sebagai penjaga kebun delima

Suatu hari tuannya datang ke kebun bersama seorang tetamu

Tuan Kebun memanggil pekerjanya
“Wahai Mubarak, Ambilkan saya sebiji delima yang manis”

Mubarak berlalu pergi, mengambilnya di pohon. Dia membawakan sebiji buah delima.

Tuan Kebun membelah dan menjamahnya, masam!

Majikannya kecewa “saya meminta delima yang manis, tapi kamu bawa delima yang masam, ambillkan yang manis”

Sekali lagi Mubarak berlalu pergi, kali ini dia memetik dari pohon yang lain pula

Apabila dibelah dan dijamah oleh majikannya, ternyata delima yang satu lagi itupun masam juga.

Begitulah berulang, sampai tiga kali.

Majikannya pun dengan penuh hairan bertanya kepada Mubarak, “Kamu tidak tahu yang mana delima manis, dan yang mana delima masam?, sedangkan kamu bukannya baru bekerja di sini, kamu telah menjaga dan mengawasi kebun ini bertahun-tahun lamanya, kamulah yang melaksanakan segala-galanya untuk kebun ini”
 
“Tidak, saya tidak dapat mengenalpasti buah yang manakah manis dan buah yang manakah masam.” jawab al-Mubarak
 
 ”Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku?”
 
“Sebab selama saya berkerja dengan tuan menguruskan kebun  ini,  saya tidak pernah  merasa walau sebiji pun buah Delima di Kebun ini, bagaimana mungkin saya hendak tahu yang mana manis dan yang mana masam”
 
“Mengapa pula kamu tidak makan?”
 
“Sebab Selama saya berkerja di sini, tuan hanya beri izin untuk saya menguruskan kebun ini, dan tidak pernah saya diberi izin dari tuan untuk makan walau sebiji buah pun dari kebun ini.” ¹
 
Kagum tuan kebun mendengarnya. Apabila tersingkap kejujuran hambanya itu, dia bertambah hormat kepada Mubarak.

 

Tuan kebun mempunyai seorang anak gadis, yang sudah beberapa kali dilamar orang.
 
Dia bertanya kepada Mubarak, “Wahai Mubarak, pada pandangan kamu, siapa yang patut mengahwini anak perempuan saya?”
 
Jawab Mubarak, “Orang jahiliyah berkahwin berdasarkan keturunan, orang Yahudi berdasarkan harta, orang Nasrani berdasarkan paras rupa, manakala umat Islam memilih berdasarkan agama.”
 
Tuan kebun kagum dengan kebijaksanaan Mubarak. Apabila pulang, dia menceritakan hal itu kepada isterinya, dan berkata, “Saya tidak nampak orang lain lagi yang patut menjadi suami anakanda kita, melainkan Mubarak.”
 
Demikian bermula kisah ibu dan ayah kepada Abdullah bin al-Mubarak, yang akhirnya beliau menjadi seorang yang alim, ahli hadith, ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.²
 
Sources : 
¹ Khutbah Jumaat, “Sempena Hari Pekerja,” Masjid
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
11 Mei 2012.


² Iqbal Zain al-Jauhari,
Al-Rizq Asbabuhu wa Mafatihuhu, halaman 27-28

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Keanu Reeves tidak ada kereta mawah atau rumah mewah, dia hanya menggunakan pengangkutan awam, pendapatan dari filem yang dihasilkan, banyak didermakan kepada kerja amal dan kesihatan

Keanu Reeves doesn’t own a expensive car or a mansion, he always ride the public transport, the income from the films produced, a lot is donated to charity work and health

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Jon Bon Jovi menubuhkan JBJ Soul Foundation untuk membantu gelandangan, orang miskin dan yang kelaparan. Menjadi kebiasaan dia mencuci sendiri pingan dan cawan yang telah digunakan oleh penerima bantuan.

Jon Bon Jovi established the JBJ Soul Foundation to help the homeless, the poor and the hungry. He will himself wash the plates and cups that they have used.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

RM171,000 harga pada 2002, Guinness World Rekod, gigi termahal di dunia, dijadikan batu cincin, dijual di London pada 1816. Itulah gigi Sir Isaac Newton

In 1816, a tooth said to have belonged to Newton was sold for £730[163] in London to an aristocrat who had it set in a ring.[164] Guinness World Records 2002 classified it as the most valuable tooth in the world, which would value approximately £25,000 (US$35,700) in late 2001.[164] Who bought it and who currently has it has not been disclosed.

https://en.wikipedia.org/wiki/Isaac_Newton

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Manuskrip Voynich, buku 234 muka surat dari kulit lembu yang tidak ada seorang pun tahu apakah isi notanya kerana dia ditulis dalam kod bahasa yang tidak boleh difahami atau diterjemahkan. Ramai pengkaji termasuk dikalangan Profesor sejak tahun 1400 hingga hari ni menghabiskan bertahun-tahun masa mereka untuk mencari jawapan termasuk menggunakan komputer moden, apakah teori-teori yang berjaya dihasilkan 

Pelbagai kesimpulan dihasilkan oleh para pengkaji antaranya :-

  • Menurut Wilfrid Voynich yang memperolehi buku ini, katanya kod rahsia dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) . Roger Bacon menulis tentang ilmu kimia dalam bentuk kod rahsia kerana pada zaman itu gereja sangat menentang ilmu selain ilmu agama sahaja yang dibenarkan dan akan diambil tindakan oleh para paderi
  • Ilmu sihir yang perlu dirahsiakan, maka ditulis dalam bentuk kod
  • Dihasilkan dalam bahasa asing oleh makhluk angkasa 
  • Ditulis dalam bahasa Glossolalia lingua ignota iaitu bahasa yang tidak dikenali
  • Ditulis oleh Leonardo Da Vinci kerana berdasarkan ujian karbon ke atas kertas dan dakwat sebenarnya umur sekitar kurun ke 15 (tahun 1400) selari zaman Leonardo da Vinci mengenai ilmu tertentu

  • Ditulis oleh Wilfrid Voynich sendiri untuk dijual dalam harga tinggi, kerana :-

  1. Wilfred Voynich mendakwa buku tersebut umur pada kurun ke 13 (tahun 1200) iaitu kod ilmu yang sangat penting dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) tetapi sebenarnya ujian karbon pada kertas dan dakwat mendapati ia berumur pada kurun ke 15 (1400), 140 tahun selepas kematian Roger Bacon
  2. Dia mendakwa memperolehi dari istana, tetapi dakwaan itu berubah-ubah dan bertukar-tukar istana

Sekarang disimpan di Yale Universiti

Dikatakan pernah dibeli oleh Maharaja Rudolf dengan nilai 600 keping siling emas (hanya dakwaan Wilfrid Voynich)

Pernah dikaji oleh :-
Greg Kondrak, Universiti Alberta (2016),
Pengkaji tamadun Arab, Prof Dr Rainer Hainig (2017).


Source : History Channel

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit.  Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.

Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak

Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.

Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam

Menulis lebih 50 buah buku

Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

Kenapa Mat Kilau susah nak dikalahkan bila berlawan keris dengan dia? Kita belajar silat, reflective akan tepis guna tangan kiri (sebab selalunya musuh serang kita dengan keris di tangan kanan), kita pula serang dia menggunakan keris dengan tangan sebelah kanan, tapi kalau lawan mat kilau, huru hara bunga silat kita, sebab dia kidal atau mungkin dia mampu menggunakan keris dengan tangan kiri, so kita kena tepis dengan tangan kanan dan serang dengan tangan kiri, kalau asyik dok tepis tikaman dia dengan tangan kanan yang ada keris, bila masa pulak tangan kanan itu sempat digunakan untuk menyerang dia😂

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Usain Bolt, betul-betul kalau ambil kira dia berlari dalam pertandingan sahaja (Olympics), hanya 115 saat. Hadiah yang dia dapat sepanjang pertandingan Olympics ialah USD 119 juta. Jadi purata larian dengan pendapatan dia ialah USD 1 juta setiap saat (RM4.72 juta setiap saat) tetapi untuk berjaya dalam 2 minit larian itu, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk berlatih.

Usain Bolt, the world’s fastest man, records 100 meters = 9.58 seconds, 200 meters = 19.19 seconds. Estimated Olympic run time 115 seconds, 8 gold medals worth $119 million, average income more than $1 million per second (RM4.72 million/second) but for those 115 seconds, he trained himself for 20+ years.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

 Umat Kristian UK mengutuk menghina mencaci dan mengeji, “pembelot agama” kata mereka pada King Charles, mereka sangsi kerana tindak tanduk Raja England itu sebagai ketua agama dan ketua seluruh geraja di England itu seperti telah memeluk Islam, ini sebabnya;-

1. Baginda Raja tidak langsung menyambut, menyokong, menyebut atau memberi ulasan tentang hari suci dan puasa Kristian iaitu Ash Wednesday yang jatuh pada 5 Mac 2025


2. Tetapi dalam masa yang sama, baginda raja sibuk, dia sendiri packing kurma untuk orang berpuasa yang akan dibekalkan ke hospital pada Mac 2025. Mungkinkah Baginda tahu hadith memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala sama dengan orang yang berpuasa.


3. Baginda menjemput rakyat berbuka puasa di istana Windsor Castle, England pada Mac 2025 mengumandangkan azan dan solat.


4. Baginda kadangkala memulakan ucapan dengan Assalamualaikum, 


5 ketika menjemput iftar baginda mengucapkan Ramadhan Al mubarak


6. kadangkala mengakhiri ucapan dengan InshaAllah 


7. Baginda kadangkala memetik ayat quran ketika memberi ucapan


5. Baginda menjadi penaung Oxford centre for Islamic studies 


6. Baginda berkawan dan belajar tasawuf dari Martin Lings seorang Islamic scholar juga penulis buku Sirah Rasulullah


7. Baginda dicemuh kerana belajar bahasa Arab dan membaca Al-Quran sedangkan tidak cenderung dengan kitab-kitab Kristian


Semoga Allah memberi hidayah, memanjangkan umur King Charles III, menyembuhkan Baginda Raja dari semua jenis penyakit, memanjang takhta Baginda Raja dan memberi keselamatan kepada Baginda Sekeluarga

https://youtube.com/shorts/Fz1iOVVdSs8?si=MEte1bM2dOTHyk8Z

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

 Asal usul perkataan ‘Hello” ketika menjawab telefon. Dikatakan semasa Alexander Graham Bell mencipta telefon, dia akan cuba menghubungi tunangnya yang bernama Margaret Hello untuk menguji suaranya sampai atau tidak dengan memanggil nama tunangnya “Hello”. Sebenarnya fakta ini tidak tepat kerana isterinya bernama Mabel Gardiner Hubbard

Origin of the word ‘Hello’ when answering the phone. It is said that when Alexander Graham Bell invented the telephone, he would try to contact his fiancee named Margaret Hello to test whether his voice would reach or not by calling her fiancee’s name ” Hello”. Actually, this fact is not correct because his wife’s name was Mabel Gardiner Hubbard.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Tidak ada apple yang jatuh atas kepala Sir Isaac Newton, contoh dibuat supaya pelajar mudah faham, dia cuma mengkaji kenapa buah apple jatuh lurus tidak condong ke kiri atau ke kanan, tidak pula terapung atau naik ke atas, kemudian membuat kesimpulan tentang graviti. Pokok tersebut masih ada hingga sekarang setelah 357 tahun

There’s no evidence to suggest the fruit actually landed on his head, but Newton’s observation caused him to ponder why apples always fall straight to the ground (rather than sideways or upward) and helped inspired him to eventually develop his law of universal gravitation.

https://www.history.com/news/did-an-apple-really-fall-on-isaac-newtons-head
Source :
Wikipedia
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled
Title	
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled
Description	
Doctor Zirkel follows Newton's famous steps under the fabled apple tree. Coloured wood engraving.

Iconographic Collections
Keywords: Isaac Newton

References	
Library reference: ICV No 12208
Photo number: V0011942
Full Bibliographic Record: http://catalogue.wellcomelibrary.org/record=b1175740
Source/Photographer	
https://wellcomeimages.org/indexplus/obf_images/29/64/a7f8add652e00a26a045c65860e0.jpg

Gallery: https://wellcomeimages.org/indexplus/image/V0011942.html
Wellcome Collection gallery (2018-03-29): https://wellcomecollection.org/works/h23ngyzc CC-BY-4.0

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Betulkah kereta Steve Job tak ada nombor plat? Di California kenderaan baru, diberi tempoh 6 bulan untuk tidak memiliki no plat, jadi sebelum habis 6 bulan menggunakan sesebuah kereta, Steve Job akan membeli kereta baru. Itu undang-undang dulu, sekarang dipendekkan kepada 20 hari

Steve Jobs Never Had License Plates on His Car, but every six months he traded it in for a new one.  a loophole in the California vehicle laws.  Anyone with a brand new car had a maximum of six months to affix the issued number plate to the vehicle. has been shortened to 20 days

Nama asal beliau adalah Abdul Lateef Jandali
Read more :
https://abcnews.go.com/Technology/steve-jobs-car-apple-ceo-license-plates/story?id=14834608#:~:text=Yes%2C%20he%20leased%20a%20silver,plates%20fitted%2C%22%20writes%20Heath.

Kim Ung-yong, budak Korea pintar, IQ skor 210, umur 3 tahun sudah mampu menyelesaikan pengiraan kalkulus dan menerbitkan 247 muka surat best-selling book dalam bahasa Inggeris & Jerman. Ketika umur 5 tahun sudah boleh bercakap dalam 5 bahasa iaitu Korea, Inggeris, Perancis, Jerman & Jepun, Umur 8 tahun memasuki Universiti Colorado.

Kim dikatakan pergi belajar fizik nuklear di Universiti Colorado ketika berusia lapan tahun
“saya merasa sangat sunyi kerana berada di negara orang, dan kerana tiada sesiapa boleh menemani saya kerana di universiti semuanya orang dewasa, tidak tempat untuk budak-budak seperti saya” katanya

At three years old, he was able to solve calculus problems, and also published a 247-page best-selling book of his essays in English and German, as well as his calligraphy and illustrations.[4][1] By the age of five, Kim could speak Korean, English, French, German and Japanese.[5]

Kim allegedly went to study nuclear physics at the University of Colorado when he was eight years old

I was really lonely. No one ever made friends with me. After work hours, I could exercise and enjoy my hobbies, but no one could accompany me. I came from another country and I was young, so there were no seats for children even though everyone was an adult.

https://en.wikipedia.org/wiki/Kim_Ung-yong

Selepas sepanjang hari sibuk di makmal dengan bahan kimia Benzoic Sulfimide, Constantin Fahlberg terlupa membasuh tangan sebelum menikmati makan malam, dia kemudinnya mendapati makanannya terasa manis, di sinilah mula tercipta gula Saccharin pada 1879

After a long day at the laboratory with the chemical Benzoic Sulfimide, Constantin Fahlberg forgot to wash his hands after dinner, he found his food tasted sweet, this is how he discovered the artificial sweetener Saccharin in 1879

Reference :
BBC News

Read more :
https://www.bbc.com/news/health-43674270

George Clooney bagi setiap seorang 1 bag yang berisi wang tunai 1 juta dolar kepada 14 orang kawan-kawanya. Katanya “mereka orang-orang yang tolong saya masa saya susah, sebelum saya dapat capai apa yang ada sekarang”

George Clooney gave 14 friends $1 million each in cash. He explained “these guy who’ve all, over a period 35 years, helped me in one way or another”

Reference :
By Emmie Martin, CNBC, Dec 17, 2020

Setiausahanya terlambat kerana kereta rosak, bos ‘Apple’, Steve Jobs menghadiahkan sebuah kereta Jaguar dengan kata-kata “jangan lewat lagi” adakah kisah ini benar kerana tidak ditemui dalam biografi mengenai beliau

When a secretary at Apple was late because of car trouble, Steve Jobs gave her a Jaguar and said “don’t be late anymore”. Are sure this is a true story. This is not mentioned in any of his biographies

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Usain Bolt, pelari terpantas di dunia, rekod 100 meter = 9.58 saat, 200 meter = 19.19 saat. Anggaran masa berlari sepanjang Olimpik 115 saat, 8 pingat emas bernilai $119 juta, purata pendapat lebih $1juta untuk 1 saat (RM4.72 juta/saat) tapi untuk berlari 2 minit itu dia telah menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk berlatih

Usain Bolt, the world’s fastest man, records 100 meters = 9.58 seconds, 200 meters = 19.19 seconds. Estimated Olympic run time 115 seconds, 8 gold medals worth $119 million, average income more than $1 million per second (RM4.72 million/second) but for those 115 seconds, he trained himself for 20+ years.

Reference :
olympics.com
wikipedia

Read more :
https://olympics.com/en/news/usain-bolt-my-200m-world-record-will-be-broken-first-before-100m

https://en.wikipedia.org/wiki/Usain_Bolt

Sultan Johor (Sultan Ibrahim) memiliki lesen kapal terbang, helikopter, keretapi dan bot. Pernah membuat 19 terjunan payung terjun, 7 daripadanya pada waktu malam.

Sultan of Johor (Sultan Ibrahim) has a valid licenses to fly aircrafts (fixed-wing), helicopter (rotary wings aircraft), maneuver locomotives and boating licenses. Made 19 parachute jumps, 7 of them at night.

Sources :
Dokumentari Daulat Tuanku, Allah Pelihara Sultan, RTM, TV1
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim

Abdul Qassinm Ismail, pembesar Parsi, yang mempunyai perpustakaan yang boleh mengikutnya. 400 unta membawa 117,000 buku. Setiap unta mewakili abjad masing-masing dan buku disusun mengikut abjad

Abdul Qasisinm The Great Vizier of Persia (who live in the 10th century), owned 110,700 volumes of books were transported by 400 camels. The books and camel were arranged in alphabetical order.

Kenapa coach bola Sir Alex Ferguson selalu mengunyah gula-gula getah. Kajian mendapati chewing gum menambahkan rasa relax, meningkatkan fokus, mengurangkan stress dan menguatkan daya ingatan ¹.  Ini atas nasihat physiotherapist Manchestar United Mr Jim McGregor

Study show chewing gum can actually increase feelings of relaxation, increase attention, lower stress levels, and improve memory ¹

Sources :
¹Majalah Mastika

Pada 2007 Saintis Berjaya Menyalakan Lampu Tanpa Menggunakan Wayar Dalam Jarak 7 Kaki Dari Stesen Janakuasa Tetapi Nikola Tesla Dikatakan Berjaya Melakukannya Pada Tahun 1901 Dengan Jarak 4 Batu

In 2007 Scientists Succeeded In Turning On A Light Without Using Wires Within 7 Feet Of A Power Station But Nikola Tesla Was Said To Do It 4 Miles Away In 1901

Source :
History Channel

Formula al-Khawarizmi membolehkan kenderaan tanpa pemandu dicipta, algorithm boleh mengenal identiti object, pejalan kaki, kenderaan lain dan meramalkan tindakan setiap identiti

Lahir pada tahun 780
wafat pada tahun 847

Algorithm juga mengesan apa yang anda taip dalam internet dan akan mencadangkan iklan yang sesuai dengan apa yang sedang anda cari

Di Rotterdam Netherlands kapal tanpa pemandu sedang dibangunkan¹

Semua asas sistem ini dibangunkan oleh al-Khawarizmi yang dikenali sebagai algoritma ²

Source : 
¹National Geographic
²Brittanica

Director and Producer dari Hollywood yang mengangkat imej Islam melalui filem Hollywood, dan kita hampir menyaksikan Sean Connery (pernah membawa watak James Bond) yang akan memegang watak sebagai Salahuddin Al-Ayyubi dalam filem bernilai 80 juta US yang sedang dirancang

Sean Connery dijangka memegang watak Salahuddin Al-Ayyubi

Sean Connery dalam ‘Entrapment’ 1999

Moustapha Akkad juga menerbitkan filem-filem yang mengangkat pejuang Islam

Seperti filem perjuangan Umar Mukhtar menentang kerajaan Itali
↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Pelakon Hollywood iaitu Anthony Quinn memegang watak Umar Mukhtar, juga pernah membawa watak Saydina Hamzah dalam kisah perjuangan Rasulullah SAW

sayangnya Pengarah & Penerbit Hollywood tersebut mati dibom sebelum sempat menghasilkan kisah Salahuddin al-Ayyubi menawan Kota Baitulmuqaddis

Ya Allah ampunilah segala kekhilafan Allahyarham Moustapha Akkad

Filem Nabi Muhammad yang dihasilkan di Hollywood, Director and Producer Hollywood, dibintangi oleh artis-artis Hollywood, sayangnya Pengarah & Penerbit Hollywood tersebut mati dibom sebelum sempat menghasilkan kisah Salahuddin al-Ayyubi menawan Kota Baitulmuqaddis

Director and Producer dari Hollywood yang mengangkat imej Islam melalui filem Hollywood, dan kita hampir menyaksikan Sean Connery (pernah membawa watak James Bond) yang akan memegang watak sebagai Salahuddin Al-Ayyubi dalam filem bernilai 80 juta US yang sedang dirancang

Filem kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW

Beliau juga menghasilkan filem kisah perjuangan pejuang kemerdekaan Libya iaitu al-Syahid Umar Mukhtar

Ya Allah ampunilah segala kekhilafan Allahyarham
 Moustapha Akkad
sources:

Tiap-tiap kali marah mak dia kata “biar Allah jadikan engkau imam Masjid Haram” Akhirnya jadi betul, itulah imam Abdul Rahman Al-Sudais

which I came to know from respectable sources that whenever the mother of Imam Sudais used to get angry, she would curse him like:

“May Allah make you the Imam of the Haramain !!”

Maha Suci Allah

Betapa hebatnya kesan kata-kata seorang ibu

Allahu Akbar! Such a strange curse it is – that which unarguably had glad tidings for the young Imam.

 Melayu yang bijak, ada 46 hak cipta, mencipta theory Habibie, faktor Habibie dan method kejuruteraan penerbangan yang digunakan diseluruh dunia, thesisnya sahaja sudah cukup buat Boeing dan Airbas tawarkan kerja untuk dia, kebimbangan Nato meminta kajian teknologi kapal selamnya dihentikan, Jerman meminta dia jadi rakyatnya

Saya diberi kenikmatan oleh Allah ilmu teknologi sehingga saya bisa membuat pesawat terbang, tapi sekarang saya tahu bahawa ilmu agama lebih manafaat untuk umat Islam, kalau saya disuruh milih antara keduanya, maka saya memilih ilmu agama

Allahyarham Prof Dr Ing BJ Habibie
Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan beliau

Third president of Indonesia from 1998 to 1999

His 517-days presidency and 71 days vice presidency are the shortest in the country’s history

Selepas hanya 3 tahun menjawat jawatan penasihat rekabentuk keretapi di Waggonfabrik Talbot, Head Of Train Construction yang akan bersara menawarkan jawatan tersebut untuk beliau tetapi ditolak

RWTH Aachen University, Germany, tertarik dengan dissertation (kertas kerja pengajian) Kejuruteraan aeroangkasa beliau, telah menawarkan jawatan professor di Universiti tersebut

His thesis about light construction for supersonic or hypersonic state also attracted offer of employment from company such as Boeing and Airbus (Beberapa syarikat termasuk Boeing dan Airbus berminat dengan tesis beliau dan menawarkan pekerjaan)

Dia membangunkan Habibie Factor (Thermodynamics), Teori Habibie (Habibie Theorem (Construction), Habibie Method (aerodynamics) sehingga memegang 46 hak cipta

Bekerja dengan Syarikat Messerschmitt dalam pembangunan pesawat Airbus A-300B hingga dilantik menjadi Naib Presiden syarikat

Pejabatnya diserbu oleh perisik NATO, kajiannya tentang teknologi kapal selam, diarah henti oleh NATO dengan syarat dia menerima tawaran menjadi rakyat Jerman. Dibimbangi beliau sebagai rakyat negara Indonesia yang bukan ahli NATO menjadi ancaman teknologi kapal selam baru yang lebih canggih pada dunia.

Bapanya berketurunan Bugis

Ibunya berketurunan Jawa

he was the fourth of eight children

Habibie’s father died when he was 14 years old

Mahmoud Ahmadinejad President of Iran

Terbitan asal September 28, 2010
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/mahmoud-ahmadinejad-is-a-simple-man/

Mahmoud Ahmadinejad

Presidency 2005 – 2013

Gambar ini diambil oleh adiknya

Presiden mengistiharkan hartanya bermula dengan sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah berusia 40 tahun yang diwarisi dari bapanya di suatu perkampung miskin di Tehran dan akaun bank berbaki RM 0.00 

Presiden menetap di suatu perkampungan miskin di Tehran. Tiap-tiap pagi Presiden cuci longkang depan rumahnya tetapi atas nasihat pegawai keselamatannya beliau akhirnya berpindah ke kediaman rasmi Presiden atas faktor keselamatan.

Bila staf majlis perbandaran kutip sampah depan rumah atau pejabat, biasanya presiden akan ikut serta sekali kutip dengan mereka

Kali pertama masuk ke Pejabat Presiden, didapati karpet terlalu tebal, diarahkan buka untuk dihantar ke masjid yang terdekat, kemudian diganti dengan karpet yang lebih murah.

Presiden menutup pejabat pengurusnya dan membenarkan sesiapa sahaja berjumpa terus dengannya di pejabat presiden

Presiden memberhentikan semua jenis majlis seperti ‘red kapet’, sesi bergambar dan iklan-iklan untuk menjimatkan perbelanjaan negara

Dia mengarahkan ubahsuai kapal terbang peribadi presiden menjadi kapal kargo, dan akan membeli tiket kelas ekonomi untuk penerbangannya

Beliau membatalkan semua makanan rasmi yang dijadualkan untuk Pejabat Presiden.

Presiden akan bawa bekal untuk makan di Pejabat Presiden

Tidak pernah mengambil gaji Presiden, semua gaji presiden di kembalikan ke Perbendaharaan Negara, hanya mengambil gaji sebagai pensyarah di sebuah Universiti

Bapanya Ahmad  adalah tukang besi, pekedai runcit, tukang cukur dan mengajar al-Quran

PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam, perancangan sistem lalulintas dan pengankutan -Universiti Teknologi & Sains Iran di Tehran

lantang mengkritik dasar Amerika, Britain dan israel.

Presiden Uruguay, Paling Miskin Di Dunia

Terbitan asal September 28, 2010
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
  • Jose Mujica
  • President of Uruguay 2010 – 15
  • Borang Perisytiharan Harta Presiden hanya merekodkan sebuah Volkswagen berusia 23 tahun anggaran nilai RM8,000
  • Tinggal di ladang milik isterinya
  • 90% dari gaji derma pada kerja amal dan orang miskin
  • Pernah 14 tahun dalam penjara
  • Volkswagen tahun 1987 miliknya ditawarkan pada harga lebih RM4 juta
  • Katanya “Jika saya jual, wang akan digunakan untuk skim perumahan rakyat tanpa rumah”

Read more:
https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/09/28/president-jose-mujica-and-humble-lifestyle/
Sources:
Wikipedia
Britannica
teleSUR English
The Guardian
BBC News
Reuters


Sources: