Category Archives: Agama

ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan. Kisah 2, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Pada zaman mudanya, Shaykh Shukri al-Luhafi rahimahullah pernah mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung di pinggiran Damsyik. Kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang dekat, melainkan satu sumber air yang sangat jauh, dan perjalanan pulang darinya amat mencabar kerana jalan yang curam dan berbukit.

Seorang pemungut air di kawasan itu pula adalah seorang lelaki yang kurang upaya dan tidak sihat tubuh badannya. Namun dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut kerana tiada sesiapa yang mampu menanggungnya atau menjaganya.

Apabila Shaykh Shukri melihat keadaan lelaki itu, beliau tidak berpaling. Setiap pagi, beliau bangun awal, memikul sendiri air melalui jalan yang curam dan berbukit, lalu menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Beliau tidak mengambil sebarang upah, bahkan membiarkan lelaki itu mengambil sepenuhnya hasil keuntungan daripada pekerjaan tersebut.

Beliau melakukan perkara itu setiap hari selama bertahun-tahun, sehingga lelaki itu akhirnya meninggal dunia. Inilah akhlak para ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan.


Diterjemahkan dari tulisan asal dalam bahasa Inggeris

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

 Kita kalau lena, katil pun boleh jatuh, tetapi Allah ciptakan kuda ada makanisme dinamakan ‘stay apparatus’ di mana tendon dan ligamen boleh mengunci kaki seperti tiang tegak tidak rebah ketika dia tidur lena 

Allah created horses with a unique anatomical feature mechanism called the ‘stay apparatus’ a system of tendons and ligaments that alllow them to lock their legs in place, enable them to sleep standing up.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

Yang menjadikan beliau “besar” bukan sekadar ilmu, tapi akhlak:

  • Sangat tawaduk (rendah diri)
  • Walaupun ulama besar, beliau:
    • Hidang air kepada orang dalam majlis
    • Susun kasut di masjid
    • Kutip lebihan makanan di pasar

Ilmunya tinggi, tapi:

  • pakaian sederhana
  • hidup zuhud
  • tidak mencari nama

Bukan semua ulama besar itu terkenal.
Ada yang Allah “sembunyikan”, tapi tinggi di sisi-Nya.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Selamat Hari Pekerja, Kisah Mubarak ini mungkin sesuai

Al-Mubarak (tabi’in) bekerja sebagai penjaga kebun delima

Suatu hari tuannya datang ke kebun bersama seorang tetamu

Tuan Kebun memanggil pekerjanya
“Wahai Mubarak, Ambilkan saya sebiji delima yang manis”

Mubarak berlalu pergi, mengambilnya di pohon. Dia membawakan sebiji buah delima.

Tuan Kebun membelah dan menjamahnya, masam!

Majikannya kecewa “saya meminta delima yang manis, tapi kamu bawa delima yang masam, ambillkan yang manis”

Sekali lagi Mubarak berlalu pergi, kali ini dia memetik dari pohon yang lain pula

Apabila dibelah dan dijamah oleh majikannya, ternyata delima yang satu lagi itupun masam juga.

Begitulah berulang, sampai tiga kali.

Majikannya pun dengan penuh hairan bertanya kepada Mubarak, “Kamu tidak tahu yang mana delima manis, dan yang mana delima masam?, sedangkan kamu bukannya baru bekerja di sini, kamu telah menjaga dan mengawasi kebun ini bertahun-tahun lamanya, kamulah yang melaksanakan segala-galanya untuk kebun ini”
 
“Tidak, saya tidak dapat mengenalpasti buah yang manakah manis dan buah yang manakah masam.” jawab al-Mubarak
 
 ”Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku?”
 
“Sebab selama saya berkerja dengan tuan menguruskan kebun  ini,  saya tidak pernah  merasa walau sebiji pun buah Delima di Kebun ini, bagaimana mungkin saya hendak tahu yang mana manis dan yang mana masam”
 
“Mengapa pula kamu tidak makan?”
 
“Sebab Selama saya berkerja di sini, tuan hanya beri izin untuk saya menguruskan kebun ini, dan tidak pernah saya diberi izin dari tuan untuk makan walau sebiji buah pun dari kebun ini.” ¹
 
Kagum tuan kebun mendengarnya. Apabila tersingkap kejujuran hambanya itu, dia bertambah hormat kepada Mubarak.

 

Tuan kebun mempunyai seorang anak gadis, yang sudah beberapa kali dilamar orang.
 
Dia bertanya kepada Mubarak, “Wahai Mubarak, pada pandangan kamu, siapa yang patut mengahwini anak perempuan saya?”
 
Jawab Mubarak, “Orang jahiliyah berkahwin berdasarkan keturunan, orang Yahudi berdasarkan harta, orang Nasrani berdasarkan paras rupa, manakala umat Islam memilih berdasarkan agama.”
 
Tuan kebun kagum dengan kebijaksanaan Mubarak. Apabila pulang, dia menceritakan hal itu kepada isterinya, dan berkata, “Saya tidak nampak orang lain lagi yang patut menjadi suami anakanda kita, melainkan Mubarak.”
 
Demikian bermula kisah ibu dan ayah kepada Abdullah bin al-Mubarak, yang akhirnya beliau menjadi seorang yang alim, ahli hadith, ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.²
 
Sources : 
¹ Khutbah Jumaat, “Sempena Hari Pekerja,” Masjid
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
11 Mei 2012.


² Iqbal Zain al-Jauhari,
Al-Rizq Asbabuhu wa Mafatihuhu, halaman 27-28

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit lutut berairnya, akhirnya seorang ulama memberi dia jalan.

Cari sebuah kawasan, yang penduduknya tiada bekalan air. Gali perigi, niat airnya sebagai infak kerana Allah dan mohon air yang keluar dari perigi InshaAllah mengeringkan air lututnya, dengan kehendak Allah dia sembuh.

Mafhum Hadith
"Ubatilah orang sakit di kalangan kamu dengan sedekah."¹

Dihasankan oleh al-Albani²

sources :
¹ Abu Dawud, al-Marasil (105).
al-Tabarani, al-Mu‘jam al-Ausat (1963).
Zulkifli al-Bakri.
Ahmad al-Ghumari, risalah al-Zawajir al-Muqliqah li
Munkir al-Tadawi bi al-Sadaqah
.

² al-Albani, Sahih al-Jami‘ (3358).


Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Seorang lelaki bermimpi saudaranya yang telah meninggal dunia. Yang hidup bertanya si mati, apakah amalan paling afdal selepas mati, si mati menjawab membaca al-Quran. Yang hidup bertanya lagi, ayat yang mana, si mati menjawab Ayat Kursi. “Sesungguhnya kamu semua mengamalkan tetapi tidak mengetahuinya, sedangkan kami mengetahuinya tetapi tidak dapat mengerjakannya lagi” – Asy Syekh Muhammad Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi Ibn Sirin



Source : Asy Syekh Muhammad Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi Ibn Sirin

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

‘Hadiah Ini Sangat Bermakna’ Maksud Hadith daripada Abu Hurairah RA : “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini sebagai hasan disebabkan Asim bin Abi al-Najud. Selain daripadanya adalah perawi yang thiqah dan sahih]

Sehebat-hebat anugerah bagi yang pernah melalui satu kehidupan ialah pengampunan. Kita tidak merasa betapa nikmatnya anugerah pengampunan, bukan sebab kita tak ada dosa, tapi sebab dosa kita Allah tundakan hukuman, kalau Allah tak tangguh, kita akan jadi pesalah seperti pesalah yang dalam penjara, ada yang kena tunggu 20 tahun, ada yang tunggu hari nak kena sebat, ada tunggu tarikh akan digantung, tunggu hari dipancung, bayangkan kalau mereka dapat pengampunan, apa lagi yang lebih bermakna pada kehidupan mereka, begitulah juga kita, Allahu tundakan hukuman atas dosa kita, di akhirat kalau tak dapat pengampunan, lebih derita siksaannya

Hadith mengajar kita betapa besarnya erti pengampunan, lebih-lebih lagi kepada si mati yang telah terputus peluang beramal ibadat, juga kita yang masih hidup. Sedangkan Sayidina Umar Al-Khattab RA, (top 3 sahabat) itu pun Rasulullah SAW sarankan jika bertemu dengan Uwais bin Amir (Uwais Al-Qarani) (seorang yang mustajab doa) agar meminta didoakan keampunan¹, apa lagi kita yang sudah tentu tidak sehebat sahabat.

Kadang-kadang kita terkenang seseorang yang pernah berbuat baik kepada kita, pernah berjasa kepada ibu bapa atau kepada anak-anak kita, tidak menjadi kesalahan jika kita ingin membalas kebaikan mereka dengan mendoakan agar mereka mendapat keampunan. Semoga Allah mengangkat darjat yang didoakan dan yang mendoakan. Biizni-llah Amiiin Ya Robbal Alamiin

¹Riwayat Muslim (2542). Riwayat tersebut adalah daripada Usair bin Jabir, katanya: ‘Umar bin al-Khattab ketika didatangi oleh serombongan pasukan dari Yaman, beliau bertanya, “Apakah dalam kalangan kamu ada yang bernama Uwais bin ‘Amir?” Sehinggalah ‘Umar menemui ‘Uwais lalu bertanya, “Benarkah engkau adalah Uwais bin ‘Amir?” Uwais menjawab, “Ya, benar.” Umar bertanya lagi, “Benar engkau dari Murad, dari Qaran?” Uwais menjawab, “Ya.”

Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau dahulu menghidap penyakit kulit, kemudian sembuh kecuali sebesar satu dirham.” Uwais menjawab, “Ya.” Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau memiliki seorang ibu?” Uwais menjawab, “Ya.” Umar berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

يَأْتِى عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلاَّ مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.”

Source : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/856-irsyad-al-hadith-siri-ke-190-istighfar-anak-kepada-ibubapanya

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Lagu raya popular ini sebenarnya dinyanyikan oleh 2 beradik berbangsa India

https://youtu.be/clmcxNDYnxE?si=ThjBySUq6mp4o_q_

Tajuk lagu : Bersama Di Hari Raya

Nama Kumpulan : Cenderawasih ditubuhkan pada 1981

Tahun lagu dikeluarkan : 2005

Ahli kumpulan : Irene & Helen Savaree

Syarikat rakaman : EMI

 

Sesetengah kajian mengatakan tidur mengiring sebelah kiri lebih terdedah kepada mimpi buruk, disebabkan tekanan yang diberikan kepada jantung. Ia sesuai dengan amalan Rasulullah yang menganjurkan umatnya tidur mengiring ke kanan.

Some studies say, sleeping on your left side are far more likely to have to nightmares, due to the pressure placed on the heart. People who sleep on their right have a better quality of sleep. It is in accordance with the practice of the Messenger of Allah Prophet Muhammad who encouraged people to sleep on their right side.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.

Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam

Menulis lebih 50 buah buku

Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

“Lemah, Nabi puasa-puasa pun berperang”. Sebenarnya war tactical itu menyanggahi fiqh al-aulawiyyat, keutamaan menyelamatkan pemerintahan dan umat Islam lebih besar dari berpuasa bagi tujuan ibadah peribadi. Adakah berbaloi berpuasa jika berisiko kalah perang hingga jatuh kerajaan Islam dan umat Islam dijajah? Rasulullah saw pemimpin yang hebat. Rasulullah dan banyak sahabat tidak berpuasa ketika perang. Itulah fekah keutamaan atas keutamaan.

  Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu”.

(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. 

Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah SAW bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah.”

(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kewajipan maka kami pun berbuka.
Riwayat Muslim (1895) dan Abu Daud (2058)


Imam al-Munawi menyebut: Dapat disimpulkan bahawa alasan disyariatkan berbuka bukan kerana musafir akan tetapi disebabkan musuh telah dekat dan mereka memerlukan kekuatan tubuh badan yang optimum untuk berjihad. Walaupun mereka menetap di sebuah negeri (tidak bermusafir), mereka tetap boleh berbuka untuk menjaga stamina tubuh yang kuat dalam menghadapi musuh. (Lihat Faidh al-Qadir, 2/555-556)


Dalam riwayat lain, Saidina ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama. Beliau berkata:


غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ غَزْوَتَيْنِ يَوْمَ بَدْرٍ وَالْفَتْحِ فَأَفْطَرْنَا فِيهِمَا


Maksudnya: Kami berperang dalam dua buah peperangan (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, lalu kami berbuka puasa pada kedua perang tersebut.


Riwayat al-Tirmizi (714) dan al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (8520)


Diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat Nabi SAW berkata:


رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ النَّاسَ فِي سَفَرِهِ عَامَ الْفَتْحِ بِالْفِطْرِ ، وَقَالَ : تَقَوَّوْا لِعَدُوِّكُم


Maksudnya: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya yang bermusafir pada peristiwa Fath Makkah untuk berbuka. Baginda bersabda: “Kuatkan tubuh kamu untuk menghadapi musuh kamu.”


Riwayat Abu Daud (2365)


Kata al-Hafiz dalam al-Talkhis al-Habir (2/449), hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Abd al-Bar. Hadis ini juga menunjukkan perintah berbuka bukan kerana musafir tetapi kerana untuk menambahkan kekuatan ketika berperang.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

al-Anfaal (8:60)

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Hadith “Perut adalah rumah penyakit”. Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini, manakala Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.



Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini.

Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.

Ini Adalah kata-kata al-Harith bin Abi Kaladah (seorang ahli perubatan Arab). (Al-Kasyf al-Ilahi, 449)

Source :
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘(halaman 172, hadis no. 306) (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Akad lafaz jual beli dalam pendapat iman shafie adalah wajib. Kita lihat macam simply, tapi kuasa akad, membolehkan seorang wanita ajnabi yang asalnya haram dilihat, menjadi halal untuk di setubuhi, disebabkan akad. Kita menggunakan pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah untuk pembelian on-line di mana tawaran dibuat oleh penjual, klik penerimaan dikira sebagai akad oleh pembeli 

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

 Umat Kristian UK mengutuk menghina mencaci dan mengeji, “pembelot agama” kata mereka pada King Charles, mereka sangsi kerana tindak tanduk Raja England itu sebagai ketua agama dan ketua seluruh geraja di England itu seperti telah memeluk Islam, ini sebabnya;-

1. Baginda Raja tidak langsung menyambut, menyokong, menyebut atau memberi ulasan tentang hari suci dan puasa Kristian iaitu Ash Wednesday yang jatuh pada 5 Mac 2025


2. Tetapi dalam masa yang sama, baginda raja sibuk, dia sendiri packing kurma untuk orang berpuasa yang akan dibekalkan ke hospital pada Mac 2025. Mungkinkah Baginda tahu hadith memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala sama dengan orang yang berpuasa.


3. Baginda menjemput rakyat berbuka puasa di istana Windsor Castle, England pada Mac 2025 mengumandangkan azan dan solat.


4. Baginda kadangkala memulakan ucapan dengan Assalamualaikum, 


5 ketika menjemput iftar baginda mengucapkan Ramadhan Al mubarak


6. kadangkala mengakhiri ucapan dengan InshaAllah 


7. Baginda kadangkala memetik ayat quran ketika memberi ucapan


5. Baginda menjadi penaung Oxford centre for Islamic studies 


6. Baginda berkawan dan belajar tasawuf dari Martin Lings seorang Islamic scholar juga penulis buku Sirah Rasulullah


7. Baginda dicemuh kerana belajar bahasa Arab dan membaca Al-Quran sedangkan tidak cenderung dengan kitab-kitab Kristian


Semoga Allah memberi hidayah, memanjangkan umur King Charles III, menyembuhkan Baginda Raja dari semua jenis penyakit, memanjang takhta Baginda Raja dan memberi keselamatan kepada Baginda Sekeluarga

https://youtube.com/shorts/Fz1iOVVdSs8?si=MEte1bM2dOTHyk8Z

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Tokong Cina ada yang berkopiah bersongkok atau bertengkolok serta keris

Mereka adalah dewa melayu dipuja semasa tiba di Tanah Melayu untuk meminta keselamatan dan kesejahteraan, mereka dikalangan dewa raja, ahli silat, guru-guru agama atau orang Islam yang alim yang dimuliakan masyarakat,

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Sehari Di Venus = 243 Hari Di Bumi, Setahun Di Neptune = 165 Tahun Di Bumi, Allah Berfirman Sehari Di Dunia, Seribu Tahun Di Akhirat

A day on Venus = 243 earth days

A year on Neptune = 165 earth years

Sehari di Jupiter = 10 jam di bumi
A day on Jupiter = 10 earth hours

Setahun Di Mercury = 88 hari di dunia
A year on Mercury = 88 earth day

Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

Surah al-Hajj ayat 47 (22:47)

Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Surah As-Sajdah ayat 5 (32:5)

Planet paling jauh adalah 12.9 billion tahun perjalanan cahaya (NASA March 2022)

Maha Kuasa Allah

Ukuran hanya boleh dibuat dengan kelajuan cahaya, terlalu jauh untuk menggunakan unit kilometer

kelajuan cahaya adalah 300,000km sesaat

1.08 billion km / jam
Daripada Ibn Ma‘sud R.A,
Maksudnya: “Antara langit dunia dengan langit berikutnya berjarak lima ratus tahun. Dan jarak antara setiap langit sejauh lima ratus tahun (perjalanan). Antara langit ketujuh dengan Kursiy berjarak lima ratus tahun. Manakala jarak antara Kursiy dengan air sejauh lima ratus tahun. Arasy berada di atas air, sedangkan Allah berada di atas Arasy. Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya amalan-amalan kamu semua.”

Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (105) dan Kitab al-Tauhid (594) dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (852). Riwayat ini disahihkan oleh al-Zahabi dalam kitab al-‘Uluw (hlm. 64) dan Ibn al-Qayyim dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah (hlm. 100). Lihat juga Fath al-Bari (13/413), Irsyad al-Sari (10/394) dan ‘Umdah al-Qari (25/116).

Syeikh Ibn al-‘Uthaimin berkata: “Hadith ini mauquf, hanya sampai kepada Ibn Mas‘ud. Akan tetapi, ini termasuk perkara yang tidak mungkin disimpulkan oleh akal. Maka riwayat ini dihukumkan sebagai marfu’ (sampai dan bersumberkan daripada Rasulullah SAW), kerana Ibn Mas’ud tidak dikenali suka mengambil riwayat Israiliyyat.” (Lihat al-Qaul al-Mufid Syarah Kitab al-Tauhid, 3/379).

Berdasarkan riwayat di atas juga, dapat disimpulkan beberapa pelajaran, iaitu:

Kursiy lebih besar dibandingkan langit
Arasy lebih besar daripada Kursiy
Arasy bukan Kursiy dan Air. (Lihat Syarh Kitab al-Tauhid, hlm. 668).

Abu Zar R.A berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah Kursiy dibandingkan Arasy kecuali bagaikan cincin yang dilempar di atas padang yang luas di muka bumi.”

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (510), Abu al-Syeikh dalam al-‘Azamah (2/587) dan Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami‘ al-Bayan (4/539).
sources :
https://science.nasa.gov/missions/hubble/record-broken-hubble-spots-farthest-star-ever-seen/

https://zulkiflialbakri.com/artikel/perbezaan-arasy-tuhan-dan-kursiy-nya/

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.

Filem Nabi Muhammad yang dihasilkan di Hollywood, Director and Producer Hollywood, dibintangi oleh artis-artis Hollywood, sayangnya Pengarah & Penerbit Hollywood tersebut mati dibom sebelum sempat menghasilkan kisah Salahuddin al-Ayyubi menawan Kota Baitulmuqaddis

Director and Producer dari Hollywood yang mengangkat imej Islam melalui filem Hollywood, dan kita hampir menyaksikan Sean Connery (pernah membawa watak James Bond) yang akan memegang watak sebagai Salahuddin Al-Ayyubi dalam filem bernilai 80 juta US yang sedang dirancang

Filem kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW

Beliau juga menghasilkan filem kisah perjuangan pejuang kemerdekaan Libya iaitu al-Syahid Umar Mukhtar

Ya Allah ampunilah segala kekhilafan Allahyarham
 Moustapha Akkad
sources: