Pembekal Cendawan Bongkah dan Cendawan Tiram

Projek usahawan tanaman bongkah cendawan merupakan satu cabang aktiviti pertanian dibawah ketagori tanaman berpotensi dimana ianya telah diusahakan secara komersial sebagai satu industri yang baru.

Cendawan atau Kulat dahulu kala hanya dikenali sebagai tumbuhan liar yang hanya didapati disekitar kawasan kebun pada masa-masa tertentu. Kaedah menanam cendawan telah maju dengan pelbagai teknologi yang di ubahsuai dari semasa kesemasa dan juga selain daripada penggunaan segar dapat di proses untuk dijadikan makanan proses, perubatan, kesihatan dan sebagainya.

JENIS-JENIS CENDAWAN
Terdapat beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk dimajukan di Malaysia sama ada sesuai di usahakan di Kawasan tanah Tinggi atau pun di kawasan tanah Rendah. Jenis-jenis cendawan adalah seperti berikut:

CENDAWAN TANAH TINGGIA. Shiitake – Shiitake
B. Butang – Agricus spp
C. Jarum Mas – Flammulinavelutypes

CENDAWAN TANAH RENDAH:

1. Tiram Kelabu
2. Tiram putih
3. Abalone
4. Tiram Merah Samar
5. Tiram Kuning
6. Perut Lembu
7. Telinga Kera
8. Jerami
9. Bunga Kobis
10. Ling Zhi
11. Cendawan Sisik/Kukur

NAMA SAINTIFIK CENDAWAN:
1. Pleurotus sajor-caju
2. Pleurotus florida
3. Pleororus cystidiosus
4. Pleurotus flabellatus
5. Pleurotus cironipileatus
6. Clitocybe spp
7. Auricularia polytricia
8. Volvariella vaolvaceae
9. Hericium erinacium
10. Ganoderma licidum
11. Schizophyllum spp

Sumber :
Pakej Teknologi Tanaman Cendawan Tiram kelabu .
Jabatan Pertanian (2006)

4. TEKNIK-TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN
4.1 Sejarah penggunaan media cendawan di Malaysia, tanaman cendawan pada awal tahun 1960án diusahakan secara tidak serious menggunakan batang-batang kayu, terutama untuk jenis shiitake dan telinga kera. Tidak ramai pengsaha yang mempunyai kemahiran untuk pengeluaran cendawan di Malaysia pada awal tahun 1960 an. Pada tahun 1970án barulah penggunaan jerami padi digunakan dan diikuti dengan bahan kapas pada tahun 1980án. Pada masa kini dengan adanya bahan buangan habuk kayu getah dan campuran bahan-bahan media baru , perusahaan cendawan menjadi satu industri baru pertanian yang mendapat pehatian ramai usahawan. Cendawan jenis tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) menjadi pilihan ramai usahawan di kawasan tanah rendah.

4.2 Teknik Campuran Media
Pada masa dahulu kaedah mencampur media cendawan dijalankan secara manual dimana bahan dedak/ kapas/ habuk/ lain-lain bahan digaul mengunakan penyodok (scoope) secara manual. Campuran yang dihasilkan lambat dan kualiiti campurann media bergantung kepada kepakaran seorang pekerja. Pada masa ini mesin pembancuh media(Mixer) telah digunakan dengan kapasiti 25 – 50 kg setiap bancuhan dengan campuran lebih seragam. Mesin ini beharga antara RM 6,000 hingga RM 10,000 bergantung kepada jenis, model dan kapasiti. Mesin ini menpercepatkan proses membuat campura media.

4.3 Teknik Penyediaan Bongkah, Kaedah mengisi campuran media dalam beg plastik dahulu dijalankan dengan tangan dan secara manual. Seorang pengusaha yang mahir mampu membuat kira-kira 20 bongkah dalam satu jam. Kini apabila ujudnya mesin pengisi bongkah bersaiz medium, seorang usahawan mampu mengisi media campuran dengan kadar 100 – 150 bongkah satu jam. Harga mesin pengisi media dalam lingkungan RM 35,000 hingga RM 40,000 bergantung kepada kapasiti dan model. Satu syarikat C&C di Grisek mempunyai mesin dengan kapasiti 40,000 bungkah seminggu.

4.4 Pengukusan Bongkah Cendawan
Pengukusan dijalankan terhadap setiap bongkah cendawan bertujuan untuk membunuh semua organisma dalam campuran media. Kerja ini dahulu dijalankan menggunakan tong drum yang mampu diisi antara 40-60 bungkah setiap tong dengan jangkamasa mengukus antara 6-8 jam. Pada masa ini mesin ’Stainless Steel Steamer’digunakan dengan kapasiti 250-400 bongkah sekalu kukus dengan masa antara 4-5 jam sahaja. Bagaimana pun kos alatan tersebut agak mahal tetapi sangat berkesan untuk rumah cendawan yang kapasiti hingga 50,000 bungkah.

4.5 Penyuntikan Benih Cendawan
Kaedah penyuntikkan benih cendawan dahulu mengunakan kertas tisu secara terbuka dan sering berlaku kontaminasi pada bungkah. Pada masa kini semua pengusaha mempunyai bilik suntik sendiri untuk mempastikan kurang berlaku kejadian kontaminasi. Benih-benih diambil dari botol-botol sterill yang telah dipastikan kualiti benih. Benih tersebut dimasukkan kedalam setiap bungkah yang telah dikukus (telah sejuk) dan kemudian disimpan dalam rumah cendawan.

4.6 Pengurusan Hasil Cendawan
Hasil cendawan di kutip mengikut jadual dan boleh dijadualkan pengeluarannya. Lazimnya cendawan dipetik setiap hari dengan memotong menggunakan pisau tajam dan kemudian dikumpulkan. Buangkan bahagian akar cendawan dan gredkan mengikut saiz. Pemerikkan satu bungkan diantara 508 kali dan paling maksimum saya rekodkan sampai 12 kali. Untuk jualan ‘contract farming’ biasanya pemetikkan tidak melebihi 8-10 kali. Hasil yang dikutip akan dihantar terus ke Pasar atau dijual setelah di pek dalam kotak polistyrene.

5. POTENSI, CABARAN DAN STRATEGI
5.1 Permintaan dan pasaranMalaysia pada tahun 2001-2004 (4 tahun) telah mengimpot sebanyak 7,283,861 kg cendawan dengan nilai RM 65,655,000 juta atau purata sebanyak 1,821 m.t. setahun dengan nilai RM 16.4 juta setahun. Keluaran untuk ekspot cendawan dari Malaysia pada masa yang sama hanya sebanyak 421,161 kg iaitu defisit sebanyak 6,862,700 kg atau dikira dari segi nilai cuma RM 8.072 juta iaitu defisit sebanyak RM 56.935 juta. Selaras dengan Dasar pertanian Negara ke Tiga (DPN3) menjadi hasrat kerajaan untuk mengurangkan impat makanan dan mningkatkan ekspot makanan maka projek tanaman cendawan wajar dimajukan lagi.

5.2 Permakanan dan pengunaan cendawan
Penduduk Malaysia hanya menggunakan cendawan sebanyak 324 gram/orang/ tahun berbanding dengan pengambilan daging ayam sebanyak 3.5 kg seorang setahun. Jika dikira secaa mudah dengan kadar pengambilan sebanyak 324 gm/org/tahun sebanyak 8,200 tan cndawan diperlukan sedangkan bekalan sedia ada Cuma 5,500 tan/tahun bermakna kekurangan 2,600 tan/tahun. Penggunaan cendawan untuk setiap penduduk Malaysia perlu dinaikan kepada sebanyak 2 kg/orang/tahun dan akan meningkatkan permintaan kepada sebanyak 50,000 tan setahun. Sebagai perbandingan, Orang Jepun makan cendawan sebanyak 8 kg/orang/tahun.

5.3 Prospek penanaman cendawan
Penanaman cendawan perlu dimajukan lagi untuk memenuhi keperluan tempatan dan juga potensi untuk ekspot. Secara mudah penanaman cendawan perlu dimajukan kerana :
a. Cendawan masih tidak mencukupi untuk menempung keperluan tempatan.
b. Pengeluaran akan dapat mengurangkan penggantungan impot
c. Penanaman cendawan dapat meningkatkan pendapatan ptani
d. Potensi untuk cendawan proses dan produk2 hiliran
e. Bahan-bahan buangan dan teknologi yang sedia ada mencukupi
f. Bantuan kewangan dan khidmat teknikal mudah didapati.