Tag Archives: Info Teknologi

Cara Semak Slip Gaji dalam Sistem UTM HRFin

Sistem HRFin UTM

Bagaimana cara log masuk (Login) sistem HRfin UTM untuk membuat Kemaskini Maklumat Peribadi, Semak Slip Gaji, Perisytiharan Harta, Kompetensi Indeks Staf (CIS), Direktori Carian Maklumat Staf, Waktu Kerja Anjal, Tuntutan Rawatan Gigi UTM dan lain-lain.

Sila layari >>> hrfin.utm.my/smu/ dan login menggunakan Staff ID dan kata laluan (Password) anda sedia ada sebelum ini. Sila semak di UTM Digital jika anda terlupa ID atau Password, sila klik >>> sini

***Sila semak satu persatu perkara yang ingin anda kemaskini pada Butang Menu di Laman Portal HRfin seperti dalam gambarajah di bawah:-

  1. Semak Slip Gaji

2. Cara Mohon Pengisytiharan Harta

Contoh Kemaskini Perisytiharan Harta Staf UTM

Sistem UTMHR atau HRfin UTM merupakan satu sistem yang digunakan di UTM untuk pelbagai maklumat berkaitan dengan Staf di semua peringkat di UTM.

Sistem ini juga merupakan satu sistem yang digunakan oleh Pejabat Pendaftar secara keseluruhan dan PTJ yang berkaitan bagi menguruskan urusan dan kemaskini perkhidmatan staf, penempatan staf, perubahan pendapatan (Gaji) staf, cukai pendapatan dll.

Untuk semak slip gaji, sila klik sumber manusia dan kemudian klik slip gaji/penyata pendapatan.

Masukkan no. staf/ no. Pekerja didalam kotak dan klik butang carian.

Untuk pertanyaan sila hubungi, (For enquiry kindly contact (+60) 7-55 32136 or 33067 (Help Desk).

Permohonan UTMSMART Untuk Kehadiran Kelas

UTMSMART ini buat julung kalinya telah diuji kepada semua Staf dan Pensyarah di UTM untuk memudahkan mereka slide kehadiran untuk mendapatkan mata CPD dalam UTMSmile ketika mereka menghadiri sesuatu program yang dianjurkan oleh mana-mana PTJ di dalam UTM. Pada ketika ini, penggunaan aplikasi ini telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang merumitkan. Oleh yang demikian sebagai salah satu inisiatif Lifestyle Digital UTM, aplikasi UTMSmart ini juga diperluaskan penggunaannya kepada semua Pelajar UTM. App ini kini boleh digunakan untuk merakam kehadiran kelas.

***Sila muat turun dan pasang aplikasi UTMSmart pada telefon pintar anda di Google Play Store atau Apple App Store.

Aplikasi ini kini tersedia untuk Android (Versi 4.4 atau lebih baru) dan iOS (versi 1.0.4 atau lebih baru).

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan UTMSmart untuk pelajar mengimbas kehadiran mereka ke kelas dan untuk pensyarah untuk merakam kehadiran pelajar.

***Sila tonton dan rujuk Tutorial dalam  Youtube dengan memilih Pelajar atau Pensyarah untuk memainkan video mengenai cara menggunakan aplikasi ini.

Mari menyokong UTM Digital Lifestyles dengan menggunakan aplikasi ini.
Sila hubungi talian yang diberikan dibawah, jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Universiti Teknologi Malaysia.
Anda boleh membuat aduan sila klik link: http://aduan.cict.utm.my | E-mel: aduit@utm.my | No Telefon: 07-5532136 / 31976/31977 / 019-7786131.

ihadir: Sistem Perakam Waktu Baru UTM

Sila klik image

Sila klik image untuk slide masuk/keluar

Apakah yang dimaksudkan dengan iHadir UTM?
iHadir UTM adalah merupakan sistem perakam waktu baru yang dibangunkan oleh UTM Digital melalui pautan ihadir.utm.my untuk menggantikan sistem SMIS UTM —> https://smis.utm.my yang sedia ada ketika ini.

Sila klik pautan (Link) untuk membuat slide masuk dan keluar: http://ihadir.utm.my

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kewajipan seorang Penjawat Awam untuk slide in/ slide out  untuk merakam waktu kehadiran mereka sebelum dan selepas waktu pejabat (Office Hour) pada waktu pagi dan waktu petang setiap hari (5 hari bekerja). Begitu juga di UTM tidak terkecuali seperti di jabatan-jabatan lain kerajaan di seluruh Malaysia.

Berikut adalah kaedah pelaksanaan dan pemakaian yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU:

  1. Apa yang kakitangan awam perlu maklum bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi serta cekap dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka.

2. Keputusan ini perlu dilaksanakan disemua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutuan
mulai dari sekarang. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah
diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan
selama peringkat Kerajaan di negara ini.

Cara Pelaksanaan
3. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, akan mengeluarkan panduan tentang cara pelaksanaan sistem penggunaan kad perakam waktu itu secara berasingan.

4. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambil tindakan sesuai
melaksanakan keputusan ini di Kementerian mereka masing-masing dan juga di jabatanjabatan dan Badan-badan Berkanun di bawah pengawasan Kementerian mereka. Untuk melaksanakan keputusan ini peruntukan boleh diperolehi daripada Perbendaharaan untuk pembelian alat-alat yang diperlukan melalui urusan kontrak Perbendaharaan. Nasihat lain jika perlu untuk melaksanakan keputusan ini bolehlah diminta dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Pemakaian
5. Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu itu mungkin
menghadapi masalah bagi pejabat-pejabat yang mempunyai pegawai-pegawai dan
kakitangan yang menjalankan tugas diluar waktu biasa, diluar waktu pejabat atau
mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa.

6. Pejabat-pejabat begitu tidak dikecualikan dari menggunakan sistem tersebut, tetapi
bolehlah mengadakan ubah suaian mengikut budi bicara Ketua-ketua Jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah tertakluk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU).

UTM SMART: Aplikasi Digital Lifestyle Inisiatif UTM

Kegunaan Kemudahan Teknologi dalam Kehidupan Seharian

Antara semua definisi yang ada, pada pandangan saya Teknologi Informasi itu merupakan suatu implementasi ataupun pengembangan dan perancangan suatu aplikasi yang akan membantu manusia dalam menyimpan, mengubah, mahupun menyebarkan sesuatu informasi.

Teknologi ini telah dikenali lebih dahulu sebelum ilmu sains dan teknik. Oleh kerana sesuatu teknologi informasi yang sering dikaitkan dengan suatu penemuan baru yang lebih mudah dari penemuan terdahulu. Contohnya walaupun penemuan yang sudah sangat lama misalnya seperti roda, tetapi masih juga disebut sebuah teknologi kerana lebih memudahkan daripada yang lama cuma hanya berupa sepotong kayu.

Setiap saat, setiap jam kemungkinan kita tidak pernah terlepas dari peranan sebuah teknologi informasi. Contohnya ketika rakan-rakan kita menggunakan smartphone dalam untuk menjelajah jaringan sosial. Betul tak?…handphone tersebut merupakan salah satu dari jenis teknologi informasi yang lain selain dari TV, Komputer, dan perangkat elektronik lain dalam sebuah keluarga.

Dari berbagai jenis-jenis teknologi informasi, tetapi manfaatnya pun juga banyak persaingannya. Namun sebelum melihat manfaatnya, ada baiknya kita cuba lihat dulu dari perkembangan teknologi informasi itu sendiri bagaimana?. Kita dapat melihatnya dari berbagai sumber, bermula dari peningkatan kemajuan efisiensi kehidupan manusia, baik secara individu , dalam berbagai bidang , mahupun dalam suatu kelompok besar. Dengan adanya kemajuan dari teknologi informasi maka kita akan merasakan lebih mudah untuk membuat sesuatu kegiatan kita dalam hal tenaga, menjimat masa, mahupun kos dan sebagainya. Sehingga menghasilkan peningkatan kemajuan tanpa bersusah payah untuk kita melaksanakannya.

Manfaat dari teknologi informasi

Manfaat teknologi informasi ini secara umumnya iaitu :
Membuka peluang bisnes baru secara alami.
Terciptanya suatu lapangan pekerjaan baru.
Terciptanya peningkatan sesuatu layanan informasi dari jarak jauh dalam hal bidang kesihatan(telemedicine).
Adanya peningkatan kuantiti mahupun kualiti suatu pelayanan umum.
Memudahkan kita untuk mendapatkan informasi dalam melakukan komunikasi.
Mudahnya pembentukan e-Learning yang boleh di manfaatkan sebagai prasarana dalam memperbaiki system dalam pendidikan.

Boleh memperkaya pengetahuan serta ilmu dalam berbagai bidang boleh jadi termasuk dalam aspek kebudayaan. Dan proses demokrasi akan terdorong dalam berbagai hal.
Untuk berbicara tentang manfaat teknologi informasi yang begitu luas, Dunia IT sangat sulit untuk dijelaskan secara satu persatu dengan lebih terperinci. Namun disebalik manfaat teknologi informasi ini secara umum, juga ada terdapat dalam berbagai bidang, baik dalam agensi kerajaan, bidang pendidikan , selain untuk mendidik mahupun untuk peserta lain dan sebagainya.

Menyedari akan perkara ini, maka terciptalah aplikasi Usmart oleh Pusat Teknologi Maklumat, CICT, UTM Johor Bahru untuk memudahkan staf akademik dan bukan akademik untuk membuat slide kehadiran dengan mudah cuma hanya scan QR code yang telah disediakan di ruang masuk Dewan Sultan Iskandar (DSI) atau Dewan Azman Hashim untuk tujuan rekod CPD mereka.

Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyle, aplikasi UTMSmart akan digunakan untuk merekod kehadiran staf ke Majlis Perhimpunan Bulanan bermula daripada bulan Mac ini.

Aplikasi ini perlu dimuat turun dan diinstalasi ke telefon pintar anda (sistem operasi Android 4.4 dan ke atas) bagi membolehkan kehadiran anda direkodkan.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk merekod kehadiran anda menggunakan UTMSmart :

Sila muat turun aplikasi ini di Google Play dan cari aplikasi UTMSmart atau terus ke pautan UTMSmart@GooglePlay.
Sila imbas QR di dalam Dewan Sultan Iskandar/ Dewan Azman Hashim menggunakan aplikasi UTMSmart ini. Panduan lengkap telah disertakan di pautan UTMSmart Google Play.

Sumber:
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

Cara Semak User ACID UTM

Perkomputeran ACID UTM Akademik?

Perkomputeran akademik menggabungkan inovatif, keberkesanan teknologi maklumat dan kepentingan perancangan, perlaksanaan serta perkhidmatan sokongan untuk meningkatkan teknologi sistem pendidikan untuk masyarakat kampus UTM.

Apa itu Academic Computing ID (ACID)?

ACID ialah sebahagian daripada servis komputer, yang mana menyediakan ID unik pengguna melalui pengesahan dari server untuk penggunaan log masuk sistem perkomputeran akademik. Semua pelajar mempunyai ID pengguna tersendiri setelah mendaftar program melalui fakulti masing-masing. Manakala, staf perlu mempunyai akaun mel UTM rasmi terlebih dahulu sebelum memohon akaun ACID.

Sistem yang menggunakan ACID ialah:

1. Virtual Private Network (VPN) ACID
2. UTM Library Online Database
3. UTMotion
4. UTMShare
5. Eportfolio
6. OBE UTM
7. Staff Portal
8. Cyberubp UTM
9. Elearning UTM *
10. AIMS2000 **
11. SPS ***
12. GSMS ***

Contoh cara untuk mengetahui UserID dan Password ACID UTM:

Sila semak  UTM ACID sekarang!  ->>>KLIK SINI<<<-

Cyber Security: Bahaya Laman Web Tanpa Security

Bahaya Laman Web Tanpa Security HTTPS

Hari ini keselamatan siber sangat complicated, internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja, ia boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Ketahui dengan siapa yang anda berurusan atau apa yang anda layari. Pemangsa, penjenayah siber, pembuli, dan perniagaan yang korup akan cuba memanfaatkan pengunjung yang tidak berwaspada. Cuba layari juga laman web CybersecurityMalaysia untuk maklumat lanjut.

Contoh risiko internet
Pencuri identiti menggunakan maklumat yang mereka temui dalam talian untuk memanupulasi akaun bank atau memalsukan maklumat akaun bank kredit anda. Phishing adalah tipu helah yang biasa digunakan di laman web yang telah digodam dan berpura-pura seolah-olah mereka adalah entiti yang sah. PayPal dan eBay adalah dua ecommerce yang menjadi sasaran yang paling biasa untuk tujuan penipuan phishing.


Laman web jejaring sosial yang popular seperti Facebook juga tidak terkecuali menjadi sasaran penipuan.

Banyak serangan malware hari ini berlaku melalui gabungan e-mel yang menipu (spam) dan laman web yang telah dikompromi. Berinteraksi dengan spammer boleh meletakkan maklumat peribadi anda berisiko serta boleh memuat turun virus ke dalam komputer anda dan seterusnya  tersebar ke komputer lain di dalam rangkaian network yang sama. Jangan buka e-mel daripada sumber yang tidak diminta atau alamat e-mel yang tidak diketahui, dan ambil langkah untuk mengurangkan jumlah spam yang masuk ke peti masuk e-mail anda.

Penapisan spam
Gunakan perkhidmatan Kuarantin Spam seperti Symantec, perkhidmatan yang disediakan oleh MIT untuk menapis e-mel yang tidak diingini. Perkhidmatan ini memindah semua e-mel yang masuk sebelum menyampaikannya, mengidentifikasi potensi spam menggunakan beberapa ujian, dan menyaringnya ke pelayan Kuarantin Spam.

Phishing
Sesetengah e-mel spam diambil sebagai sah dengan mesej yang direka untuk memerangkap “phish” yang tidak berkemahiran dalam perkara ini (mangsa). Alamat e-mel pengirim, logo, tanda dagangan, dan kata-kata manis untuk memerangkap yang digunakan dalam mesej itu sering memudahkan  teknik penipuan mereka. Bagaimana mengenal pasti e-mel pancingan data (Phishing).

Phishing juga boleh berlaku di laman web yang telah digunakan untuk menyamar sebagai tapak yang sah, seperti halaman log masuk untuk laman web perbankan. Selepas anda memasukkan nama pengguna (ID) dan kata laluan (Password), maklumat itu akan dicuri dan digunakan untuk aktiviti mengambil atau menyedut duit didalam akaun anda.

Apakah itu Spam?

Jawapan

E-mel pukal tidak diminta sering dirujuk sebagai spam, penggunaan dengan nama yang sama.

Kata kunci di sini tidak diminta: spam, seperti sesuatu yang anda minta. Ia muncul dalam peti masuk (berulang kali), mengambil perhatian anda dari e-mel yang berkaitan dengan pekerjaan dan yang berkaitan. Spam menjana berjuta-juta dolar setahun daripada kegiatan aktiviti mereka.

Anda mungkin telah melihat banyak e-mel yang tidak berguna di dalam peti masuk. Siapa orang ini dan bagaimana mereka mendapat alamat anda? Bagaimana mereka menghantar mesej yang tidak bertanggungjawab ini, e-mel adalah satu bentuk pengiklanan mudah dan murah, selain itu e-mail juga sering menjadi platform untuk orang-orang kaki menipu.

E-mel jenis ini, kadang-kadang dipanggil spam atau e-mel komersil (UCE) atau pukal (UBE) yang tidak diminta, menjadi kebiasaan. Walaupun berkaitan dengan spam, terdapat organisasi sah yang bekerja untuk memeranginya melalui undang-undang yang dicadangkan, pelaporan spam, dan pilihan penapisan yang lebih baik.

Charby Sense: Kabel Pengecas Pintas Inovasi Pelajar UTM

Charby Sense Smart Cabel Charger

Kadang-kadang kita terikut-ikut dalam dunia teknologi baru masa kini hingga kita terlupa untuk memperbaiki teknologi yang sedia ada. Contohnya, kabel pengecas Smart Phone. Ketika dirumah semasa anda sedang membuat kerja dirumah sambil-sambil tu…mengecas telefon pintar anda. Begitu juga pada waktu malam ketika sedang tidur, tidakkah anda perasan ia memerlukan masa yang terlalu lama?

Pengecas yang berbeza akan mengenakan kadar masa yang berbeza pada peranti Android pada kadar yang berbeza, dan sesetengah pengecas yang kurang berkualiti mungkin tidak akan mampu mengecas pada kadar masa yang pantas dan jimat masa. Sekiranya anda pernah mengalami masalah mengecas peranti, atau sekadar ingin menguji keberkesanan kabel pengecas tersebut.

Setiap kabel pengecasan adalah berbeza, tetapi idea terbaik adalah menguji untuk mengukur tahap pengecasan.Terdapat beberapa kaedah yang berbeza yang dibuat oleh pengeluar cip dan pengeluar telefon pintar untuk membolehkan alat pengecas boleh mengecas sebanyak mungkin watt, dibantu oleh kabel pengecasan yang berkualiti tinggi.

Menyedari permasalahan yang sering dihadapi oleh pengguna telefon pintar ketika mengecas bateri, dua pelajar Master daripada Universiti Teknologi Malaysia Skudai tampil mencipta kabel pintar yang dikenali sebagai Charby Sense.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, dua pelajar terbabit, Lim Thol Yong dan Cheok Ming Jin telah menerangkan bahawa kabel pintar itu dicipta untuk mengatasi masalah jangka hayat bateri dengan cara memutuskan arus elektrik apabila peranti sudah dicas penuh.

Charby sense juga mempunyai penunjuk yang akan memberitahu sama ada arus elektrik itu kuat atau lemah ketika proses pengecasan berlaku.

Selain itu, perbezaan ketara Charby dan kabel pengecasan yang lain adalah ia diperbuat daripada bahan kalis peluru iaitu Kevlar yang mana ia tiga kali lebih tahan daripada kabel biasa.

Menurut Ming Jin, kabel pintar ini bakal berada dipasaran pada bulan April dan dijual pada lingkungan harga RM80 katanya.

Tonton di Astro Awani: >>>Klik Sini<<<

Sistem Pengurusan Sumber Manusia HRfin UTM

Sistem Pengurusan Sumber Manusia HRfin UTM

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Begitu juga kisahnya dengan UTM sebagai sebuah organisasi besar dan juga sebuah Universiti yang ramai staf terdiri dari Staf Pelaksana dan Profesional serta Staf Akademik yang terdiri dari Pensyarah.

Tujuan diwujudkan sistem Pengurusan Sumber Manusia iaitu yang dinamakan Sistem HRfin UTM yang dibangunkan oleh pihak CICT dan dikalangan penyelidik UTM untuk membantu mengurus dengan cekap dan berkesan Pengurusan Sistem Manusia. Selain itu juga berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat, dengan kata lain ‘making things happen’. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam organisasi. Bidang pengurusan merupakan suatu proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan Sumber Manusia akan menitikberatkan aspek motivasi pekerja termasuklah persekitaran dan peluang agar pekerja dapat menggunakan bakat dan kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan organisasi.

Dalam sesebuah organisasi, satu unit khas telah diwujudkan yang dinamakan sebagai Bahagian Sumber Manusia atau HR Department. Bahagian ini terdiri dari beberapa kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Sumber Manusia, yang akan mengawal dan memantau kelancaran dalam syarikat atau organisasi. Berikut digariskan tiga peranan utama Pengurus Sumber Manusia yang anda perlu tahu dalam sesebuah organisasi.

1. Mendatar (A Line Function)

Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam bahagian atau jabatan yang menjalankan sesuatu tugas sahaja dan mempunyai pekerja di dalam bidang dan latihan yang sama. Contohnya, pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan jabatan dan memberi arahan terus kepada staf di bawah bahagian atau jabatannya tentang sesuatu tugasan.

2. Penyelaras Tugas dan Aktiviti (A Coordinative Function)

Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam kerja-kerja merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal pekerja dan tugas-tugas dalam sesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia turut mempunyai pengurus lain yang bertugas sebagai subordinat iaitu pengurus sumber manusia yang akan mengurus pengurus yang lain. Pengurus sumber manusia bertindak selaku penyelia bagi pekerja bukan pengurusan sebagai subordinatnya. Pengurus sumber manusia membuat penyelarasan tugas dan aktiviti dan penyelarasan ativiti umumnya adalah selaras dengan kehendak sesebuah organisasi.

3. Penasihat dan Pembantu Staff (Staff Functions [Assist and Advise] )

Pengurus sumber manusia boleh bertindak selaku penasihat dan pembantu kepada pengurusan atasan. Pengurus sumber manusia akan mengambil tindakan pembetulan apabila organisasi menghadapi berbagai kesukaran yang tidak dijangka termasuklah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sebarang pertikaian (isu-isu syarikat) yang berbangkit. Selain itu, pengurus sumber manusia juga bertindak sebagai perunding berkaitan dengan isu yang perlu ditangani dan diselesaikan melibatkan perundingan seperti perundingan antara pihak pengurusan syarikat dengan kesatuan sekerja.

Perancangan sumber manusia oleh pengurus sumber manusia merupakan proses yang mengkaji secara sistematik keperluan sumber manusia untuk memastikan agar bilangan pekerja yang berkemahiran diperlukan oleh sesebuah organisasi mencukupi. Perancangan sumber manusia bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan keupayaan organisasi, agar mencapai objektif korporat melalui sumbangan daripada sumber manusia. Pengurus sumber manusia turut terlibat dalam proses perancangan strategik sesebuah organisasi.

Perancangan strategik merupakan satu proses di mana pihak pengurusan atasan menentukan tujuan dan matlamat keseluruhan organisasi serta bagaimana untuk mencapainya. Melalui perancangan strategik, organisasi akan menetapkan objektif-objektif utama dan membuat perancangan komprehensif untuk mencapai objektif-objektif berkenaan, dan selepas strategi organisasi ditentukan maka perancangan sumber manusia boleh dilaksanakan.

1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap fokus pengurusan sumber manusia iaitu:

Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).

Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dibentuk dan digunakan untuk membantu mencapai matlamat dan objektif perniagaan dan organisasi. Menurut Tsui dan Gomez Meija (1998), Danaley dan Huselid (1996) amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan pekerja dan pelanggan, inovasi, produktiviti dan juga pembangunan reputasi yang baik di kalangan organisasi lain.

Jadual 1.1 : Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.

Fungsi

Aktiviti
Perancangan dan Perekrutan
Temuduga, perekrutan, ujian
Latihan dan Pembangunan
Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya
Pampasan
Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian pekerjaan, struktur pampasan
Prestasi
Mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi
Kemudahan
Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, pembahagian keuntungan
Perkhidmatan Pekerja
Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan
Rekod peribadi
Sistem maklumat, rekod tentang pekerja
Pekerja dan Hubungan Komuniti/ Masyarakat
Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan polisi, disiplin, undang-undang buruh
Keselamatan dan kesihatan
Pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi, penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan perlindungan peribadi
Perancangan strategik
Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan perancangan, gabungan dan perolehan

Berdasarkan aktiviti di atas, maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh dirumuskan seperti berikut:

Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang cukup, mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses ini meliputi perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan berterusan.
Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan program-program latihan dan pengembangan, bantuan pendidikan, pertukaran dan pengurusan kerjaya.
Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan organisasi.
Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada organisasi melalui program seperti pampasan dan kemudahan, ganjaran, kenaikan pangkat, perhubungan majikan dan pekerja, dan program bantuan pekerja.
Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi, di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.

1.3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:

Perancangan Sumber Manusia
Pembangunan Sumber Manusia
Pampasan dan Kemudahan
Keselamatan dan Kesihatan
Perhubungan Industri
Penyelidikan Sumber Manusia

Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam Jadual 1.2 seperti berikut:

Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia
Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi.
Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi.
Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.
Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia
– Orientasi dan melatih pekerja
– Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi.
– Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.
– Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.
– Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka.

Pampasan dan Kemudahan
– Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja
– Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten.

Keselamatan dan Kesihatan
– Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
– Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka.

Perhubungan Industri
Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja.
Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan.

Penyelidikan Sumber Manusia
Mewujudkan asas maklumat sumber manusia
Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja

1.4 CABARAN SUMBER MANUSIA
Perubahan yang berlaku pada hari ini dari segi globalisasi, teknologi dan lain-lain menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu menjadi agen perubahan. Pengurus sumber manusia perlu membuat banyak perkara, memperkenalkan dasar baru, membentuk budaya kerja sihat, membuat organisasi lebih peka kepada persekitaran., fleksibel dan terus bersaing di samping sentiasa memantau persekitaran organisasi.

1.4.1 Perubahan Teknologi
Teknologi yang serba canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih berkesan di samping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia. Di samping itu, perubahan teknologi memerlukan pekerja yang lebih berpengetahuan yang boleh membantu pihak pengurusan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan tentang bidang kerja mereka.

1.4.2 Perubahan Trend Pekerjaan
Lebih ramai kaum wanita memasuki pasaran kerja pada masa kini memerlukan perubahan kepada beberapa aspek fungsian sumber manusia. Ini adalah untuk mengekalkan tenaga kerja di kalangan wanita di sektor pekerjaan, di samping untuk membantu kaum wanita yang menghadapi maslah semasa bekerja. Antara aspek yang diubah ialah cuti bersalin 60 hari yang diberikan kepada wanita, wujudnya organisasi yang memberi waktu kerja anjal untuk mengatasi masalah penjagaan kanak-kanak ketika ibu bekerja. Ini merupakan sebahagian dari perubahan yang dihadapi oleh pekerja wanita pada masa kini.

1.4.3 Buruh Asing
Terdapat ramai pekerja negara luar terutamanya yang datang untuk bekerja di Malaysia seperti pekerja dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Myanmar. Para pekerja dari kategori ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang buruh Malaysia di samping peraturan yang dikeluarkan khas untuk pekerja pendatang ini. Sebagai contoh, mereka perlu mendapat permit pekerjaan Malaysia sebelum bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selain itu, mereka perlu menjalani dan lulus ujian kesihatan terlebih dahulu.

1.5 KESIMPULAN
Pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua pengurus organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi. Fungsi sumber manusia seperti pampasan, perancangan dan perekrutan sumber manusia, pemilihan dan sosialisasi, latihan dan perhubungan industri merupakan aspek yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.

Fertigasi: Sistem Baja Guna Cara Titisan

Fertigasi cili, terung, tomato, halia dan lain-lain.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.

Teknik ini adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah

Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan irrigation (pengairan). Sistem fertigasi menggunakan baja cecair yang dinamakan sebagai larutan stok. Larutan stok ini dinamakan sebagai baja AB atau baja XY. Kepekatan larutan stok ini biasanya disediakan 100 kali ganda pekat daripada yang diperlukan oleh pokok.

Terdapat 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok.

Kalsium nitrat, Ca(NO3)2 disediakan berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan seterusnya membentuk pemendakan. Kebiasaannya larutan CA(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada sebatian lain.

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten.

Kini, dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan.

Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancar.

konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong.

Antara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Kandungan baja A:

Ca(NO3)2Fe

Kandungan baja B:

KNO3
KH2PO4
MgSO4
MnSO4
CuSO4,
ZnSO4
Asid borik
Ammonium molibdat atau natrium molibdat.

Rujukan:
Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan Tomato.
Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem Fertigasi Terbuka
Fertigasi Halia: Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi.

Aquaponik: Kombinasi Gabungan Ternakan Ikan dan Tanaman

Apa itu Aquaponik atau Akuaponik?

Takrifan yang paling mudah untuk akuaponik, aquaponics atau aquaponik adalah gabungan akuakultur (menaikkan ikan) dan hydroponics (tumbuh-tumbuhan yang kurang tumbuh-tumbuhan) yang menggabungkan ternakan ikan dan tumbuhan bersama dalam satu sistem bersepadu. Sisa ikan menyediakan sumber makanan organik untuk tumbuhan, dan tanaman secara semulajadi menyaring air untuk ikan.

Aquaponik KTHO UTM merujuk kepada mana-mana sistem yang menggabungkan akuakultur konvensional (menaikkan haiwan akuatik seperti siput, ikan, udang dalam tangki) dengan hidroponik (menanam tumbuhan di dalam air) dalam persekitaran simbiotik. Dalam akuakultur biasa, perkumuhan dari haiwan yang dibangkitkan boleh mengumpul di dalam air, meningkatkan ketoksikan.

Dalam sistem akuakultur, air dari sistem akuakultur diberi makan kepada sistem hidroponik di mana produk sampingan dipecahkan oleh bakteria nitrifying pada awalnya menjadi nitrit dan kemudiannya menjadi nitrat, yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai nutrien, dan kemudiannya air disaring kembali ke sistem akuakultur.

Bahagian ketiga adalah mikrob (bakteria nitrifying). Bakteria ini mengubah ammonia dari sisa ikan dahulu menjadi nitrit, dan kemudian menjadi nitrat. Nitrat adalah bentuk nitrogen yang tumbuh-tumbuhan boleh digunakan dan digunakan untuk tumbuh. Sisa ikan pepejal berubah menjadi vermicompost yang juga bertindak sebagai makanan untuk tumbuhan.

Dalam menggabungkan kedua-dua sistem hidroponik dan akuakultur, aquaponics memanfaatkan manfaat dari kedua-dua gabungan ini, dan menghapuskan kekurangan masing-masing.

Masalah dengan kebun tradisional berasaskan tanah. Penggunaan racun perosak dan penggunaan nutrien tiruan. Rumput, perosak, dan serangga yang ditanggung oleh tanah
Jumlah air yang diperlukan.

Pengetahuan diperlukan untuk mengetahui bila penggunaan dan perawatan air, bila dan bagaimana untuk mengetahui tahap kesuburan, dan apakah komposisi tanah. Lokasi – ladang tradisional sering ditempatkan beribu-ribu batu dari tempat tapak.

Isu-isu ini semua diselesaikan dengan hidroponik, tetapi hydroponics mempunyai masalah sendiri

Sistem hidroponik tradisional bergantung kepada aplikasi yang berhati-hati daripada nutrisi buatan manusia yang dibuat daripada campuran bahan kimia, garam dan unsur surih. Di aquaponics, anda semata-mata memberi makan makanan ikan anda yang murah, dan makanan yang anda tanam sendiri.

Kekuatan campuran hidroponik ini perlu dipantau dengan teliti, bersama-sama dengan pH dan jumlah pepejal terlarut (TDS). Dalam aquaponics, anda memantau sistem anda dengan teliti pada bulan pertama, tetapi sebaik sahaja sistem anda ditubuhkan, anda hanya perlu menyemak tahap pH dan ammonia setiap minggu atau jika tumbuhan atau ikan anda kelihatan tertekan.

Air dalam sistem hidroponik perlu dibuang secara berkala, kerana garam dan bahan kimia dibina di dalam air, menjadi toksik kepada tumbuhan. Ini sama sekali tidak mencukupi dan bermasalah kerana lokasi pelupusan air sisa ini perlu dipertimbangkan dengan teliti. Dalam aquaponics, anda tidak perlu menggantikan air anda; anda hanya top it off kerana ia menguap.
Sistem hidroponik terdedah kepada penyakit yang dikenali sebagai “pythium” atau reput akar. Penyakit ini hampir tidak wujud dalam aquaponics.

Masalah dengan perambatan akuakultur
Air tangki menjadi tercemar dengan efluen ikan, memberikan aquacultureconcentrations ammonia yang tinggi. Air harus dilepaskan pada kadar 10-20% daripada jumlah keseluruhan dalam tangki setiap hari. Ini menggunakan sejumlah besar air. Sekali lagi, dalam sistem aquaponics anda tidak perlu mengeluarkan air. Air ini sering dipam ke dalam aliran terbuka di mana ia mencemari dan memusnahkan saluran air.

Kerana ikan yang terdedah dalam persekitaran yang tidak sihat ini terdedah kepada penyakit dan sering dirawat dengan ubat-ubatan, termasuk antibiotik. Penyakit ikan jarang terjadi dalam sistem akuakultur. Perkebunan akuatik dalam jarak yang agak tinggi boleh mengurangkan rumput, ketegangan belakang anda, dan akses haiwan kecil ke taman mini anda.

Aquaponik bergantung kepada kitar semula air kaya nutrien secara berterusan. Dalam aquaponics tidak ada toksik daripada hidroponik atau akuakultur.
Aquaponics menggunakan hanya 1/10 daripada air berkebun berasaskan tanah, dan juga kurang air daripada hydroponics atau recirculating aquaculture.
Tiada bahan kimia petrologi, racun perosak atau racun herba yang boleh digunakan. Ia adalah sistem eko ​​semula jadi!

Kerja-kerja berkebun dikurangkan secara dramatik atau dihapuskan. Penanam akuarium mampu memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang menyenangkan untuk memberi makan ikan sambil menuai hasil tanaman. Sistem Aquaponic boleh diletakkan di mana saja, menggunakannya di luar, di rumah hijau, di ruangan bawah tanah anda, atau di ruang tamu anda! Dengan menggunakan tumbuh-cahaya, dan ruang boleh menjadi taman yang produktif.

Sistem akuakultur boleh dipertingkatkan! anda boleh memuatkan saiz dan belanjawan yang paling banyak, dari sistem herba countertop kecil, ke taman belakang, ke ladang skala penuh, aquaponics boleh melakukan semuanya!
Dan bahagian yang terbaik – Anda dapat menuai kedua-dua tumbuhan dan ikan dari taman di halaman belakang rumah anda.

Aquaponics EggplantInstead menggunakan penyelesaian kotoran atau toksik untuk tumbuh tumbuhan, aquaponics menggunakan efluen ikan yang sangat berkhasiat yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan secara optimum.