Sakit gigi merupakan penyakit yang semua orang tahu memang amat menyeksakan, setiap kali sakit gigi menyerang berdenyut hingga ke kepala. Apa tidaknya bila kita berbuat sesuatu kerja pun memang serba tak kena dibuatnya dan ia sangat menyakitkan. Bermacam-macam ikhtiar dilakukan seperti makan ubat, berkumur malah pergi ke klinik untuk mencabut atau ditampal gigi yang sakit tu. Oleh itu hari ni admin ingin berkongsi sedikit tips untuk mengatasi masalah sakit gigi ni.
Berikut dibawah saya syorkan ada beberapa “petua hilangkan sakit gigi” iaitu seperti:
Petua 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.
Petua 2: Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur agar sakit gigi reda.
Petua 3: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda cepat hilang.
Petua 4: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.
Petua 5: Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
Petua 6: Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
Petua 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.
Petua 8: Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
Petua 9: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.
Petua 10: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi.
Diharapkan petua hilangkan sakit gigi yang saya kongsi pada kali ini dapat membantu mengurangkan, menghilangkan atau mengatasi masalah sakit gigi anda. Selamat membaca dan semoga dapat manfaat…