Monthly Archives: March 2018

UTM SMART: Aplikasi Digital Lifestyle Inisiatif UTM

Kegunaan Kemudahan Teknologi dalam Kehidupan Seharian

Antara semua definisi yang ada, pada pandangan saya Teknologi Informasi itu merupakan suatu implementasi ataupun pengembangan dan perancangan suatu aplikasi yang akan membantu manusia dalam menyimpan, mengubah, mahupun menyebarkan sesuatu informasi.

Teknologi ini telah dikenali lebih dahulu sebelum ilmu sains dan teknik. Oleh kerana sesuatu teknologi informasi yang sering dikaitkan dengan suatu penemuan baru yang lebih mudah dari penemuan terdahulu. Contohnya walaupun penemuan yang sudah sangat lama misalnya seperti roda, tetapi masih juga disebut sebuah teknologi kerana lebih memudahkan daripada yang lama cuma hanya berupa sepotong kayu.

Setiap saat, setiap jam kemungkinan kita tidak pernah terlepas dari peranan sebuah teknologi informasi. Contohnya ketika rakan-rakan kita menggunakan smartphone dalam untuk menjelajah jaringan sosial. Betul tak?…handphone tersebut merupakan salah satu dari jenis teknologi informasi yang lain selain dari TV, Komputer, dan perangkat elektronik lain dalam sebuah keluarga.

Dari berbagai jenis-jenis teknologi informasi, tetapi manfaatnya pun juga banyak persaingannya. Namun sebelum melihat manfaatnya, ada baiknya kita cuba lihat dulu dari perkembangan teknologi informasi itu sendiri bagaimana?. Kita dapat melihatnya dari berbagai sumber, bermula dari peningkatan kemajuan efisiensi kehidupan manusia, baik secara individu , dalam berbagai bidang , mahupun dalam suatu kelompok besar. Dengan adanya kemajuan dari teknologi informasi maka kita akan merasakan lebih mudah untuk membuat sesuatu kegiatan kita dalam hal tenaga, menjimat masa, mahupun kos dan sebagainya. Sehingga menghasilkan peningkatan kemajuan tanpa bersusah payah untuk kita melaksanakannya.

Manfaat dari teknologi informasi

Manfaat teknologi informasi ini secara umumnya iaitu :
Membuka peluang bisnes baru secara alami.
Terciptanya suatu lapangan pekerjaan baru.
Terciptanya peningkatan sesuatu layanan informasi dari jarak jauh dalam hal bidang kesihatan(telemedicine).
Adanya peningkatan kuantiti mahupun kualiti suatu pelayanan umum.
Memudahkan kita untuk mendapatkan informasi dalam melakukan komunikasi.
Mudahnya pembentukan e-Learning yang boleh di manfaatkan sebagai prasarana dalam memperbaiki system dalam pendidikan.

Boleh memperkaya pengetahuan serta ilmu dalam berbagai bidang boleh jadi termasuk dalam aspek kebudayaan. Dan proses demokrasi akan terdorong dalam berbagai hal.
Untuk berbicara tentang manfaat teknologi informasi yang begitu luas, Dunia IT sangat sulit untuk dijelaskan secara satu persatu dengan lebih terperinci. Namun disebalik manfaat teknologi informasi ini secara umum, juga ada terdapat dalam berbagai bidang, baik dalam agensi kerajaan, bidang pendidikan , selain untuk mendidik mahupun untuk peserta lain dan sebagainya.

Menyedari akan perkara ini, maka terciptalah aplikasi Usmart oleh Pusat Teknologi Maklumat, CICT, UTM Johor Bahru untuk memudahkan staf akademik dan bukan akademik untuk membuat slide kehadiran dengan mudah cuma hanya scan QR code yang telah disediakan di ruang masuk Dewan Sultan Iskandar (DSI) atau Dewan Azman Hashim untuk tujuan rekod CPD mereka.

Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyle, aplikasi UTMSmart akan digunakan untuk merekod kehadiran staf ke Majlis Perhimpunan Bulanan bermula daripada bulan Mac ini.

Aplikasi ini perlu dimuat turun dan diinstalasi ke telefon pintar anda (sistem operasi Android 4.4 dan ke atas) bagi membolehkan kehadiran anda direkodkan.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk merekod kehadiran anda menggunakan UTMSmart :

Sila muat turun aplikasi ini di Google Play dan cari aplikasi UTMSmart atau terus ke pautan UTMSmart@GooglePlay.
Sila imbas QR di dalam Dewan Sultan Iskandar/ Dewan Azman Hashim menggunakan aplikasi UTMSmart ini. Panduan lengkap telah disertakan di pautan UTMSmart Google Play.

Sumber:
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

Cara Semak User ACID UTM

Perkomputeran ACID UTM Akademik?

Perkomputeran akademik menggabungkan inovatif, keberkesanan teknologi maklumat dan kepentingan perancangan, perlaksanaan serta perkhidmatan sokongan untuk meningkatkan teknologi sistem pendidikan untuk masyarakat kampus UTM.

Apa itu Academic Computing ID (ACID)?

ACID ialah sebahagian daripada servis komputer, yang mana menyediakan ID unik pengguna melalui pengesahan dari server untuk penggunaan log masuk sistem perkomputeran akademik. Semua pelajar mempunyai ID pengguna tersendiri setelah mendaftar program melalui fakulti masing-masing. Manakala, staf perlu mempunyai akaun mel UTM rasmi terlebih dahulu sebelum memohon akaun ACID.

Sistem yang menggunakan ACID ialah:

1. Virtual Private Network (VPN) ACID
2. UTM Library Online Database
3. UTMotion
4. UTMShare
5. Eportfolio
6. OBE UTM
7. Staff Portal
8. Cyberubp UTM
9. Elearning UTM *
10. AIMS2000 **
11. SPS ***
12. GSMS ***

Contoh cara untuk mengetahui UserID dan Password ACID UTM:

Sila semak  UTM ACID sekarang!  ->>>KLIK SINI<<<-