Monthly Archives: December 2019

Permohonan Cuti Rehat Melalui UTMSMART Digital Lifestyle

Teknologi pintar telah melangkaui berbagai jenis penyelenggaraan dan perkhidmatan. Bukan sahaja nilai kepada pelanggan dan kecekapan kos kepada anda. Untuk menyediakannya, anda mesti membina kecerdasan-iaitu kesedaran dan kesambungan-ke dalam produk itu sendiri. Dan anda mesti bersiap sedia untuk bertindak berdasarkan apa produk tersebut, dan kemudiannya mendedahkan mengenai kaedah penggunaannya.

Menyedari tuntutan dan keperluan pada masa hadapan dan keperluan masa kini mengikut peredaran masa. Pihak UTM melalui “UTMSmart” telah mengorak langkah ke hadapan dengan membangunkan sistem Permohonan Cuti Rehat dan dimaklumkan bahawa mulai 10 Jun 2019, Universiti telah menghadkan akses bagi Sistem Cuti UTM (smis.utm.my) daripada luar rangkaian UTM untuk mempertingkatkan sistem keselamatan data UTM. Maka, semua proses permohonan berkaitan cuti, yang melibatkan proses permohonan, sokongan dan kelulusan cuti daripada luar UTM perlu menggunakan kemudahan VPN dengan layari https://vpn.utm.my menggunakan UTMID atau boleh diakses melalui aplikasi mobile “UTMSmart”. Sila muat turun aplikasi “UTMSmart” di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).