Category Archives: Admin KPAP UTM

Kesatuan Kakitangan Am UTM (KKA UTM)

KKA UTM

Kesatuan Kakitangan Am UTM (KKA UTM)

MATLAMAT/OBJEKTIF:
KESATUAN KAKITANGAN AM UTM ADALAH MENGIKUT AKTA KESATUAN SEKERJA 1959.

Mencapai matlamat supaya semua pekerja menjadi anggota kesatuan ini menurut syarat-syarat yang ditetapkan didalam peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara perhubungan perusahan, kemasyarakatan dalam pengetahuan.
“Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahan yang baik dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara mereka dengan aman dan bermuafakat”.
Menyelesaikan apa jua pertikaian hak pekerja kepada majikan mengikut undang-undang Malaysia serta dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Memberikan bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan yang halal oleh sesebuah kesatuan sekerja disisi undang-undang.

OBJEKTIF:

Memberi kesedaran kakitangan menjadi ahli kesatuan untuk bersama-sama memberikan sumbangan berterusan dan memperjuangkan hak-hak didalam undang-undang Malaysia.

Maklumat lanjut sila layari laman web : KKA UTM

Pembantu Operasi dan KPAP UTM

KPAP UTM Tweet

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia, saya MShahrulnizam merupakan seorang staf UTM, Skudai, Johor Bahru, Johor. Berkhidmat sebagai Pembantu Operasi di Kolej Tun Hussein Onn dan juga adalah salah seorang admin Kelab Pembantu Am Pejabat (KPAP UTM) dan sekarang ini telah ditukar skim dan gred kepada Pembantu Operasi N11.

Oleh kerana minat dan hobi menulis serta suka share maklumat maka tercipta dan terbinalah blog yang tak seberapa ini hanya untuk berkongsi dengan pembaca diluar sana.

Sejarah Penubuhan KPAP UTM 

07 JULAI 2011.

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru (UTMJB) telah mencatat sejarah Ke arah warga UTM yang kreatif dan inovatif, seiring bersama teknologi baru sejajar aspirasi,visi dan misi UTM.

Maka tercetus satu idea di kalangan Pembantu Am Pejabat untuk mewujudkan laman web Pembantu Am Pejabat atau lebih dikenali dengan nama kelab Pembantu Am Pejabat universiti teknologi malaysia (KPAP UTM)/ www.kelabpaputm.com, www.facebook.com/KPAPUTM, yang telah diterajui oleh Pembantu Am Pejabat bahagian pengurusan yang terdiri daripada 4 orang ahli jawatankuasa M.Zulkafli,Mohd. Maizushah,M.Shahrulnizam dan Abdul Samad.

Dengan ini kelab PAP UTM juga adalah dibawah naungan kesatuan kakitangan Am Universiti Teknologi Malaysia KKA UTM serta gabungan antara Universiti – Universiti Malaysia yang di kenali sebagai (GAKUM) di peringkat universiti/IPTA.

Wujudnya idea untuk mewujudkan laman blog PAP UTM (KPAP UTM) ini adalah lahirnya  idea yang telah dicetuskan oleh mantan Naib Canselor UTM iaitu Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang telah membuat satu TRANFORMASI di UTM dan kini telah berkhidmat sebagai Secretary General II di Ministry Of Education Malaysia Pembantu Am Pejabat UTM juga telah menyahut cabaran untuk mentransformasikan dari segi minda yang berfikiran di luar kotak, budaya Ilmu berdaya saing dan berinovasi kreatifviti serta berintegriti, perlu ada di setiap warga PAP UTM JB dan UTM KL.

Tujuan laman web ini diwujudkan adalah “untuk mengasah bakat yang ada di kalangan warga kampus UTM JB dan UTM KL, khasnya Pembantu Am Pejabat untuk berkongsi idea dan pendapat sesama warga UTM JB dan UTM KL”.
Menaikkan lagi taraf perkhidmatan dalam bidang kerjaya Pembantu Am Pejabat UTM. Merancang dan menjayakan aktiviti ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM. Membina dan meningkatkan lagi bidang kerjaya ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM melalui aktiviti semasa di dalam kampus mahupun di luar kampus.Mendedahkan lagi bahawa Pembantu Am Pejabat UTM melibatkan diri dengan NGO –NGO luar serta perlibatan dengan sukarelawan di kawasan komuniti masing – masing. Membantu kebajikan ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM.