Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

 

Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 4.0

Adakah anda sudah membuat permohonan BRIM baru untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status “Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)” secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya.

Bagaimanapun, keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:

Senarai nama Agensi dan Jabatan Kerajaan untuk rujukan:

Jabatan Pendaftaran Negara ,Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Agama Islam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Semakan status kelulusan bagi permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia contohnya: (BR1M 2016) secara atas talian (online) boleh dibuat (disemak) menerusi sistem semakan status BR1M.

Semakan Keputusan BR1M Status Kelulusan Permohonan.

Cara Membuat Permohonan BR1M

 

Brim 2016

 

Cara Membuat Semakan Status Permohonan BR1M.

Sebarang keterangan atau maklumat lanjut, sila baca info-info yang disertakan dibawah:

 

Kemaskini BR1M 2016

 

Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut Langkah 1 Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M tahun berikutnya.

Cara Kemaskini Status Maklumat Permohonan BR1M

Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin sehingga 31 Dis ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

“Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.

Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

“Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang https://ebr1M.hasil.gov.my.

“Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” menurut kementerian berkenaan.

Katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.