Permohonan Daftar Masuk UTM

UTM, Johor Bahru

UTM, Johor Bahru

Apakah kelayakan daftar permohonan masuk ke Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, UTMKL, UTMPagoh. Sila semak juga permohonan masuk SPACE UTM.

Permohonan melanjutkan pengajian di UTM dan universiti awam, swasta seluruh Malaysia yang menawarkan kursus-kursus akademik 2017/2018 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Anda seorang pelajar lepasan SPM/STPM yang ingin memohon masuk ke universiti atau IPTA awam dan swasta tempatan lain di Malaysia.

Masih lagi tercari-cari dan mencongak-congak universiti manakah yang sesuai untuk melanjutkan pengajian di seluruh negara. Apakah kursus-kursus yang sesuai untuk dipohon, jom!…mari kita semak senarai kursus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sistem Kemasukan Pelajar ke IPTA bagi Lepasan Matrikulasi/Asasi untuk permohonan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, & Diploma/Setaraf.

Pendaftaran dan pengambilan Pelajar Baharu yang ingin masuk Universiti dan Program Pengajian Sarjana Muda di UTM, Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

Program Pengajian
Maklumat yang berikut menyediakan pelajar ijazah bakal dengan ringkasan program yang ditawarkan di Fakulti.

Pengajian Lepasan SPM/STPM, Matrikulasi/Asasi, & Diploma/Setaraf

Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di UTM adalah seperti berikut dibawah:

Bagi Program Ijazah Pertama: 

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Sarjana Muda Seni Bina
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik)
Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer)
Sarjana Muda Sains Komputer (Pangkalan Data Systems)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Grafik dan Perisian Multimedia)
Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik
Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia-Bioproses)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia-Gas)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Aeronautik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal Architecture-Naval dan Kejuruteraan Offshore)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum)
Sarjana Muda Senibina Landskap
Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Precision
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Industri dan Psikologi Organisasi)
Sarjana Muda Ukur Bahan
Sarjana Muda Sains (Kimia)
Sarjana Muda Sains (geoinformatics)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Sarjana Muda Sains (Kimia Industri)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Industri)
Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik (Industrial Physiscs)
Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan
Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Industri
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Building Construction)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik Elektronik)
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Nuklear) – Baru!


Bagi Program Diploma:
Diploma Seni Bina
Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Sains Komputer (Teknology Information)
Diploma Sains Komputer (Multimedia)
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik)
Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Diploma Ukur Tanah
Diploma Pengurusan Teknologi
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
Diploma Ukur Bahan
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Diploma Penilaian

Maklumat lanjut sila layari website UTM: >>>Klik Sini<<<

Charby Sense: Kabel Pengecas Pintas Inovasi Pelajar UTM

Charby Sense Smart Cabel Charger

Kadang-kadang kita terikut-ikut dalam dunia teknologi baru masa kini hingga kita terlupa untuk memperbaiki teknologi yang sedia ada. Contohnya, kabel pengecas Smart Phone. Ketika dirumah semasa anda sedang membuat kerja dirumah sambil-sambil tu…mengecas telefon pintar anda. Begitu juga pada waktu malam ketika sedang tidur, tidakkah anda perasan ia memerlukan masa yang terlalu lama?

Pengecas yang berbeza akan mengenakan kadar masa yang berbeza pada peranti Android pada kadar yang berbeza, dan sesetengah pengecas yang kurang berkualiti mungkin tidak akan mampu mengecas pada kadar masa yang pantas dan jimat masa. Sekiranya anda pernah mengalami masalah mengecas peranti, atau sekadar ingin menguji keberkesanan kabel pengecas tersebut.

Setiap kabel pengecasan adalah berbeza, tetapi idea terbaik adalah menguji untuk mengukur tahap pengecasan.Terdapat beberapa kaedah yang berbeza yang dibuat oleh pengeluar cip dan pengeluar telefon pintar untuk membolehkan alat pengecas boleh mengecas sebanyak mungkin watt, dibantu oleh kabel pengecasan yang berkualiti tinggi.

Menyedari permasalahan yang sering dihadapi oleh pengguna telefon pintar ketika mengecas bateri, dua pelajar Master daripada Universiti Teknologi Malaysia Skudai tampil mencipta kabel pintar yang dikenali sebagai Charby Sense.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, dua pelajar terbabit, Lim Thol Yong dan Cheok Ming Jin telah menerangkan bahawa kabel pintar itu dicipta untuk mengatasi masalah jangka hayat bateri dengan cara memutuskan arus elektrik apabila peranti sudah dicas penuh.

Charby sense juga mempunyai penunjuk yang akan memberitahu sama ada arus elektrik itu kuat atau lemah ketika proses pengecasan berlaku.

Selain itu, perbezaan ketara Charby dan kabel pengecasan yang lain adalah ia diperbuat daripada bahan kalis peluru iaitu Kevlar yang mana ia tiga kali lebih tahan daripada kabel biasa.

Menurut Ming Jin, kabel pintar ini bakal berada dipasaran pada bulan April dan dijual pada lingkungan harga RM80 katanya.

Tonton di Astro Awani: >>>Klik Sini<<<

Sistem Pengurusan Sumber Manusia HRfin UTM

Sistem Pengurusan Sumber Manusia HRfin UTM

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Begitu juga kisahnya dengan UTM sebagai sebuah organisasi besar dan juga sebuah Universiti yang ramai staf terdiri dari Staf Pelaksana dan Profesional serta Staf Akademik yang terdiri dari Pensyarah.

Tujuan diwujudkan sistem Pengurusan Sumber Manusia iaitu yang dinamakan Sistem HRfin UTM yang dibangunkan oleh pihak CICT dan dikalangan penyelidik UTM untuk membantu mengurus dengan cekap dan berkesan Pengurusan Sistem Manusia. Selain itu juga berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat, dengan kata lain ‘making things happen’. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam organisasi. Bidang pengurusan merupakan suatu proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan Sumber Manusia akan menitikberatkan aspek motivasi pekerja termasuklah persekitaran dan peluang agar pekerja dapat menggunakan bakat dan kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan organisasi.

Dalam sesebuah organisasi, satu unit khas telah diwujudkan yang dinamakan sebagai Bahagian Sumber Manusia atau HR Department. Bahagian ini terdiri dari beberapa kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Sumber Manusia, yang akan mengawal dan memantau kelancaran dalam syarikat atau organisasi. Berikut digariskan tiga peranan utama Pengurus Sumber Manusia yang anda perlu tahu dalam sesebuah organisasi.

1. Mendatar (A Line Function)

Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam bahagian atau jabatan yang menjalankan sesuatu tugas sahaja dan mempunyai pekerja di dalam bidang dan latihan yang sama. Contohnya, pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan jabatan dan memberi arahan terus kepada staf di bawah bahagian atau jabatannya tentang sesuatu tugasan.

2. Penyelaras Tugas dan Aktiviti (A Coordinative Function)

Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam kerja-kerja merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal pekerja dan tugas-tugas dalam sesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia turut mempunyai pengurus lain yang bertugas sebagai subordinat iaitu pengurus sumber manusia yang akan mengurus pengurus yang lain. Pengurus sumber manusia bertindak selaku penyelia bagi pekerja bukan pengurusan sebagai subordinatnya. Pengurus sumber manusia membuat penyelarasan tugas dan aktiviti dan penyelarasan ativiti umumnya adalah selaras dengan kehendak sesebuah organisasi.

3. Penasihat dan Pembantu Staff (Staff Functions [Assist and Advise] )

Pengurus sumber manusia boleh bertindak selaku penasihat dan pembantu kepada pengurusan atasan. Pengurus sumber manusia akan mengambil tindakan pembetulan apabila organisasi menghadapi berbagai kesukaran yang tidak dijangka termasuklah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sebarang pertikaian (isu-isu syarikat) yang berbangkit. Selain itu, pengurus sumber manusia juga bertindak sebagai perunding berkaitan dengan isu yang perlu ditangani dan diselesaikan melibatkan perundingan seperti perundingan antara pihak pengurusan syarikat dengan kesatuan sekerja.

Perancangan sumber manusia oleh pengurus sumber manusia merupakan proses yang mengkaji secara sistematik keperluan sumber manusia untuk memastikan agar bilangan pekerja yang berkemahiran diperlukan oleh sesebuah organisasi mencukupi. Perancangan sumber manusia bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan keupayaan organisasi, agar mencapai objektif korporat melalui sumbangan daripada sumber manusia. Pengurus sumber manusia turut terlibat dalam proses perancangan strategik sesebuah organisasi.

Perancangan strategik merupakan satu proses di mana pihak pengurusan atasan menentukan tujuan dan matlamat keseluruhan organisasi serta bagaimana untuk mencapainya. Melalui perancangan strategik, organisasi akan menetapkan objektif-objektif utama dan membuat perancangan komprehensif untuk mencapai objektif-objektif berkenaan, dan selepas strategi organisasi ditentukan maka perancangan sumber manusia boleh dilaksanakan.

1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap fokus pengurusan sumber manusia iaitu:

Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).

Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dibentuk dan digunakan untuk membantu mencapai matlamat dan objektif perniagaan dan organisasi. Menurut Tsui dan Gomez Meija (1998), Danaley dan Huselid (1996) amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan pekerja dan pelanggan, inovasi, produktiviti dan juga pembangunan reputasi yang baik di kalangan organisasi lain.

Jadual 1.1 : Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.

Fungsi

Aktiviti
Perancangan dan Perekrutan
Temuduga, perekrutan, ujian
Latihan dan Pembangunan
Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya
Pampasan
Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian pekerjaan, struktur pampasan
Prestasi
Mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi
Kemudahan
Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, pembahagian keuntungan
Perkhidmatan Pekerja
Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan
Rekod peribadi
Sistem maklumat, rekod tentang pekerja
Pekerja dan Hubungan Komuniti/ Masyarakat
Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan polisi, disiplin, undang-undang buruh
Keselamatan dan kesihatan
Pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi, penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan perlindungan peribadi
Perancangan strategik
Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan perancangan, gabungan dan perolehan

Berdasarkan aktiviti di atas, maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh dirumuskan seperti berikut:

Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang cukup, mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses ini meliputi perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan berterusan.
Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan program-program latihan dan pengembangan, bantuan pendidikan, pertukaran dan pengurusan kerjaya.
Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan organisasi.
Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada organisasi melalui program seperti pampasan dan kemudahan, ganjaran, kenaikan pangkat, perhubungan majikan dan pekerja, dan program bantuan pekerja.
Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi, di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.

1.3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:

Perancangan Sumber Manusia
Pembangunan Sumber Manusia
Pampasan dan Kemudahan
Keselamatan dan Kesihatan
Perhubungan Industri
Penyelidikan Sumber Manusia

Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam Jadual 1.2 seperti berikut:

Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia
Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi.
Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi.
Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.
Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia
– Orientasi dan melatih pekerja
– Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi.
– Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.
– Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.
– Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka.

Pampasan dan Kemudahan
– Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja
– Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten.

Keselamatan dan Kesihatan
– Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
– Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka.

Perhubungan Industri
Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja.
Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan.

Penyelidikan Sumber Manusia
Mewujudkan asas maklumat sumber manusia
Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja

1.4 CABARAN SUMBER MANUSIA
Perubahan yang berlaku pada hari ini dari segi globalisasi, teknologi dan lain-lain menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu menjadi agen perubahan. Pengurus sumber manusia perlu membuat banyak perkara, memperkenalkan dasar baru, membentuk budaya kerja sihat, membuat organisasi lebih peka kepada persekitaran., fleksibel dan terus bersaing di samping sentiasa memantau persekitaran organisasi.

1.4.1 Perubahan Teknologi
Teknologi yang serba canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih berkesan di samping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia. Di samping itu, perubahan teknologi memerlukan pekerja yang lebih berpengetahuan yang boleh membantu pihak pengurusan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan tentang bidang kerja mereka.

1.4.2 Perubahan Trend Pekerjaan
Lebih ramai kaum wanita memasuki pasaran kerja pada masa kini memerlukan perubahan kepada beberapa aspek fungsian sumber manusia. Ini adalah untuk mengekalkan tenaga kerja di kalangan wanita di sektor pekerjaan, di samping untuk membantu kaum wanita yang menghadapi maslah semasa bekerja. Antara aspek yang diubah ialah cuti bersalin 60 hari yang diberikan kepada wanita, wujudnya organisasi yang memberi waktu kerja anjal untuk mengatasi masalah penjagaan kanak-kanak ketika ibu bekerja. Ini merupakan sebahagian dari perubahan yang dihadapi oleh pekerja wanita pada masa kini.

1.4.3 Buruh Asing
Terdapat ramai pekerja negara luar terutamanya yang datang untuk bekerja di Malaysia seperti pekerja dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Myanmar. Para pekerja dari kategori ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang buruh Malaysia di samping peraturan yang dikeluarkan khas untuk pekerja pendatang ini. Sebagai contoh, mereka perlu mendapat permit pekerjaan Malaysia sebelum bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selain itu, mereka perlu menjalani dan lulus ujian kesihatan terlebih dahulu.

1.5 KESIMPULAN
Pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua pengurus organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi. Fungsi sumber manusia seperti pampasan, perancangan dan perekrutan sumber manusia, pemilihan dan sosialisasi, latihan dan perhubungan industri merupakan aspek yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.

Perutusan Tahun Baharu 2018 Naib Canselor UTM


Tahun 2017 bakal meninggalkan kita tengah malam ini dan selamat datang tahun 2018, ini bermakna segala pengalaman pahit manis akan menjadi lipatan kenangan kita untuk dijadikan sempadan dan panduan untuk menghadapi keadaan pada masa akan datang.

Bersempena Amanat Tahun 2018 dibawah ini adalah petikan ucapan Y.Bhg Datuk Naib Canselor UTM untuk kita hayati bersama:

Kepada

Seluruh warga Universiti Tekonologi Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, pertamanya marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya, kita dikurniakan peluang untuk melalui tahun 2017 yang penuh bermakna ini dan seterusnya melangkah ke tahun 2018.

Pada hari terakhir tahun 2017 ini, saya merenung kembali apa yang telah berlaku sepanjang 365 hari yang lalu. Ia merupakan tahun yang luar biasa untuk UTM, di mana kita bersama-sama bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan. Tidak boleh dinafikan, kita telah mencapai pelbagai pencapaian yang amat membanggakan.

Antaranya ialah UTM melonjak dari tangga 288 ke tangga 253 dalam QS World University Rankings 2016/2017, yang meletakkan UTM tergolong dalam kalangan 1% universiti terbaik di dunia, dan juga meraih kedudukan 50 tertinggi di Asia. Manakala, dalam kedudukan QS World University Rankings 2016/2017 (mengikut subjek), 6 bidang pengajian di UTM telah disenaraikan dalam kedudukan 100 terbaik di dunia.

Malah, untuk pertama kalinya, UTM telah termasuk dalam kalangan Top 10 Young Universities di Asia dan memperoleh 5 Bintang untuk the QS Star Rating. Begitu juga di peringkat Times Higher Education Supplement (THES) Inaugural Asia-Pacific University Ranking 2017, UTM menduduki tempat kedua dalam kalangan Universiti Awam di Malaysia.

Namun demikian, ranking bukanlah satu-satunya penanda aras yang menjadikan sesebuah universiti itu hebat. Pada tahun 2017 ini juga, beberapa orang staf UTM telah mendapat pengiktirafan dan meraih pelbagai anugerah dan kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing. Para mahasiswa UTM pula telah mengharumkan nama Universiti menerusi pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Antaranya dipilih untuk mengikuti Latihan Kepimpinan Luar Negara yang ditaja oleh Yayasan Sukarelawan Siswa, dianugerahkan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong bagi tahun 2017/2018, dan juga seorang pelajar kelainan upaya juga telah memenangi geran perniagaan bernilai setengah juta ringgit . Di samping itu, empat mahasiswa kita juga telah terpilih untuk mewakili negara dalam Kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan berjaya menghadiahkan Malaysia dengan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

Walau bagaimanapun, tahun 2017 ini juga banyak cabarannya. Antaranya dengan keadaan kewangan yang sangat mencabar dan memberi kesan dalam pelbagai urusan pentadbiran dan kehidupan seharian kita. Perbelanjaan dan peruntukan kewangan serta kemudahan yang dinikmati selama ini terpaksa dihadkan. Namun, situasi ini seharusnya tidak akan mematahkan semangat kita.

Semakin kita menghadapi kekangan, semakin perlu untuk kita berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih efisien untuk meneruskan kehidupan dan terus mencapai kejayaan. Saya percaya banyak perkara telah dan akan kita pelajari daripada pelbagai cabaran yang dihadapi ini. Setiap kesukaran akan mengukuhkan aspirasi dan kekuatan kita, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya kita dapat melangkah tahun yang baharu sebagai sebuah institusi yang lebih baik, kuat, lebih berdaya tahan, dan lebih penting lagi sebagai insan yang lebih baik.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersatu, memperteguhkan ikatan antara kita dan terus maju, atas nama “Kerana Tuhan, untuk Manusia”.

Selamat Tahun Baharu 2018!

 

Fertigasi: Sistem Baja Guna Cara Titisan

Fertigasi cili, terung, tomato, halia dan lain-lain.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.

Teknik ini adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah

Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan irrigation (pengairan). Sistem fertigasi menggunakan baja cecair yang dinamakan sebagai larutan stok. Larutan stok ini dinamakan sebagai baja AB atau baja XY. Kepekatan larutan stok ini biasanya disediakan 100 kali ganda pekat daripada yang diperlukan oleh pokok.

Terdapat 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok.

Kalsium nitrat, Ca(NO3)2 disediakan berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan seterusnya membentuk pemendakan. Kebiasaannya larutan CA(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada sebatian lain.

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten.

Kini, dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan.

Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancar.

konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong.

Antara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Kandungan baja A:

Ca(NO3)2Fe

Kandungan baja B:

KNO3
KH2PO4
MgSO4
MnSO4
CuSO4,
ZnSO4
Asid borik
Ammonium molibdat atau natrium molibdat.

Rujukan:
Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan Tomato.
Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem Fertigasi Terbuka
Fertigasi Halia: Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi.

Aquaponik: Kombinasi Gabungan Ternakan Ikan dan Tanaman

Apa itu Aquaponik atau Akuaponik?

Takrifan yang paling mudah untuk akuaponik, aquaponics atau aquaponik adalah gabungan akuakultur (menaikkan ikan) dan hydroponics (tumbuh-tumbuhan yang kurang tumbuh-tumbuhan) yang menggabungkan ternakan ikan dan tumbuhan bersama dalam satu sistem bersepadu. Sisa ikan menyediakan sumber makanan organik untuk tumbuhan, dan tanaman secara semulajadi menyaring air untuk ikan.

Aquaponik KTHO UTM merujuk kepada mana-mana sistem yang menggabungkan akuakultur konvensional (menaikkan haiwan akuatik seperti siput, ikan, udang dalam tangki) dengan hidroponik (menanam tumbuhan di dalam air) dalam persekitaran simbiotik. Dalam akuakultur biasa, perkumuhan dari haiwan yang dibangkitkan boleh mengumpul di dalam air, meningkatkan ketoksikan.

Dalam sistem akuakultur, air dari sistem akuakultur diberi makan kepada sistem hidroponik di mana produk sampingan dipecahkan oleh bakteria nitrifying pada awalnya menjadi nitrit dan kemudiannya menjadi nitrat, yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai nutrien, dan kemudiannya air disaring kembali ke sistem akuakultur.

Bahagian ketiga adalah mikrob (bakteria nitrifying). Bakteria ini mengubah ammonia dari sisa ikan dahulu menjadi nitrit, dan kemudian menjadi nitrat. Nitrat adalah bentuk nitrogen yang tumbuh-tumbuhan boleh digunakan dan digunakan untuk tumbuh. Sisa ikan pepejal berubah menjadi vermicompost yang juga bertindak sebagai makanan untuk tumbuhan.

Dalam menggabungkan kedua-dua sistem hidroponik dan akuakultur, aquaponics memanfaatkan manfaat dari kedua-dua gabungan ini, dan menghapuskan kekurangan masing-masing.

Masalah dengan kebun tradisional berasaskan tanah. Penggunaan racun perosak dan penggunaan nutrien tiruan. Rumput, perosak, dan serangga yang ditanggung oleh tanah
Jumlah air yang diperlukan.

Pengetahuan diperlukan untuk mengetahui bila penggunaan dan perawatan air, bila dan bagaimana untuk mengetahui tahap kesuburan, dan apakah komposisi tanah. Lokasi – ladang tradisional sering ditempatkan beribu-ribu batu dari tempat tapak.

Isu-isu ini semua diselesaikan dengan hidroponik, tetapi hydroponics mempunyai masalah sendiri

Sistem hidroponik tradisional bergantung kepada aplikasi yang berhati-hati daripada nutrisi buatan manusia yang dibuat daripada campuran bahan kimia, garam dan unsur surih. Di aquaponics, anda semata-mata memberi makan makanan ikan anda yang murah, dan makanan yang anda tanam sendiri.

Kekuatan campuran hidroponik ini perlu dipantau dengan teliti, bersama-sama dengan pH dan jumlah pepejal terlarut (TDS). Dalam aquaponics, anda memantau sistem anda dengan teliti pada bulan pertama, tetapi sebaik sahaja sistem anda ditubuhkan, anda hanya perlu menyemak tahap pH dan ammonia setiap minggu atau jika tumbuhan atau ikan anda kelihatan tertekan.

Air dalam sistem hidroponik perlu dibuang secara berkala, kerana garam dan bahan kimia dibina di dalam air, menjadi toksik kepada tumbuhan. Ini sama sekali tidak mencukupi dan bermasalah kerana lokasi pelupusan air sisa ini perlu dipertimbangkan dengan teliti. Dalam aquaponics, anda tidak perlu menggantikan air anda; anda hanya top it off kerana ia menguap.
Sistem hidroponik terdedah kepada penyakit yang dikenali sebagai “pythium” atau reput akar. Penyakit ini hampir tidak wujud dalam aquaponics.

Masalah dengan perambatan akuakultur
Air tangki menjadi tercemar dengan efluen ikan, memberikan aquacultureconcentrations ammonia yang tinggi. Air harus dilepaskan pada kadar 10-20% daripada jumlah keseluruhan dalam tangki setiap hari. Ini menggunakan sejumlah besar air. Sekali lagi, dalam sistem aquaponics anda tidak perlu mengeluarkan air. Air ini sering dipam ke dalam aliran terbuka di mana ia mencemari dan memusnahkan saluran air.

Kerana ikan yang terdedah dalam persekitaran yang tidak sihat ini terdedah kepada penyakit dan sering dirawat dengan ubat-ubatan, termasuk antibiotik. Penyakit ikan jarang terjadi dalam sistem akuakultur. Perkebunan akuatik dalam jarak yang agak tinggi boleh mengurangkan rumput, ketegangan belakang anda, dan akses haiwan kecil ke taman mini anda.

Aquaponik bergantung kepada kitar semula air kaya nutrien secara berterusan. Dalam aquaponics tidak ada toksik daripada hidroponik atau akuakultur.
Aquaponics menggunakan hanya 1/10 daripada air berkebun berasaskan tanah, dan juga kurang air daripada hydroponics atau recirculating aquaculture.
Tiada bahan kimia petrologi, racun perosak atau racun herba yang boleh digunakan. Ia adalah sistem eko ​​semula jadi!

Kerja-kerja berkebun dikurangkan secara dramatik atau dihapuskan. Penanam akuarium mampu memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang menyenangkan untuk memberi makan ikan sambil menuai hasil tanaman. Sistem Aquaponic boleh diletakkan di mana saja, menggunakannya di luar, di rumah hijau, di ruangan bawah tanah anda, atau di ruang tamu anda! Dengan menggunakan tumbuh-cahaya, dan ruang boleh menjadi taman yang produktif.

Sistem akuakultur boleh dipertingkatkan! anda boleh memuatkan saiz dan belanjawan yang paling banyak, dari sistem herba countertop kecil, ke taman belakang, ke ladang skala penuh, aquaponics boleh melakukan semuanya!
Dan bahagian yang terbaik – Anda dapat menuai kedua-dua tumbuhan dan ikan dari taman di halaman belakang rumah anda.

Aquaponics EggplantInstead menggunakan penyelesaian kotoran atau toksik untuk tumbuh tumbuhan, aquaponics menggunakan efluen ikan yang sangat berkhasiat yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan secara optimum.

UTM Blogger: Apakah Itu Blogger

Apa itu Blog? Apa itu Blogger? Apakah Blogging?

Apakah yang anda ingat kali pertama anda mendengar perkataan “blog”? Apa pemikiran asal awak pada masa itu? Bagaimana anda menjawab? Sebagai seorang UTM Blogger? saya pun rasa bangga dapat menggunakan platform UTM Staff Blog ini untuk berkongsi berbagai kisah dan cerita mengenai UTM dan juga hal-hal lain.

Ya, seperti yang anda ketahui berbagai “blog”, seperti Blogger.com, WordPress.com  ada juga orang yang mendengarnya untuk pertama kalinya setiap hari dan tidak tahu apa sebenarnya. Mereka juga baru menemui pengalaman pertama sama seperti anda juga ketika ini.

Masih blur? Dalam apa jua keadaan, saya berpendapat ia akan menguntungkan untuk bermula satu persatu dan menyemak semula beberapa asas blog yang banyak diminati.

So, jom kita semak beberapa perkara mula dan jawab persoalan yang sangat asas:

Apakah “blog”?

Anda boleh menemui kira-kira 2.6 juta jawapan (dan mengira) kepada soalan khusus itu melalui Google.com tetapi saya ingin mengemukakan jawapannya dalam beberapa cara yang berbeza supaya anda, sebagai orang baru, boleh mendapatkannya, atau jika anda mengenali seseorang yang ingin tahu perkara ini.

Definisi Mudah:

Blog?
Berikut adalah beberapa definisi yang sangat mudah yang boleh anda mulakan. Jika anda mendapati ini cukup bagus, anda sudah selesai membaca siaran ini.

Sebuah blog berasal dari perkataan “weblog” atau “log web”.
Anda boleh memikirkannya sebagai jurnal atau buku harian dalam talian, walaupun blog digunakan lebih banyak sekarang, seperti kewartawanan dalam talian.
Seorang blogger adalah seseorang yang blog, atau menulis kandungan untuk blog.
Blogging adalah perbuatan menulis jawatan untuk blog.
Got it? Itu mudah, dan itulah yang anda perlu tahu untuk bermula.

Definisi pertengahan:

Blogger?
Mahu lebih banyak “daging” pada pengetahuan blog anda? Cuba definisi ini untuk saiz:

Blog adalah sejenis laman web yang mempunyai catatan (atau entri) yang muncul dalam urutan kronologi terbalik. Catatan blog lazimnya muncul dengan catatan blog yang paling baru (atau masuk, pos) dahulu, sama seperti buku harian atau jurnal. Blog biasanya dikemas kini dengan kerap dan kerap, walaupun terdapat beberapa yang dianggap “blogger perlahan”. Blog biasanya mempunyai ruang untuk orang memberi komen atau memberi respons kepada catatan blog.

Blog mungkin juga mempunyai kandungan dan pautan lain ke laman web lain.
Blog boleh mempunyai pengarang individu atau menjadi koleksi pengarang.
Blog mempunyai sejarah atau arkib daripada catatan blog terdahulu.
Tidak terlalu buruk, bukan? Kami mula menerangkan beberapa ciri khas blog.

Definisi Terperinci:

Blogging?
Sekiranya anda ingin menyelesaikan pendidikan blog anda maka anda boleh membaca beberapa definisi “maju” yang berikut:

Blog adalah koleksi kandungan yang dianjurkan secara berulang-ulang. Kandungan ini boleh mengambil bentuk perkataan asas (salinan) serta media kaya (audio, video, dan objek yang boleh disambungan). Sebuah blog biasanya memberi tumpuan kepada perkara tertentu untuk kejelasan, tumpuan, dan Sebuah blog boleh dibina dengan tangan, secara manual melalui menulis jawatan, memuat naik ke laman web melalui FTP, dan kemudian menerbitkan.
Blog juga boleh diuruskan oleh perisian, kadang-kadang dipanggil CMS (Sistem Pengurusan Kandungan), di mana banyak ciri dicipta dan dihuni secara automatik.

Blog biasanya boleh dibaca dalam beberapa format yang berbeza termasuk laman utama, halaman pos tunggal, kategori, tag, dan juga melalui RSS dan teknologi sindikasi lain seperti itu.
Pembaca dan pelawat boleh melanggan blog supaya mereka boleh menggunakan kandungan dalam pelbagai cara, alat, peranti, dan aplikasi yang berbeza. Blog hari ini boleh mengambil bentuk microblogging (seperti Twitter, Posterous, Tumblr), vblogging (blogging video), dan banyak lagi yang boleh memberi tumpuan kepada jenis kandungan atau teknologi tertentu.

Definisi Super Geek:

Bloggerific?
Akhirnya, jika anda hanya bosan, mempunyai terlalu banyak masa, atau sangat ingin tahu, berikut adalah beberapa definisi super geeky dengan:

Blog boleh menjadi apa sahaja yang anda inginkan; ia bukan tentang apa tetapi mengapa.
Blog adalah kumpulan perisian yang diletakkan secara strategik 1 dan 0 yang biasanya dipanggil perisian. Semuanya adalah blog dan tidak ada blog, pada masa yang sama.
Blogging adalah apa yang anda lakukan, apa yang anda tidak lakukan, dan apa yang anda ingin anda lakukan apabila anda melakukannya.

Akhirnya, satu orang khususnya meletakkannya dengan cara ini apabila diminta untuk menentukan blog: Tidak perlu mendefinisikan ‘blog’. Saya ragu pernah ada panggilan untuk mendefinisikan ‘akhbar’ atau ‘televisyen’ atau ‘radio’ atau ‘buku’ – atau, untuk perkara itu, ‘telefon’. Blog adalah semata-mata alat yang membolehkan anda melakukan apa saja daripada mengubah dunia untuk berkongsi senarai beli-belah anda. Orang akan menggunakannya tetapi mereka mahu. Dan tidak lama lagi dalam penciptaan kegunaan alat ini untuk mengehadkannya dengan definisi yang ditetapkan.

Itulah sebabnya saya menolak walaupun memanggilnya medium; ia adalah cara untuk berkongsi maklumat dan juga berinteraksi: Ini lebih lanjut mengenai perbualan daripada kandungan … setakat ini. Saya fikir ia sama-sama meletihkan dan tidak berguna untuk membantah sama ada blog adalah kewartawanan, kerana kewartawanan tidak terhad oleh alat atau medium atau orang yang digunakan dalam perbuatan itu.

Kempen Jom Potong Zakat di UTM


Zakat: Pembayaran zakat melalui “Kempen JOM POTONG DI UTM” Melalui Sistem Caruman Zakat UTM”. Kempen ini memberi kemudahan kepada semua Staf Pelaksana dan Staf Akademik untuk menunaikan rukun ketiga Islam tersebut.

Zakat (Bahasa Arab: زكاة transliterasi: Zakah) dalam segi istilah adalah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya). Zakat dari segi bahasa membawa erti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Zakat merupakan rukun ketiga dari rukun Islam.

Hukum zakat
Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib fardhu atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori ibadah seperti salat, haji, dan puasa yang telah diatur secara rinci berdasarkan Alquran dan Sunah. Zakat juga merupakan sebuah kegiatan sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia di mana pun.

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Zakat fitrah
Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Aidil Fitri pada bulan suci Ramadan. Besar zakat ini setara dengan 3,5 liter (2,7 kilogram) makanan pokok yang ada di daerah bersangkutan.
Zakat maal (harta)
Zakat yang dikeluarkan seorang muslim yang mencakup hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil laut, hasil ternak, harta temuan, emas dan perak. Masing-masing jenis memiliki perhitungannya tersendiri.

Hak zakat

Penerima
Ada lapan pihak yang berhak menerima zakat, tertera dalam Surah at-Taubah ayat 60 yakni:

Fakir – Mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa sehingga tidak mampu memenuhi keperluan asas kehidupan.
Miskin – Mereka yang memiliki harta namun tidak cukup untuk memenuhi keperluan dasar untuk hidup.
Amil – Mereka yang mengumpulkan dan membagikan zakat.
Mu’allaf – Mereka yang baru masuk Islam dan memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan barunya.
Hamba sahaya – Budak yang ingin memerdekakan dirinya
Gharimin – Mereka yang berhutang untuk keperluan yang halal dan tidak mampu untuk memenuhinya.
Fisabilillah – Mereka yang berjuang di jalan Allah misalnya: dakwah, perang dan sebagainya.
Ibnus Sabil – Mereka yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan.

Haram menerima
Orang kaya dan orang yang masih memiliki tenaga.
Hamba sahaya yang masih mendapat nafkah atau tanggungan dari tuannya.
Keturunan Nabi Muhammad (ahlul bait).
Orang yang dalam tanggungan dari orang yang berzakat, misalnya anak dan isteri.

Contoh Panduan Mengisi Kompetensi Indeks Staf UTM

Penilaian Prestasi Staf (SKT)

Kompetensi Indeks Staf UTM (CIS) 

3.1 Pengenalan
Sistem Pengurusan Prestasi bermaksud suatu sistem merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi bagi tempoh satu tahun.

3.2 Kaedah Penilaian

Universiti Teknologi Malaysia telah membangunkan dua sistem penilaian prestasi staf :

a. Sistem Penilaian Prestasi Secara Online Staf Akademik (eLPPT).

b. Sistem Penilaian Prestasi Secara Online Staf Bukan Akademik (eLNPT).

3.3 Tujuan
Penilaian Prestasi membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan mengenai pengurusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Yang Dinilai (PYD) iaitu:

1. Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;

2. Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, peminjaman dan pertukaran sementara;

3. Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji;

4. Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;

5. Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan; dan

6. Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi pegawai.

3.4 Prinsip Asas dan Tujuan Utama Sistem Penilaian Prestasi
Sistem Penilaian Prestasi ini telah digubal berasaskan kepada prinsip-prinsip penilaian seperti berikut:-

1. Penilaian hendaklah dilaksanakan secara objektif, adil dan telus;

2.Penilaian prestasi hendaklah diasaskan kepada penghasilan kerja dan tingkahlaku yang dipamerkan oleh PYD ke arah pencapaian objektif organisasi yang ditetapkan; dan

3. Menggalakkan persaingan positif sesama pegawai untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti

Berdasarkan prinsip di atas, sistem ini digubal untuk:

1.Membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan;

2. Membolehkan ketua perkhidmatan melaksanakan sistem penilaian prestasi mengikut kesesuaian perkhidmatan tertentu;

3. Membolehkan sistem penilaian prestasi digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, penempatan dan latihan; dan

4. Meningkatkan penglibatan ketua jabatan dan semua peringkat pegawai penyelia dalam proses penilaian prestasi.

Cuba ikut langkah-langkah berikut

  1. Buat carian di Google sila taip “hrfin UTM” atau klik sini :

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Nota: Sila isi borang mengikut pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Kemudian setelah selesai di penghujung soalan CSI anda kemudian akan diminta untuk “SUBMIT”  borang tersebut setelah selesai menjawab semua soalan yang diberikan, anda dikehendaki menjawab semua soalan tanpa tertinggal satu soalan.

Kemasukan POSTGRADUATE Pelajar Tempatan & Antarabangsa UTM

KEMASUKAN POSTGRADUATE (Pelajar Tempatan & Antarabangsa)
Semua permohonan Antarabangsa (sarjana) mestilah mencapai Bahagian Pengambilan & Kemasukan Pelajar sebelum 30 Mei (Pengambilan September) & 30 November (Pengambilan Februari). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan dipertimbangkan untuk pengambilan sesi berikut.

Pejabat Kemasukan Siswazah akan menghantar pengesahan e-mel kepada pemohon apabila menerima borang dan dokumen permohonan anda.

Pelajar pascasiswazah mungkin MEMOHON ONLINE pada bila-bila masa, namun tarikh tutup pengajian dengan kursus yang diajarkan dan dengan mod campuran adalah pada 30 November dan 30 Jun. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditawarkan untuk pendaftaran seterusnya.

Kemasukan Februari (Semester II)

• Tarikh tutup pada 30 November

Kemasukan September (Semester I)
• Tarikh tutup pada 30 Jun

MASTER DAN PhD OLEH PENYELIDIKAN (Pelajar Tempatan & Antarabangsa)
Permohonan untuk Sarjana dan PhD oleh penyelidikan-mod dibuka sepanjang tahun dan pendaftaran akan diadakan pada bulan Februari, Mei, September dan November. Walau bagaimanapun, calon boleh mendaftar pada bila-bila masa di pejabat Bahagian Pengambilan dan Kemasukan Pelajar di Block F54, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia ATAU Sekolah Pengajian Siswazah, Aras 8, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Program Pascasiswazah / Program Khas Paruh waktu

Program luaran adalah program yang biasanya ditawarkan di luar kampus di pusat pengajian terpilih. Kuliah biasanya dijalankan kelas pada hujung minggu atau di pusat latihan syarikat. Program ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia dan Antarabangsa dengan Pas Pekerjaan Malaysia.

Direka khas untuk profesional yang bekerja
Jadual waktu yang fleksibel (boleh dibuat untuk memenuhi masa pelajar)
Mengikuti kurikulum program arus perdana
Mengekalkan 100% pertemuan / kuliah bersemuka
Yuran pengajian berbeza-beza. Tertakluk kepada lokasi dan program (julat antara RM19,000-RM28,000 *) (* kecuali Master of Architecture).

Nota: ** Yuran untuk kelas yang dijalankan di Johor dari RM18,000-RM22,000, Kuala Lumpur berkisar dari 25,000-27,000, Pulau Pinang RM28,000-29,000 dan Sabah & Sarawak berkisar dari RM28,000-30,000) ** Yuran tertakluk kepada perubahan
Tertakluk kepada minimum 15 calon untuk menjalankan program ini.

* Senarai program yang ditawarkan di pusat pembelajaran adalah tertakluk kepada perubahan. Untuk senarai kemas kini program yang ditawarkan dan pusat pembelajaran, sila e-mel ke pgrad@utm.my atau klik [SINI]

Soalan Lazim mengenai Program Luar Lepas Pasca Siswazah

Hubungi: Syazli: msyazli@utm.my (07-5537547)
Zila: maszila@utm.my (07-5537639)