Papan iklan elektronik atau nama pendek UTM LED, iBoard yang telah dipasang di tepi jalan berhampiran UTM Maingate bulatan kini di bawah tanggungjawab Pejabat UTM Hal Ehwal Korporat (HEK). Selepas penilaian teknikal dan projek pemasangan yang dilakukan oleh Pejabat UTM Aset & Pembangunan (PHB), tanggungjawab mengemaskini iBoard telah diserahkan kepada HEK kerana skop sendiri HEK yang merupakan komunikasi korporat dan penjenamaan.
Jika anda mempunyai maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat kampus sama ada:
“Pengumuman/ Makluman Aktiviti yang akan anda lakukan Melaporkan aktiviti yang telah anda lakukan”
Maklumat anda berbentuk dalam bentuk tulisan, grafik, foto, video atau audio bolehlah menghantarkan bahan- bahan tersebut kepada kami melalui email utmonline@utm.my atau hubungi kami.
Bagi memudahkan pihak kami, format fail bolehlah dibuat dalam dokumen HTML, MS Word, MS Powerpoint, Publisher, atau Adobe Acrobat Reader (PDF)
manakala bagi saiz banner tersebut mestilah bersaiz 900 x 235 pixel.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia, saya MShahrulnizam merupakan seorang staf UTM, Skudai, Johor Bahru, Johor. Berkhidmat sebagai Pembantu Operasi di Kolej Tun Hussein Onn dan juga adalah salah seorang admin Kelab Pembantu Am Pejabat (KPAP UTM) dan sekarang ini telah ditukar skim dan gred kepada Pembantu Operasi N11.
Oleh kerana minat dan hobi menulis serta suka share maklumat maka tercipta dan terbinalah blog yang tak seberapa ini hanya untuk berkongsi dengan pembaca diluar sana.
Sejarah Penubuhan KPAP UTM
07 JULAI 2011.
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru (UTMJB) telah mencatat sejarah Ke arah warga UTM yang kreatif dan inovatif, seiring bersama teknologi baru sejajar aspirasi,visi dan misi UTM.
Maka tercetus satu idea di kalangan Pembantu Am Pejabat untuk mewujudkan laman web Pembantu Am Pejabat atau lebih dikenali dengan nama kelab Pembantu Am Pejabat universiti teknologi malaysia (KPAP UTM)/ www.kelabpaputm.com, www.facebook.com/KPAPUTM, yang telah diterajui oleh Pembantu Am Pejabat bahagian pengurusan yang terdiri daripada 4 orang ahli jawatankuasa M.Zulkafli,Mohd. Maizushah,M.Shahrulnizam dan Abdul Samad.
Dengan ini kelab PAP UTM juga adalah dibawah naungan kesatuan kakitangan Am Universiti Teknologi Malaysia KKA UTM serta gabungan antara Universiti – Universiti Malaysia yang di kenali sebagai (GAKUM) di peringkat universiti/IPTA.
Wujudnya idea untuk mewujudkan laman blog PAP UTM (KPAP UTM) ini adalah lahirnya idea yang telah dicetuskan oleh mantan Naib Canselor UTM iaitu Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang telah membuat satu TRANFORMASI di UTM dan kini telah berkhidmat sebagai Secretary General II di Ministry Of Education Malaysia Pembantu Am Pejabat UTM juga telah menyahut cabaran untuk mentransformasikan dari segi minda yang berfikiran di luar kotak, budaya Ilmu berdaya saing dan berinovasi kreatifviti serta berintegriti, perlu ada di setiap warga PAP UTM JB dan UTM KL.
Tujuan laman web ini diwujudkan adalah “untuk mengasah bakat yang ada di kalangan warga kampus UTM JB dan UTM KL, khasnya Pembantu Am Pejabat untuk berkongsi idea dan pendapat sesama warga UTM JB dan UTM KL”.
Menaikkan lagi taraf perkhidmatan dalam bidang kerjaya Pembantu Am Pejabat UTM. Merancang dan menjayakan aktiviti ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM. Membina dan meningkatkan lagi bidang kerjaya ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM melalui aktiviti semasa di dalam kampus mahupun di luar kampus.Mendedahkan lagi bahawa Pembantu Am Pejabat UTM melibatkan diri dengan NGO –NGO luar serta perlibatan dengan sukarelawan di kawasan komuniti masing – masing. Membantu kebajikan ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM.