Tag Archives: Info semasa

Slogan Laungan Soaring Upwards KPT

1

Soaring Upwards

Menyingkap laungan slogan ‘SOARING Upwards’ (peningkatan berterusan) adalah laungan semangat (‘Battle Cry’) perjuangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk semua warga KPT.

‘Soaring Upwards’ menjadi inspirasi dan motivasi warga KPT untuk bergerak seia sekata, serentak seirama bagi meningkatkan kualiti pencapaian serta terus mara ke hadapan.
Melalui Jelajah ‘KPT: Soaring Upwards’ yang sedang berlangsung, KPT akan ke beberapa negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) dan pada masa sama berkongsi dan menguar-uarkan kejayaan serta pencapaian sistem Pendidikan Tinggi Malaysia.

Jelajah KPT yang bermula di Hotel Zenith Kuatan, Pahang, pada 8 Ogos 2015 dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, menerima maklum balas menunjukkan lebih 90 peratus hadirin menyokong usaha kerajaan meningkatkan sistem pendidikan tinggi selain ramai tidak mengetahui kejayaan sistem pendidikan tinggi kini mula menyedari pencapaian hebat yang boleh dibanggakan. Laungan ‘Soaring Upwards’ bergema kuat dan menggegarkan lokasi diiringi alunan irama muzik warga Kolej Komuniti Rompin dan Kuantan.
Artikel penyelidikan bertambah Dalam bidang penyelidikan, bilangan artikel penyelidikan diterbitkan lima Universiti Penyelidikan (MRU) negara meningkat lebih tiga kali ganda antara tahun 2007 dan 2012, peningkatan tertinggi di dunia. Bilangan artikel yang diterbitkan meningkat empat kali ganda dari tahun 2005 hingga 2012. MRU turut menyumbang 70 peratus penerbitan ini dari tahun 2007 hingga 2011. Bilangan paten difailkan universiti di Malaysia turut mencatat peningkatan 11 peratus setiap tahun, lantas meletakkan Malaysia di tangga ke-28 dunia untuk paten baharu dalam tempoh berkenaan. Pada pertengahan September, Universiti Malaya (UM) berada di ranking ke-150 teratas dunia dengan menduduki tempat ke-146 dalam Ranking Dunia QS.
Peningkatan ini berterusan dari kedudukan ke-151 pada tahun 2014 dan 167 pada tahun 2013. Adalah harapan dan sasaran bahawa UM dapat memasuki senarai 100 dunia menjelang tahun 2020. Lima universiti Malaysia kini menduduki tempat 100 universiti terbaik di Asia (dengan UM di tangga ke-29, dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-59). Tahun ini juga, dari segi ranking mengikut subjek, USM berada di tangga ke-31 dunia dalam bidang Sains Alam Sekitar, manakala UM di tangga ke-32 dalam Pengajian Pembangunan. Universiti Awam lain turut mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek atau fakulti dalam kelompok 100 terbaik dunia. Universiti Teknologi Malaysia, contohnya, berada dalam kelompok 100 teratas dunia bagi fakulti kejuruteraan dan teknologi.
Pencapaian penuh bermakna ini dicanang dan bergema sekuat laungan ‘Soaring Upwards’ ditambah lagi dengan pernyataan oleh ‘Executive Director Of The Centre For World-Class Universities’, Dr Ying Cheng, bahawa universiti Malaysia mempunyai penyelidik berpengaruh, menerbitkan beribu-ribu penerbitan yang diindekskan oleh ‘Thompson Reuters Web Of Science.’ 14 penyelidik Malaysia diiktiraf Laungan ‘Soaring Upwards’ terus megah dan dihormati apabila Thompson Reuters mengiktiraf 14 penyelidik Malaysia di kedudukan satu peratus mercu tertinggi bagi penerbitan artikel berpengaruh di dunia iaitu artikel paling kerap digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik di seluruh dunia. Kualiti Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (TVET) juga diberi tumpuan KPT.
Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan, TVET adalah ‘masa depan pendidikan’ kerana Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi penyedia kepada pendidikan tinggi TVET yang bakal menghasilkan bakat kemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran kerja di pelbagai industri. Malah, Politeknik Malaysia adalah satu-satunya negara Asia Pasifik memiliki pertauliahan bertaraf Emas untuk tujuh Politeknik daripada ‘Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).’ Kejayaan sebagai Juara Dunia turut dirangkul oleh Jabatan Pendidikan Politeknik di 20th FIRA Roboworld Cup Korea 2015 di Korea pada 4 hingga 9 Ogos lalu. Manakala dalam Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2014, Kolej Komuniti dianugerahkan Anugerah Asean Jenama Paling Terkemuka dalam Pemimpin Pendidikan dan Latihan Komuniti (Asean Outstanding Business Award 2014 in the Asean Most Recognized Brand Award in Leaders in Community Education and Training) daripada ‘Retail & Francais Asian’.
Kini Politeknik dan Kolej Komuniti dipandang tinggi dan dihormati sebagai institusi yang menyediakan TVET sebagai laluan berdaya maju untuk memenuhi keperluan pasaran kerja seiring dengan Program Transformasi Ekonomi negara. Sesungguhnya, Jelajah KPT akan diteruskan dari satu destinasi ke destinasi baharu dengan laungan ‘Soaring Upwards’ dan gerakan isyarat tangan yang menghala ke atas memberi impak besar kepada setiap orang. Sememangnya laungan ‘Souring Upwards’ ini mampu menggamit hati dan minda untuk lebih fokus secara mendalam bagi merealisasikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi menjelang tahun 2020.

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)

HRMIS 1

Portal Rasmi HRMIS Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Adalah diingatkan supaya pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam HRMIS adalah yang terkini, tepat dan berintegriti.

Adalah dimaklumkan, terdapat penambahbaikan bagi modul/submodul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang melibatkan antaramuka pada fungsi Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memantapkan lagi aliran proses sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah PYD tidak boleh menghantar LNPT selagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak mengesahkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PYD. Penambahbaikan ini berada di persekitaran Production HRMIS Klasik dan HRMIS 2.0 pada 18 Mac 2016.

Dasar Pelaksanaan
Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;

Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;

Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Maklumat lanjut sila layari web Portal Rasmi: HRMIS

HRMIS

Hrmis Apps Store

Muat turun aplikasi Telefon Pintar: Google Play atau Apple Apps Store