Tag Archives: info Sihat

Jenis-Jenis Lebah Madu Kelulut

Lebah Madu Kelulut: 

Berdasarkan kajian dan penemuan oleh Mardi sejak 10 tahun lepas mendapati madu kelulut berpotensi dikomersialkan kerana khasiat yang terkandung di dalamnya ternyata baik untuk kesihatan dan sel-sel kulit yang terdedah daripada cahaya matahari namun penerimaannya boleh dikatakan masih hambar.

Dengan krisis pasaran madu hari ini yang terdapat di pasaran yang dikatakan lebih 80 peratus adalah madu yang dicampur dan lebih menyedihkan lagi apabila terdapat madu yang dijual itu adalah madu sintetik atau madu tiruan yang langsung tidak mengandungi walau setitik madu asli, katanya.

JENIS-JENIS LEBAH KELULUT
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.

Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangat lebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.

FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Kenali Lebah Kelulut @ Trigona
Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun. Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.
Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang. “Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya. Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya. “Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor. “Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.

Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.

“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran. Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.

Kopi Pak Belalang: Khasiat dan Kebaikannya

Kopi Pak Belalang dihasilkan dari kombinasi unik bahan-bahan terpilih yang mempunyai nilai nutrisi den pembuatan yang tinggi malah Kopi Pak Belalang dihasilkan supaya setiap insan tidak tertinggal akan makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama sejak turun temurun lagi.

Kopi Pak Belalang bukan saja enak dan lazat rasanya tetapi ia lebih dari itu. Gabungan Habbatus Sauda, Madu, Luban, Maqui Berry, Acai Berry dan extract kopi Arabica membuka dimensi baru kepada penjagaan kesihatan anda tanpa membelakangkan permakanan islam yang mutahir. Seimbas akan cara penghasilan Kopi Pak Belalang, HACCP, GMP, Halal dan MESTI adalah piawaian yang dipatuhi dalam semua aspek penghasilan Kopi Pak Belalang.

Bermula dari pemilihan bahan mentah pemprosesan, pembungkusan, kawalan kualiti, penstoran hingga ke penghantaran. Pematuhan kualiti yang ketat memastikan the essence of goodness dapat diberikan dalam setiap cawan Kopi Pak Belalang.

Kopi Pak Belalang ada sintesis dari 5 bahan utama iaitu Maqui, Acai, Habbatus Sauda, Luban dan Madu. Bahan-bahan ini mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan dan perubatan. Kebaikan bahan ini dipadatkan dalam bentuk yang mudah diambil dan enak iaitu Kopi Pak Belalang.

Insha Allah dapat merawat penyakit-penyakit dan ketidakselesaan serta meningkatkan kesihatan seperti:

Gout
Asma
Selsema
Tekanan darah tinggi,
Alahan
Sistem hempedu (Bile),
Melancarkan pengeluaran susu dan sistem keimunan
Barah

Meningkatkan kecergasan minda
Mengelak daripada penyakit nyanyuk
Meningkatkan ketajaman ingatan
Menghilangkan stress
Sesuai untuk kanak-kanak yang lemah daya ingatan
Merawat penyakit saraf dan sengal badan
Pertuturan kurang jelas, sakit kepala dan masalah angin
Migrain yang melampau
Mengatasi masalah kanak-kanak degil
Melawaskan sistem perkumuhan.

Menurunkan berat badan
Meningkatkan daya ketahanan
Meneutralkan radikal bebas
Sumber vitamin C, kalsium, zat besi dan kalium yang bagus
Menambahkan paras tenaga
Aktiviti anti radang
Menguatkan tulang dan sendi
Mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari cahaya matahari.

Mengurangkan berat badan
Merawat insomnia
Melawan sel-sel kanser
Membantu mengurangkan komplikasi diabetes
Acai Berry juga dikenali sebagai VIAGRA SEMULAJADI oleh masyarakat Asli di Amazon.
Membantu disfungsi seksual.

Madu membekalkan tenaga
Meningkatkan metabolisme tubuh
Mengandungi agen anti oksidan
Memusnahkan sel kanser
Melancarkan peredaran darah
Melancarkan sistem pencernaan
Meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
Menjadikan kulit lebih halus dan lebih licin.

Meningkatkan kesegaran, stamina, tenaga, pengedaran darah, daya tahan badan dan tonik tenaga batin.
Berasa lebih muda dan bersemangat
Meningkatkan pengaliran darah dan kenikmatan seksual
Membantu meningkatkan pengeluaran hormon seks
Meningkatkan jumlah penghasilan sperma
Secara keseluruhan memperbaiki kesihatan seksual
Kembalikan nutrisi kepada sistem saraf terhadap stress dan kecemasan
Meningkatkan kesegaran tubuh badan dan menghilangkan rasa mengantuk.

 

Pokok dan Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit dan apa rupa pokok Tunjuk Langit

Tahukah anda buah tunjuk langit? mungkin anda tak perasan kat dalam UTM pun ada pokok tunjuk langit ni. Dalam kawasan UTM kat sebelah mana?, tu..ha di sekitar antara kolej Tuanku Canselor (KTC) dan kolej Perdana, berdekatan dengan Scholars Inn. Buah tunjuk langit ada berbagai khasiat untuk kesihatan anda. Apakah khasiat buah tunjuk langit ni? dibahagian bawah ada penjelasan lanjut mengenai Buah Tunjuk Langit ni.

Pokok Tunjuk Langit

Pokok Tunjuk Langit

Pengenalan

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai “buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalik diatas pokok. Buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat melancarkan peredaran darah dan juga kesihatan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit

Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) atau Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini mengandungi kandungan tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.
Di samping itu, Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga dikenali dengan nama saintifik Swietenia Macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

KANDUNGAN AKTIF DALAM BUAH TUNJUK LANGIT (SKY FRUIT)

FLAVONOIDS: Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit atau Mahogany) mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:
Fungsi-Fungsi Utama

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Mengimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki peredaran darah
Menyingkirkan radikal bebas dalam badan
Membesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik dalam darah

SAPONINS: Saponins yang terdapat dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:
Fungsi-Fungsi Utama Saponins

Meningkatkan imuniti tubuh badan
Merangsang perembesan insulin daripada pankrias
Meningkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Menambahkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyahtoksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

BITTER ALKALOIDS
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mengandungi unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasa Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) yang pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkaloids yang tinggi di mana Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah sejenis tumbuhan tropika. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) tumbuh meliar ataupun ditanam di pelbagai kawasan tropika dan terdapat dalam pelbagai jenis. Nama saintifik bagi Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ialah Fructus Swietenia Macrophyllae. Ia juga dikenali sebagai Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit), Buah Kapal Terbang, Mahogani atau Mahoni. Sesetengah pula mengenalinya sebagai Buah Suharto kerana mengambil sempena nama Presiden Suharto yang telah memberikan pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) untuk ditanam di Malaysia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) banyak terdapat di kawasan tropika di Pasifik Selatan seperti di Tahiti, Papua New Guinea, Tonga, dan Samoa. Bilangan paling banyak ialah di Kepulauan Solomon. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga boleh didapati dalam bilangan yang kecil di beberapa kawasan tropika lain di seluruh dunia.

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) berbuah setahun sekali bermula sekitar bulan Jun dan matang dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan dari peringkat bunganya. Biasanya pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) akan mencapai ketinggian lebih kurang 40 hingga 60 meter. Kebiasaannya, pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) yang mencapai usia 10 tahun akan mula mengeluarkan buah.

UTM Hasilkan Anti-Denggi Kapsul Berpontensi Atasi Virus Zika

13

Barisan Penyelidik UTM

JOHOR BAHRU: Sekumpulan penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan kapsul anti-denggi diperbuat daripada ekstrak daun betik dan minyak kelapa dara yang berpotensi mengatasi jangkitan virus Zika.

Minyak Kelapa Dara UTM

Penyelidikan selama lima tahun itu diyakini selamat digunakan untuk semua peringkat umur termasuk wanita mengandung, selain boleh digunakan bagi mengelak jangkitan denggi.

Ketua Penyelidik, Dr Harisun Yaakob, berkata produk itu menggunakan dua herba terpilih dan menjadikan minyak kelapa dara yang dikesan mempunyai fungsi terbaik sebagai ejen pembawa.

Katanya, produk dikenali sebagai Anti D’ngue itu sudah menjalankan pelbagai uji kaji makmal termasuk ke atas pesakit demam denggi bagi memastikan keberkesanannya. “Produk ini digunakan sebagai makanan tambahan sebelum serangan denggi, ketika jangkitan denggi dan selepas pulih. “Kajian mendapati campuran ekstrak daun betik dan beberapa herba dengan menggunakan campuran minyak kelapa dara dapat merencatkan pertumbuhan dan indikasi virus denggi.

“Produk lain ialah formulasi yang hanya berasaskan daun betik manakala Anti D’ngue menggunakan beberapa herba lain untuk menjadikan kesannya lebih tinggi, selain kita guna teknologi nano untuk meningkatkan keberkesanannya,” katanya. Dr Harisun berkata, produk ini berpotensi mengelak atau mengatasi jangkitan virus Zika kerana virus itu juga berasal daripada punca nyamuk.

 

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil ) Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya). Memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak. Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.

Mengurangkan stress pada pankreas dan system-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis. Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tida mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.

Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Menigkatkan Daya Tahan Tubuh :Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon. Berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik. Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan degan benign ”Prostatic Hyperplasia” (pembesaran prostate).

Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih. Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain. Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :Membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes. Membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea. Membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.

Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit. Membunuh kulat, bakteria dan virus. Nota : Anda digalakkan mencuba menyapu seluruh badan suami & isteri dengan minyak ini sebelum/semasa perhubungan kelamin, bagi isteri disapukan pada bahagian dalaman isteri @alat sulit suami supaya lebih bertenaga dan segar bugar. Insyallah anda akan menempuh satu pengalaman yang menakjubkan.

 

Maklumat lanjut sila layari: http://www.utm.my/ibd/staff/staff-cp-bd/