
Image Source: www.datawider.com
Assalamualaikum wrm, wbt.,
Untuk makluman pembaca semua, saya kini sedang menjalani Latihan Ikhtisas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pulai Perdana, Johor Bahru. Saya diamanahkan untuk menjadi tenaga pengajar bagi subjek Asas Sains Komputer Tingkatan 2. Setelah melalui tempoh yang sukar sepanjang PKP akibat wabak Pandemik Covid-19, saya kini sedang menghabiskan silibus pelajaran ASK iaitu topik “Kod Arahan”, topik terakhir untuk subjek ini.
Kandungan topik ini tidak ubah seperti apa yang telah saya pelajari sewaktu Degree dahulu. Subjek “killer” x lain x bukan mestilah subjek Programming, selain dari subjek “Security and Networking”. Lebih menarik lagi, mengikut Kurikulum Sekolah Menengah, bahasa pengaturcaraan yang perlu dikuasai murid ialah Python. Ini sesuatu yang baru bagi saya memandangkan sewaktu Degree kami hanya belajar bahasa pengaturcaraan C++, Java dan PhP.
Python adalah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang diperkenalkan pada tahun 1991. Pengaturcaraan Python sesuai digunakan untuk membina aplikasi Graphic User Interface (GUI), website and aplikasi untuk web.
Sebagai guru yang akan mengajar subjek ini, saya ambilnya sebagai satu cabaran. Oleh itu untuk Episod 1 Python ini saya akan menunjukkan cara untuk memuat turun aplikasi ini di dalam komputer.
Untuk melihat cara untuk memuat turun aplikasi Python di komputer anda, anda bolehlah merujuk kepada video tutorial di bawah.