Email dari Pej Canseleri******

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2016/2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dibuka secara atas talian melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 9.00 pagi, pada 07 Mac 2016 sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan iaitu pada 18 Mac 2016.

Untuk makluman pihak tuan/ puan,  bilangan biasiswa yang akan ditawarkan adalah sebanyak 12 tempat iaitu 6 untuk peringkat PhD dan 6 untuk peringkat Sarjana bagi calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Keutamaan adalah kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang dan mempunyai keupayaan yang luar biasa. Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

 

Syarat-syarat kelayakan khusus adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur  tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;

Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya;

  1. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  2. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  3. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong  adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-88853546/ 3569/ 3879 atau dengan mengunjungi kaunter 1Serve JPA4U di Blok C2, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.