Alhamdulillah. Rezeki saya dan suami pada tahun ini. Kami sama-sama dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2019. Benarlah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam kami tidak henti ikhtiar dan memohon untuk rezeki zuriat, rezeki lain rupanya yang Allah aturkan untuk kami. Semoga pengiktirafan ini membangkitkan lagi semangat kami untuk terus menyumbang tenaga bakti kepada UTM. UTM Sanjungan Bangsa. Kerana Tuhan Untuk Manusia.