Seramai 20 orang pelajar UTY telah terlibat dalam program ini. Mereka telah dibawa ke Felda Air Tawar 3 dan menginap disana selama 4 hari, 3 malam. Mereka diberi keluarga angkat dan merasai pengalaman tinggal di Felda AT3. Pelbagai program telah dijalankan bagi menjayakan ISL pada tahun ini. Diharap hubungan yang terjalin berkekalan dan memberi manfaat kepada FP UTM dan UTY.