Online Distance Learning (ODL)
UICL 2302 / UHIT 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Sem 2 Sesi 2019/2020
PENGENALAN
Semester 2 Sesi 2019/2020 kali ini saya ditugaskan untuk mengajar kursus UICL 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) bagi pelajar-pelajar tahun tiga program Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia (Bachelor of Chemical Process Engineering) (SMJC) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Seksyen J4.
Sesi perkuliahan Semester 2 bermula pada 10 Februari 2020 dengan seramai 29 orang pelajar yang mendaftar bagi mengikuti kursus ini.
Seperti biasa, kuliah atau kelas berjalan secara bersemuka di bilik kuliah di Bangunan MJIIT.
Kalendar Akademi Sesi 20192010
Kalendar Akademik 20192020
COURSE INFORMATION KURSUS UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Kursus ini menjelaskan mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Fokus utama adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini juga menekankan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi dalam konteks Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 dan usaha ke arah menginsankan sains dan teknologi (humanizing science and technology).
Learning OutComes
Kursus PST ini mempunyai tiga Outcomes iaitu:
-
- Menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini
- Melakukan inferensi berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.
- Menganalisis isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi.
Pentaksiran
Kursus PST ini mengandungi 70% kerja kursus dan 30% peperiksaan akhir.
Untuk kerja kursus butirannya adalah seperti berikut:
- Portfolio Pembelajaran (kumpulan) (20%)
- Kuiz (individu) (10%)
- Penghasilan video (kumpulan) (20%)
- Pembentangan (kumpulan/individu) (10%)
- Laporan seminar (kumpulan/individu) (10%)
Jumlah 70%
KELAS MINGGU PERTAMA, SELASA, 11 FEBRUARI 2020
Pertemuan kali pertama, pelajar diminta untuk menyatakan pandangan dan harapan mereka terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kursus PST ini.
Pada minggu kedua, pelajar diminta menyediakan tugasan secara berkumpulan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan . Satu kumpulan antara 4 hingga 5 orang sahaja dan mereka diminta membentangkannya pada Minggu 12 dan 13.
Online Distance Learning (ODL)
UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
(THINKING OF SCIENCE AND TECHNOLOGY)
SEMESTER 2 SESI 2019/2020
SECTION J2
Semester 2 Sesi 2019/2020 merupakan kali pertama saya mengendalikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui Online Distance Learning (ODL).
Justeru, saya menggunakan beberapa platform ODL sepanjang semester 2 iaitu dari Mac 2020 hingga Jun 2020 sebagaimana berikut:
1. Webex
2. Jitsi
Pengendalian kelas secara dalam talian (online) menjadi cabaran dan amalan baharu sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan mulai 18 Mac 2020.
1. Online Class (Webex)
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan menggunakan aplikasi Webex dan pelajar dikehendaki menyertai kelas tersebut. Kehadiran direkodkan menerusi portal e-learning dan juga Google Form.
Contoh kehadiran pelajar
Kuliah menerusi kaedah syarahan berjalan seperti biasa untuk 50 minit pertama, manakala 50 minit kedua pula kaedah diskusi antara pensyarah dengan pelajar berkenaan tajuk yang dibincangkan dan isu-isu semasa yang berkaitan tajuk.
Bahan-bahan pengajaran seperti slide setiap tajuk kuliah dimuatnaik secara berperingkat menerusi portal e-learning dan juga aplikasi WhatsApp agar pelajar dapat menelaahnya terlebih dahulu sebelum kelas bermula.
Justeru, pelajar dapat berperanan secara aktif dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan secara rawak ketika kuliah berlangsung.
Pelajar-pelajar Seksyen J2, UICL 2032 sedang mengikuti kelas secara online
Selasa, 21 April 2020 jam 2.00 – 4.00 petang
Pelajar-pelajar Seksyen J2, UICL 2032 sedang mengikuti kelas secara online
Selasa, 28 April 2020 jam 2.00 – 4.00 petang
Jelasnya, objektif PdP bagi kursus ini yang merangkumi tiga Hasil Pembelajaran atau Learning Outcomes seperti yang ketiga iaitu ‘menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini’ dapat dicapai.
Selain sesi kuliah, pembentangan tugasan pelajar juga dijalankan menggunakan aplikasi Webex.
Penjelasan mengenainya ada disebutkan pada subtajuk yang berikutnya.
1. Online Group Discussion (Jitsi)
Selain kaedah syarahan, pelajar juga diberi ruang untuk mengadakan sesi perbincangan sesama mereka yang bertujuan untuk mengemukakan hasil dapatan masing-masing dalam menyediakan tugasan, slide pembentangan dan lain-lain.
Medium ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan tajuk agar para pelajar dapat mengetahui dan memberikan respons dan pandangan yang lebih kritikal terhadap satu-satu isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat Malaysia dan antara bangsa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana kaedah berinteraksi dengan sesuatu isu yang melibatkan nama kursus ini sendiri iaitu Pemikiran Sains dan Teknologi dan latar belakang program Ijazah Sarjana Muda yang sedang diikuti oleh pelajar.
Hasilnya, wujud komunikasi yang padu dalam kalangan pelajar serta mereka juga dibimbing oleh pensyarah bagaimana kemahiran generic seperti cara bertanya soalan dan memberikan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.
Secara keseluruhannya, syukur Alhamdulillah para pelajar memberikan kerjasama dan respons yang baik dan pandangan yang amat bernas dalam menjayakan sesi diskusi isu semasa yang berkaitan tajuk kuliah.
Kelas PST Selasa, 7 April 2020 jam 2 pm
Para pelajar sedang mengikuti perbincangan secara online
Aktiviti Berkumpulan
Pelajar juga diminta menyediakan tugasan dan melakukan pembentangan berdasarkan kumpulan masing-masing.
Penyediaan tugasan dan pembentangan tugasan pelajar termasuk dalam Course Learning Outcomes (CLO) iaitu CLO2 dan Programme Learning Outcomes (PLO), iaitu PLO11 (ETS) PLO6 (DS). Ia bertujuan melakukan inferensi berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.
Oleh kerana musim Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, saya dan para pelajar menggunakan konsep pembentangan melalui rakaman video yang dimuatnaik menerusi YouTube.com dan sebagainya.
Pelajar terlebih dahulu menghantar laporan iaitu Tugasan dan Slide Pembentangan dengan disertakan sekali link kepada saya untuk memudahkan urusan pembentangan semasa kelas berjalan dan juga penilaian terhadap laporan-laporan pelajar.
Tajuk-tajuk Tugasan Berkumpulan
Contoh Tugasan Pelajar
https://www.youtube.com/watch?v=dzemaxN1cp8&feature=youtu.be
Contoh link pembentangan pelajar
Aktiviti Secara Individu
Selain aktiviti berkumpulan seperti tugasan dan pembentangan, pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan atau ulasan artikel jurnal secara individu.
Untuk semester 2 ini, pelajar dikehendaki menonton video ceramah Prof. Datin Dr. Rubiyah Yusof – MJIIT UTM sebanyak tiga siri dan menyediakan laporan lima halaman.
https://www.youtube.com/watch?v=uy5pwc0X3SU&feature=youtu.be
Semakan terhadap laporan yang dihantar oleh para pelajar mendapati secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan butiran yang terkandung dalam setiap laporan bertulis tangan para pelajar.
Antara kandungan laporan pelajar mengenai ceramah Prof Dr Rubiyah ialah peri pentingnya generasi muda berusaha gigih untuk menguasai sains dan teknologi apatah lagi dalam konteks negara kita sebagai negara membangun dan sedang menuju untuk mencapai negara maju perlunya ada tenaga yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sains daan teknologi.
Tegasnya, objektif bagi CLO3 kursus PST iaitu menganalisis isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi dapat dicapai oleh para pelajar.
Dr. Nik Mohd Zaim Ab Rahim
ATI FSSH KL