Adjung Profesor UTM- TPr. Dr. Alias Rameli

16 Jun 2022- Program Majlis Adjung Profesor UTM and Expert Talk PLANMalaysia adalah susulan daripada pelantikan Ketua Pengarah PLANMalaysia iaitu TPr Dr. Alias bin Rameli sebagai Adjung Profesor UTM bagi tahun 2022. Program ini juga adalah sebagai salah satu platform bagi perkongsian ilmu oleh pihak PLANMalaysia kepada ahli akademik dan pelajar-pelajar universiti yang menjadikan PLANMalaysia sebagai ikon dan jabatan yang boleh dirujuk dari segi perancangan pembangunan bandar di Malaysia. Melalui program tersebut TPr Dr. Alias bin Rameli telah memberikan syarahan dan perkongsian bersama staf akademik dan juga ahli-ahli CIPD serta para pelajar terhadap perkembangan semasa perancangan bandar dan wilayah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *