Category Archives: PLANMalaysia

National Urban Planning Conference (NUPC) UTM

30 Jun 2022- Setelah sekian lama tidak dianjurkan, maka pada tahun ini, NUPC kembali lagi. Dengan penyertaan yang melebihi 200 peserta, diharapkan acara sebegini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan peserta tentang trend terkini perancangan bandar dalam dunia yang serba mencabar ini (COVID19 pergi dan kembali). Tahniah kepada PEWIBABA dan pelajar-pelajar Tahun 4 yang berkerja keras untuk menjayakan acara ini.

Adjung Profesor UTM- TPr. Dr. Alias Rameli

16 Jun 2022- Program Majlis Adjung Profesor UTM and Expert Talk PLANMalaysia adalah susulan daripada pelantikan Ketua Pengarah PLANMalaysia iaitu TPr Dr. Alias bin Rameli sebagai Adjung Profesor UTM bagi tahun 2022. Program ini juga adalah sebagai salah satu platform bagi perkongsian ilmu oleh pihak PLANMalaysia kepada ahli akademik dan pelajar-pelajar universiti yang menjadikan PLANMalaysia sebagai ikon dan jabatan yang boleh dirujuk dari segi perancangan pembangunan bandar di Malaysia. Melalui program tersebut TPr Dr. Alias bin Rameli telah memberikan syarahan dan perkongsian bersama staf akademik dan juga ahli-ahli CIPD serta para pelajar terhadap perkembangan semasa perancangan bandar dan wilayah di Malaysia.