Syarikat Apple kini telah menambah beberapa ciri terbaru ke dalam Aplikasi iTunes U untuk membantu interaksi antara pendidik dan pelajar dengan lebih efektif. Ciri terbaru Discussion menggalakan komunikasi 1 to 1 antara pendidik dan pelajar.
Ciri – ciri baru ini membolehkan pelajar menghantar tugasan menerusinya. Pendidik juga boleh menyemak tugasan yang dimuatnaik oleh pelajar serta memberi komen dalam bentuk anotasi pdf.
Bahan-bahan pengajaran juga boleh dimasukkan secara langsung ke dalam aplikasi ini menerusi aplikasi pendidikan kepunyaan Apple seperti Keynote, Pages dan iMovie.