Biasiswa MyBrain15 (MyPhd) 2016 KPT – Tawaran Biasiswa MyBrain15 (Program MyPhd) tahun 2016 Kementerian Pendidikan Tinggi

KENYATAAN AKHBAR BIASISWA MYBRAIN15 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 22 JANUARI 2016, PUTRAJAYA

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan skim MyBrain15 sejak 2011 yang melibatkan MyPhD, MPhD Industri dan MyMaster.
  2. KPT ingin meneruskan kejayaan skim ini, dan dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pada 26 Januari 2016, seramai 300 orang pelajar lagi akan ditaja di bawah Program MyPhD.
  3. Penajaan tersebut melibatkan bidang keutamaan Sains & Teknologi selaras dengan objektif utama MyBrain15.
  4. Fokus skim MyBrain15 tertumpu kepada pelajar pengajian sepenuh masa di Universiti Awam sahaja. Pemohon harus juga bebas daripada senarai hitam PTPTN dan mempunyai purata CGPA 3.3 di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda. Had umur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2016 juga akan diberi keutamaan.

MyBrain-15

Sumber : Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Maklumat lanjut mengenai Program MyPHD boleh didapati di laman web rasmi KPT di pautan berikut: biasiswa.mohe.gov.my