BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2016/2017

Bilangan biasiswa yang akan ditawarkan adalah sebanyak 12 tempat iaitu 6 untuk peringkat PhD dan 6 untuk peringkat Sarjana bagi calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

image002 (1)Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2016/2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Permohonan talian melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my
Masa:  9.00 pagi,
Tarikh: 07 Mac 2016
Tarikh tutup : 18 Mac 2016

 

Syarat-syarat kelayakan khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur  tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3.  Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Keutamaan adalah kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang dan mempunyai keupayaan yang luar biasa. Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

 

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong  adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-88853546/ 3569/ 3879 atau dengan mengunjungi kaunter 1Serve JPA4U di Blok C2, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

 

sumber : www.jpa.gov.my