Berakhir pada 12 September 2017, aktiviti kokurikulum telah ditamatkan. Jumlah markah PAJSK akan dikumpulkan bagi semua pelajar bermula tahun 4 sehingga tingkatan 5 setiap tahun.
Latihan Ikhtisas (Fasa ke 2) – Day 2
3 april 2017 (Isnin)
Di bilik guru, saya ditempatkan di bahagian tengah. Setiap guru diberikan 1 ruang yang disediakan meja dan kerusi. Sumber elektrik perlu diakses dari plug yang berdekatan.
Terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada tahun ini berbanding tahun lepas. Antara yang paling ketara adalah perubahan nama kelas. Tahun ini kelas-kelas dinamakan sempena nama-nama institusi pengajian tinggi awam di Malaysia iaitu UTM, UPM, USM, UMP, UMK, UIA, UPM, UPNM, UiTM…. Walau bagaimanapun perubahan nama ini hanya melibatkan kelas-kelas tingkatan 1 hingga 3 sahaja kecuali 1&2 JDT. Manakala tingkatan 4&5 masih kekal dengan nama lama.
Hari pertama fasa ke 2 Latihan Ikhtisas
2 april 2017 (ahad)
Saya mula melaporkan diri semula di SMK bandar putra pada hari ini. Saya kembali bertugas sebagai guru di bawah program Latihan Ikhtisas yang berlangsung selama 8 bulan pada tahun ini bermula April sehingga November 2017.
Perbincangan bersama GPK pagi Pn Azzah telah menetapkan saya akan bertugas pada sesi pagi sepanjang program Latihan Ikhtisas pada tahun ini. Saya juga akan mengambil alih kelas 2 UM bagi subjek ICTL dan kelas 1 JDT bagi subjek VLE/KOMP.