Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
- Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
- Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)
- Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan
- Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan
Borang permohonan boleh didapati di laman web http://www.yns.gov.my