Kelas SPACE SPPM 4342 di KL

Seramai 10 erang pelajar telah mendaftar kursus SPPM 4342 iaitu Pembangunan Multimedia berasaskan Web. Kumpulan pelajar yang mendaftar kursus ini adalah kumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam – SPPI).

Kursus ini bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar membangunkan laman web pendidikan berunsur multimedia bagi satu tajuk untuk satu mata pelajaran di sekolah. Pembangunan tersebut adalah berasaskan kepada gabungan teori dan kemahiran yang telah dikembangkan dalam kursus-kursus terdahulu. Piawaian dan keserasian setiap komponen multimedia diberi penekanan. Aspek antara muka laman web; format akhir laman web pendidikan; dan penilaian laman web yang telah dibangunkan juga ditekankan dalam kursus ini.