Kerajaan negeri perlukan 
generasi berilmu, berkemahiran


“Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar kepada golongan belia di negeri ini. Ini bukan sahaja bagi tujuan penyediaan kemudahan pendidikan, bahkan juga dalam aspek pembangunan belia dan kemahiran.

“Ini kerana peningkatan produktiviti, daya saing dan daya tahan negara memerlukan tenaga kerja yang kreatif, berdisiplin, berinovasi, berintegriti, mahir dan berpengetahuan,”

                           – Datuk Zaifulbahri Idris

(Ahli Lembaga Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS))

Kerajaan negeri memerlukan golongan muda yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memacu kepesatan pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi.  Kerajaan negeri komited bagi melipatgandakan usaha meningkatkan dan menambah baik potensi pembangunan belia. Hal ini termasuklah menyediakan hala tuju yang jelas, kerjaya dan kemahiran supaya generasi muda berupaya menyumbang demi pembangunan negeri dan ke­sejahteraan rakyat pada keseluruhannya.

Read more