Bersempena Transformasi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) dengan tagline LifeStyle@UTMKL, Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK) UTM KL menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo “LifeStyle @ UTMKL”.
Syarat-syarat Pertandingan
- a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga UTM
- b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Juri hanya akan meilihSATU logo terbaik sahaja sebagai pemenang utama.
- c) Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan.
- d) Semua logo yang diterima oleh Pejabat HEK adalah milik universiti dan tidak boleh dikembalikan.
- e) Pihak universiti juga berhak ke atas semua logo yang dipertandingkan.
Spesifikasi Reka Bentuk Logo
- a) Reka bentuk mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
- b) Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.
- c) Reka bentuk logo hendaklah menggunakan lukisan grafik computer dan dihantar menggunakan kertas A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih yang dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board beserta soft copy dalam Cakera Padat (CD)menggunakan format Adobe Illustrator atau JPEG dengan resolusi minimum 300dpi.
- d) Setiap reka bentuk logo dan warna yang digunakan harus tidak kurang daripada dua warna dan tidak melebihi tiga warna. Warna-warna yang digunakan harus mengikut warna korporat UTM.
- e) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan simbol serta warna yang digunakan.
- f) Konsep penciptaan logo adalah berciri gabungan moden dan futuristik serta mempunyai perkataan LifeStyle@UTMKL.
- g) Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah menarik, jelas, mudah difahami dan kemas.
Hak Cipta
- a) Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang dihantar untuk menyertai pertandingan (sekiranya perlu) dan logo yang terpilih akan diguna pakai atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi dan menjadi hak milik dan hak cipta UTM sepenuhnya.
Borang Penyertaan
Sila klik di sini http://goo.gl/aj1AXV untuk memuat turun borang penyertaan.
Hadiah Pertandingan
PEMENANG : RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja)
Tarikh Tutup
15 Mac 2016 (selewat-lewatnya jam 5.00 petang)