PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menyediakan kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Sarjana sesi 2016.

Iklan penawaran dibuka pada 12 Jun 2015 (Jumaat) sehingga 12 Julai 2015 (Ahad). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah PPPS yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat dan tatacara permohonan yang disediakan dan seterusnya memohon secara atas talian (online) melalui pautan di bawah :

http://ehlp.moe.gov.my/cbbptb/index.cfm

Borang permohonan (hard copy) hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 24 Julai 2015 (Jumaat).