Program biasiswa ini telah dilancarkan pada tahun 1413H (1992), yang dinamakan ‘The IDB Merit Scholarship Programme for High Technology’ (MSP).
Objektif program ini adalah untuk membangunkan sumber manusia teknikal berkelayakan di negara-negara anggota IDB dengan menyediakan biasiswa kepada mahasiswa dan penyelidik yang cemerlang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang sains gunaan dan teknologi yang diperlukan untuk pembangunan negara-negara anggota.
Program ini direka untuk membantu pelajar penyelidikan untuk meneruskan secara sepenuh masa selama tiga tahun bagi pengajian Ph.D dalam bidang saintifik yang mampu meningkatkan pembangunan di negara-negara anggota IDB, dengan keutamaan kepada Kesihatan/Perubatan, Pertanian/Pengeluaran Makanan, Sumber Air/Desertifikasi, Tenaga /Pembangunan Infrastruktur, Nanoteknologi dan ICT untuk Pembangunan.
Program ini juga direka untuk membantu penyelidik bagi menjalankan inovatif projek penyelidikan pasca kedoktoran selama 6-12 bulan tertentu untuk menangani perkara berkaitan penyelesaian-masalah di negara-negara anggota seperti Malaria, Corona, Ebola, Pengeluaran makanan, Sumber Air/Desertifikasi, Tenaga, dan lain-lain
CARA MEMOHON
1. Dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.isdb.org.
2.Borang permohonan perlu dikemukakan kepada:
Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2
Bahagian Antarabangsa
Kementerian Kewangan
Aras 8, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62692 Putrajaya
Tarikh tutup tawaran adalah pada 29 Februari 2016
Sumber: www.isdb.org. Biasiswa.info