Archives for September 2018

Lagu Bangsa Johor

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim.

Dipadankan pada tahun 1897 daripada “Dondang Sayang”, sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.

Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Lirik: Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955)
Lagu: konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah)

Sumber:https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/lagu-bangsa-johor