Archives for February 17, 2019

Kenapa Kentut Bau?

Untuk pengetahuan, bau kentut adalah tiada kaitan dengan bunyi kentut yang kuat ataupun perlahan. Ianya bergantung kepada jenis makanan yang kita makan.Hal ini disebabkan dalam daging terdapat protein yang mengandungi sulfur lalu mengeluarkan gas berbau apabila diuraikan . Ianya juga menyebabkan kentut haiwan karnivor lebih busuk berbanding haiwan herbivor seperti gajah.

Secara purata, manusia yang normal mengalami kentut sebanyak 4 kali sehari dan ianya bukan perkara yang memalukan. Oleh itu, orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang tidak normal.

Punca kentut berlaku disebabkan oleh gas yang terhasil ketika proses penghadaman makanan.Ketika mengunyah, kita bukan saja menelan makanan, bahkan turut menelan udara.Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali lalu terdapat dua cara gas ini dikeluarkan iaitu sendawa melalui mulut atau pun kentut.