Ahli jawatankuasa SPM 2020 SMK Dato’ Usman Awang

Ketika peperiksaan SPM 2020 saya telah dilantik untuk menjadi AJK SPM 2020. Secara spesifik, saya diminta untuk menjaga pelajar-pelajar calon SPM dalam makmal sementara menunggu waktu peperiksaan. Sewaktu peperiksaan berlangsung, guru-guru AJK perlu memastikan barang-barang kepunyaan pelajar berada dalam keadaan yang selamat. Saya juga ditugaskan untuk mengumpul borang pengisytiharaan kesihatan pelajar dan memastikan ia diserahkan kepada pengawas peperiksaan. Guru bertugas SPM juga diminta untuk memastikan kehadiran calon dan pelajar yang tidak hadir perlu dihubungi untuk memastikan keberadaan mereka. Oleh sebab saya ditempatkan pada kelas cemerlang, saya tidak menghadapi masalah ini kerana semua calon peperiksaan hadir. Namun begitu, terdapat guru-guru bertugas kelas lain yang melaporkan terdapat calon yang tidak hadir pada sesetengah peperiksaan. Sebagai guru bertugas SPM, saya juga diminta untuk mensanitasi kelas pada awal pagi, tengahari dan setelah pelajar pulang ke rumah. Pada waktu pergi ke dewan peperiksaan dan waktu balik, pelajar dilepaskan mengikut blok dan aturan untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah. Saya juga diminta untuk memastikan pelajar mendapat makanan yang telah disediakan. Tugasan ini berlangsung selama 5 hari daripada 7.00 pagi hingga ke 4.30 petang. Hanya pada hari terakhir sahaja saya perlu jaga pada waktu pagi sahaja. S

Pada waktu ini, saya dapat melihat bahawa pelajar menunjukkan rasa hormat kepada guru dan sedia mengikuti SOP peperiksaan yang ditetapkan. Terdapat juga peristiwa agak mencuakkan dimana pelajar tidak menemui MyKad beliau, tetapi ia ditemui di meja peperiksaan kerana beliau tertinggalkannya apabila keluar daripada dewan peperiksaan.

Jadual bertugas Guru Bilik Transit
Gambar semasa menjaga makmal
April 2024
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930